Petua ringkas – Nak buat ke tidak…?

By | 11/12/2012

Bagaimana dapat kita tentukan samada apa yang mahu dilakukan perlu dilakukan atau tidak? Berikut saya rangkakan beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum kita meneruskan niat melakukan sesuatu perkara.

  1. Apakah ia bertentangan dengan syariat?. Ini soalan penting menuju jalan yang lurus. Jika tidak tahu, maka eloklah dimulakan dengan bertanya pada mereka yang lebih tahu. Tidak ada satu perkarapun yang terlepas daripada 5 keputusan di bawah:
    1. Haram – tak perlu dipertimbangkan lagi. Tinggalkan terus
    2. Wajib – Tak perlu dipertimbangkan untuk melakukannya. Buat tanpa soal bicara
    3. Sunat – Elok dibuat
    4. Makruh – Elok ditinggalkan
    5. Harus – Buat atau tak buat, boleh saja dan elok diteruskan dengan bertanya soalan yang kedua di bawah.
  2. Adakah ia membantu kita mempertingkatkan potensi diri. Jika semua perkara yang dibuat membantu meningkatkan potensi diri, maka kita sebenarnya menjalani kehidupan yang berjaya dunia dan akhirat.
  3. Adakah ia mendatangkan manfaat pada orang lain. Lebih ramai faedahnya yang disumbangkan pada orang lain maka lebih bagus. Ini merupakan ciri-ciri manusia yang terbaik berdasarkan hadith Nabi.

Setelah dipertimbangkan semua perkara di atas dan keputusannya adalah meneruskan niat kita maka pertimbangkan perkara berikut:

  1. Bagaimana cara dapat dilakukan dengan segera. Adakah ianya boleh dimulakan sekarang juga, esok, minggu depan atau bulan depan? dan begitulah seterusnya.
  2. Pilih langkah yang paling segera, kalau boleh sekarang juga. Lagi segera lagi bagus. jangan tunggu sehingga segalanya sempurna tersedia untuk membuat sesuatu kerana ia mungkin akan memadamkan hasrat tersebut.
  3. Mulakan dengan perkara yang paling mudah dan terjamin keberhasilannya. Kejayaan kecil ini merupakan pemangkin pada kejayaan lain yang lebih besar.
  4. Lihat hasil dan mula buat analisa bagaimana ianya dapat diperbaiki lagi. Sentiasa fikirkan cara terbaik dan paling ringkas untuk mengoptimumkan kerja.

Petua ringkas di atas dapat digunakan dalam apa saja perkara yang mahu dilakukan termasuklah untuk menjalankan perniagaan. Moga kita dapat sama-sama beramal, insyallah!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge