Petua mudah nak cari idea bisnes

By | 13/12/2012
Idea bisnes mudah
“Aku memang nak sangat berniaga, tapi masalahnya, aku tak tau nak berniaga apa!”

Itu adalah ayat yang sering saya dengar daripada mereka yang sedang makan gaji apabila berborak tentang berniaga. Dalam bab nak menjawab soalan perniagaan apakah yang mahu dijalankan, kita jadi pening disebabkan hanya dua perkara”

  1. Blank terus! tak ada idea langsung nak buat perniagaan apa.
  2. Terlalu banyak sangat idea yang terpancul dalam kepala sampai jiwa kacau untuk pilih mana satu.
Ramai juga di kalangan mereka yang ada wang dan tak memerlukan kerja makan gaji yang mengalami masalah sama. Mereka mungkin dapat tawaran VSS dengan pampasan lumayan seperti RM500 ribu atau kurang lebih sikit dari itu.
Wang sejumlah itu sebenarnya cukup banyak jika anda tidak perlu keluar rumah pergi bekerja. Zaman sekarang ini, sebaik saja anda melangkah bendul keluar maka akan ada wang yang terpaksa dibelanjakan. Oleh itu mereka yang hanya duduk di rumah sebenarnya mampu menjimatkan banyak duit!.
Wang sebanyak itu juga merupakan satu modal yang mencukupi untuk memulakan apa saja perniagaan. Yang pentingnya adalah mencari satu perniagaan dan kemudian merancang pembinaan perniagaan tersebut dengan kos yang paling minimum.
Namun begitu, untuk menentukan perniagaan apa yang mahu dijalankan masih tetap merupakan satu perkara berat yang bukan mudah untuk diselesaikan.
Jadi bagaimana kita boleh cari jalan untuk selesaikan masalah…“Nak niaga apa?”
Apa yang saya cadangkan pada semua orang yang bertanya soalan tersebut adalah dengan mula mencari di sebanyak tempat dan daripada seramai orang yang mungkin.
Bagaimana dapat kita lakukan perkara tersebut? Jalannya mudah saja:
  • Keluar minum teh dengan kawan lama dan mula bincang tentang peluang niaga dan kehidupan
  • Keluar minum teh dengan kawan baru dan bincang macam di atas.
  • Sertai mana-mana perjumpaan sosial dan turut sama membantu menjayakan perjumpaan.
  • Sertai man-mana seminar menambahkan pengetahuan. Tak kisah seminar apapun, layan saja.
  • Sertai man-mana pertubuhan dan aktifkan diri anda.
  • Dal lain-lain aktiviti seumpamanya…
Jalan mudah yang sebenarnya tak mudah adalah dengan berjumpa seramai orang yang mungkin dan mula menjadi orang yang peramah dan suka mendengar dan bercakap. Dengan melakukan perkara tersebut pasti anda akan terjumpa satu peluang perniagaan yang boleh dilakukan.
Anda tidak akan menemui apa-apa perniagaan yang meyakin sekiranya anda bertapa di dalam rumah tanpa jumpa orang lain, keluar dan bersosiallah…disitulah tersembunyi jawapan kepada…
“Aku nak niaga apa…?”

Satu lagi cara adalah dengan sertai komuniti Usahawan Hidup Ringkas. Sesiapa saja yang berminat dengan keusahawanan boleh sertainya. Samada anda sudah berniaga atau masih lagi mencari idea nak niaga apa, anda boleh sertai dengan mendaftar email pada ruang di atas.Kita akan anjurkan perjumpaan setiap bulan untuk minum teh tarik (atau air suam) dan berbicara tentang perniagaan dan bagaimana nak berjaya…insyallah. Lekas daftar segera dengan masukkan email anda:

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

9 thoughts on “Petua mudah nak cari idea bisnes

  1. Adenan b. Hj. Othman

    I’m really interested to be entrepreneur…..but still do not have any idea to start my business….pls guide me to start any business.

    Reply
  2. Azizi Razali

    Saya berminat untuk berniaga. umur 24. Masih tercari cari idea apa untuk berniaga . Masih bekerja dlm sektor swasta. Diharap tuan dapat membantu dan menjadi mentor sy. Terima kasih.

    Reply
  3. anna

    salam en. shubhi.

    pertama kali saya nak ucapkan tahniah kerana blog ini sering memberi semangat kepada saya untuk mula berniaga. Untuk pengetahuan tuan saya sekarang adalah pekerja makan gaji tetapi berstatus kontrak dengan jabatan kerajaan di Utara tanah air. Masaalah saya ialah selepas 6 tahun berstatus kontrak…saya mula merasa bosan dengan kerja saya lebih2 lagi pekerja berstatus kontrak tak mendapat kenaikan gaji dan kemudahan yg lain seperti pekerja tetap walaupun saya membuat kerja lebih banyak dari pekerja tetap. Oleh yang demikian saya menyimpan hasrat untuk bekerja/berniaga sendiri tetapi seperti tuan maklumlah….saya tak berani nak berhenti kerja dan memulakan bisnes yang saya tak tahu macam mana nanti. Untuk pengetahuan tuan suami saya kanser dan telah setahun tidak bekerja. terlalu banyak masaalah kewangan yang perlu saya fikirkan dan dengan gaji sekarang hanya lepas untuk bulanan hutang bank sahaja.

    Untuk pengetahuan tuan, saya minat menjahit dan boleh menjahit. saya juga minat kraf tangan. cuma saya tak tahu nak berniaga apa dan nak mula dimana dan nak mula bila. patutkah saya letak jawatan dan tumpu pada bisnes. untuk pengetahuna tuan, saya ada terfikir untuk buat kerja perkhidmatan seperti cleaning service dari rumah kerumah dan dari pejabat ke pejabat. tetapi saya tak ada staff. saya juga bercadang nak jadi tenaga pengajar CIDB kerana saya adalah jurusan Kejuruteraaan awam ( saya seorang jurutera sebenarnya). tetapi disebabkan suami tak mau berpindah….peluang kerja terbantut di utara ni.

    Saya minta tolong tuan bagi pendapat, nasihat dan juga dorongan untuk saya meneruskan kehidupan saya ini. saya tidak punya sesiapa untuk meminta pandangan walaupun suami sendiri kerana dia tak minat bisnes.
    kalau tak boleh publish di ruangan ini tuan boleh email saya di annashakey2851@gmail.com dan contact saya. saya telah berdaftar untuk join group diskusi tuan.

    terima kasih atas maklumbalas tuan. hanya allah yang akan membalasnya.

    Reply
  4. Rehanney

    Hi, Macam mana nak jadi salah sorang ahli komuniti Usahawan Hidup Ringkas?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge