Petua memulakan perniagaan dan bertahan lama

By | 27/09/2012
Memulakan perniagaan dan bertahan lebih dari setahun

Agaknya ada tak petua untuk bertahan lama selepas seorang usahawan itu memulakan perniagaan. Ramai di kalangan usahawan mati sekerat jalan tak sampai tempoh setahun setelah memulakan perniagaan.

Kenapa jadi begitu?

Ada di kalangan kawan yang saya jumpa percaya mereka tidak layak dan tidak sesuai jadi usahawan. Kini mereka selesa dengan makan gaji dan melihat rakan-rakan lain yang berjaya sebagai usahawan dengan satu kepercayaan bahawa rakan mereka tersebut mempunyai bakat berniaga.

Hampir kesemua yang kini percaya mereka tidak boleh menjadi usahawan pernah berhenti kerja samada secara sukarela atau terpaksa dan memulakan perniagaan.

Malangnya perniagaan mereka lingkup dan kehidupan mereka tersiksa yang mana akhirnya terpaksa masuk semula kerja makan gaji.

Phobia dari pengalaman gagal dan hangus kesemua wang simpanan ketika menjalankan perniagaan membuatkan mereka nekad untuk terus makan gaji sampai pencen. Mereka yakin menjadi usahawan bukanlah kemampuan yang mereka ada. Walaupun pada hakikatnya mereka ingin benar menyara hidup dengan berniaga.

Semalam saya berjumpa lagi seorang rakan lama yang sama-sama kerja di sebuah kilang multinasional suatu masa dahulu. Dia kagum bila mengetahui saya berjaya menjadi usahawan sejak berhenti kerja dulu sampailah sekarang. Apa lagi bila diketahuinya perniagaan saya agak besar dengan kakitangan yang ramai.

Dalam perbualan tersebut dia menceritakan bagaimana dia pernah berusaha berniaga setelah mengambil skim henti kerja secara sukarela dengan mendapat sedikit pampasan. Habis duit pampasannya dan perniagaan hancur lebur menjadi abu dan akhirnya dia bekerja makan gaji semula.

Saya sudah agak kenapa dia jadi begitu dan pengakuannya menyakinkan lagi perbezaan saya dengan mereka. Bila ditanya apa yang dia sering fikirkan ketika berniaga dahulu, jawapannya sudah boleh diteka:

  • Bolehkan aku dapat pelanggan?
  • Bolehkah aku sara anak bini dengan bisnes aku ini?
  • Bolehkah aku bertahan dengan bisnes ini?
  • Kalau tak ada orang mahu beli produk aku macam mana aku nak sara hidup?
  • Bolehkah aku untung dengan perniagaan ini?
  • Bagaimana jika kesemua usaha aku gagal?
  • Bagaimana kalau aku tak ada duit nak bayar gaji dan sewa dan lain-lain?

Ringkasnya kesemua atau hampir kesemua yang difikirkannya adalah kegagalan belaka. Jarang sekali dia fikirkan kejayaan dan bayangkan bagaimana keadaan dirinya jika berjaya nanti. Pemikiran sebegitu akhirnya hanya akan membawa apa yang ditakutkannya menjadi kenyataan.

 

“Apa yang kita fikirkan, itulah yang akan berlaku…!”

 

Ketika berhenti kerja dan mula berniaga dulu, tidak ada perkara lain yang saya fikirkan melainkan kejayaan sahaja. Saya sentiasa terbayang berjaya mendapatkan pelanggan pertama, kedua dan seterusnya. Saya juga bayangkan bagaimana perniagaan saya membesar dan lain-lain lagi. Tak terfikir pulak sudut negatif seperti gagal dan sebagainya.

 

Jadi pada para usahawan dan bakal usahawan atau sesiapa saja anda samada makan gaji atau tidak. Fokuskan pemikiran pada kejayaan serta apa yang anda mahu sahaja dan lupakan terus apa yang anda tidak mahu. Insyallah anda akan dapat apa yang anda mahukan.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Petua memulakan perniagaan dan bertahan lama

  1. Izham

    Pada pendapat Tuan, adakah penting bagi seseorang yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan untuk memilih bidang yang sesuai dengan kemampuan diri, ilmu yang dikuasai serta bakat masing-masing? Ini kerana, boleh kata hampir semua orang pernah ‘impikan’ untuk jadi usahawan. Tapi tak semua yang betul-betul mengetahui kemampuan dan kebolehan masing-masing.

    Sebagai contoh, adakah orang yang fasih berbicara lebih sesuai untuk menjual produk, orang yang mempunyai latar belakang pendidikan lebih sesuai membuka pusat tuisyen, orang yang pandai IT boleh bukak syarikat membina website, orang yang tak takut ketinggian boleh jalankan khidmat cuci cermin banggunan dan sebagainya.

    Ataupun, ada faktor lain yang lebih menjamin seseorang supaya boleh terus maju dalam dunia keusahawanan ini…? Perlukah mereka membuat checklist terhadap kebolehan masing-masing sebelum betul-betul boleh memulakan perniagaan…?

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Perkara yg kita minat biasanya membuatkan kita mahir. Utk jimatkan kos menggunakan kemahiran amat penting pada waktu nak mula berniaga, boleh buat sendiri. Biasanya kemahiran yang boleh dijual dan menjana duit banyak membantu di awal permulaan perniagaan.

      Tapi perlu diimbangkan oleh kemahiran pengurusan agar perkembangan perniagaan.

      Hakikatnya, jika ada pengalaman dan ilmu perniagaan, kita hanya perlu ada kemahiran mengumpulkan segala sumber yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan termasuklah sumber manusi, sumber kemahiran, sumber kewangan dll

      Reply
  2. faizal

    salam,pada pendapat kalau bisnes perkhidmatan macam bengkel kereta ni boleh pergi jauh ka? berdasarkan pemerhatian saya pada permulaannya masing2 nampak excited dan yakin bisnes boleh pergi jauh tapi lepas 1-2 tahun jd macam kebanyakkan yang lain..apa pendapat tuan? perlukah penglibatan politik kalau kita nak pergi lebih jauh.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Jawapannya mudah saja. Jika ada orang buat bengkel yang pergi jauh, maka sudah tentu bisnes tu berpotensi.

      Dalam perniagaan bengkel, ramai yang berjaya pergi jauh. Ada kawan (Cina) yang saya kenal buat bengkel bermula dengan satu sahaja kemudiannya bertambah satu demi satu di sekitar lembah Klang dengan menggunakan konsep perkongsian dan di bawah satu jenama dan satu sistem…

      Penglibatan politk adalah satu bonus, tapi bukan prasyarat.
      Mohd Shubhi recently posted…Al Ihsan dan kelayakannya – Tafsir Ar_RawiMy Profile

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge