Petua panjangkan masa – Cukup mudah!

By | 01/10/2012
“Satu-satunya sebab wujudnya masa adalah supaya segalanya tidak berlaku sekaligus”
Albert Einstein

Semakin umur meningkat semakin banyak yang perlu dilakukan. Kadangkala kita merasakan masa tak cukup. Perasaan ini sentiasa dirasai oleh mereka yang bercita-cita tinggi lebih-lebih lagi pada mereka yang sedang berusaha membina perniagaan.

Perasaan yang sama turut dirasai oleh orang makan gaji yang tinggi komitmennya pada tugasan. Setiap tugasan terpaksa dilaksanakan mengikut masa yang ditentukan dan kebanyakan masa kita merasa kecewa kerana rasa tak cukup masa.

Apa yang lebih pelik lagi adalah mereka yang saban waktu melayari internet sehingga terleka dan akhirnya timbul perasaan sesal kerana mensia-siakan masa. Bertambah pelik lagi bila keesokan harinya perkara yang sama dilakukan dan masa sekali lagi terbuang.

Bagaimana dapat kita jadikan masa lebih panjang dan bermakna dan dalam masa yang sama membuatkan kita tidur lena sambil tersenyum?

Berdasarkan kajian kita akan merasa tidak tergesa-gesa dan kalut jika sanggup meluangkan sedikit masa untuk berkhidmat secara sukarela membantu orang lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan mudah untuk merasa puas dengan penggunaan masa adalah seperti:

  1. Luangkan masa mengajar anak menulis atau lain-lain
  2. Sertai AJK Masjid atau Surau mengimarahkan Rumah Allah
  3. Ajak kawan keluar untuk belanja makan atau minum
  4. Bantu kawan yang perlukan idea baru untuk berniaga
  5. Bantu isteri memasak atau buat lain-lain kerja rumah
  6. Hantar jiran atau kawan yang menghadapi masalah kenderaan
  7. Buat kerja kebajikan secara sukarela dengan mana-mana pertubuhan
Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Yang pentingnya aktiviti tersebut membantu orang lain. Perasaan puas dan masa dirasakan bertambah setiap kali kita meluangkan sedikit masa membantu manusia lain berbanding jika bersendirian melayari internet dan sebagainya seorang diri.
Baca kajiannya di sini
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge