Rahsia atau ceritakan matlamat – Mana lebih baik?

By | 10/09/2012

Kalau nak berjaya tentu ada matlamat atau sasaran yang mahu kita capai. Lebih besar matlamat, lebih besarlah kejayaan yang mahu ditempa. Apakah matlamat anda? adakah anda ceritakan matlamat itu pada orang lain atau pendamkannya saja untuk diri sendiri sambil terus berusaha mencapainya?.

Jika mahu berusaha terus menerus sehingga tercapai matlamat besar anda langkah terbaik adalah dengan pendamkan saja untuk diri sendiri. Ini bagi memastikan kita terus berusaha dengan gigih sehingga tercapai sasaran.

Ini berdasarkan kajian yang dinyatakan di dalam buku bertajuk “The Little Book of Talent: 52 Tips for Improving Your Skills”.

Kajian dilakukan terhadap sekumpulan 163 orang yang dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan perojek besar. Salah satu kumpulan diminta menceritakan matlamat mereka manakala satu kumpulan lagi disuruh merahsikannya. Mereka diberikan masa 45 minit untuk menghabiskan projek itu.

Keputusannya adalah:

  • Kumpulan yang menceritakan matlamat masing-masing berakhir dengan meninggalkan projek tersebut kurang daripada 30 minit.
  • Kumpulan yang merahsikan matlamat masing-masing menghabiskan masa 45 minit yang diberikan dan bersemangat untuk meneruskan kerja lagi walaupun masa dah habis.
Rumusannya adalah mereka yang berkongsi matlamat dengan menceritakan pada orang lain secara tidak sedar merasakan puas hati dengan pencapaian mereka walaupun belum berakhir. Otak bertindak seolah-olah kita telahpun mencapai matlamat walaupun kerja belum habis.
Jadi lepas ini, rahsiakan matlamat besar anda dalam hati dan jangan ceritakan pada orang lain. Berusaha dengan gigih sehingga tercapai. Ia adalah satu strategi yang terbaik untuk memastikan matlamat tercapai!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge