Rajin tapi tak guna

By | 20/12/2012
Bijak bekerja

Fenomena ‘rajin tapi tak guna’ ini sering dihadapi oleh orang yang tak berjaya dalam apa saja yang mereka lakukan. Untuk menggambarkan fenomena ini saya ceritakan pengalaman mentarbiah seorang pekerja syarikat kawan saya tidak lama dulu.

Ceritanya…
Seorang kawan yang menjalankan perniagaan menjual buku menghadapi masalah terhadap salah seorang pekerja yang diambilnya.

Pekerja tersebut seorang jejaka melayu yang sungguh baik. Dia telah bekerja dengan syarikat kawan saya tersebut selama lebih dari setahun.

Oleh kerana pening dengan pekerjanya ini, dia meminta saya melatih pekerja itu selama sebulan untuk mengenal pasti samada dia perlu mengekalkan jejaka itu atau membuangnya.

Dalam sesi latihan bimbingan saya terhadap jejaka itu saya bertanyakan soalan-soalan bagi mengenal pasti kelemahan dirinya. Perkara pertama yang saya tanya adalah samada dia tahu apakah tugasan yang diamanahkan padanya.

Nampaknya jejaka itu tahu bahawa dia ditugaskan untuk meningkatkan hasil jualan bahan-bahan bacaan kepada sekolah, universiti serta pusat-pusat pengajian yang lain.

Perkara kedua yang saya selidik adalah bagaimana dia melaksanakan tugasannya itu. Dia nampaknya faham bahawa dia perlu sentiasa keluar untuk memasarkan produk syarikatnya pada pelanggan serta bakal pelanggan.

Namun masalahnya, selama lebih dari setahun dia tidak pernah berjaya menjual walaupun sebuah buku!!!. Ini cukup menakjubkan!. Saya berkata padanya bahawa bossnya terlalu baik untuk terus mengekalkannya.

Setelah diselidiki barulah saya tahu puncanya:

  1. Selama setahun dia hanya bertemu atau pergi melawat sebanyak 3 sekolah!!!. Sedangkan untuk berjaya sepatutnya dia melawat sebanyak 3 sekolah setiap hari.
  2. Bila ditanya kenapa sedikit nak mampuih jumlah lawatannya. Jawapannya selamba saja…
  • Hari-hari saya pergi awal ke pejabat untuk membukanya
  • Saya akan menyapu dan membersihkan pejabat
  • Saya akan mengambil membuka dan mengemas surat.
  • Pejabat menjadi tip-top disebabkan kehebatan kerja saya tersebut!!!
  • Dia yakin dengan kehebatannya menguruskan pejabat itu sudah tentu boss akan menghargai dan tidak akan membuangnya!!!
Voila!!! itulah yang saya maksudkan rajin tapi lansung tak guna!!!! dia sebenarnya menggali kubur untuk dirinya sendiri dan merasakan dia berda di jalan yang benar untuk berjaya di dalam syarikat tersebut.
Sila semak diri anda
Semua orang akan terjebak dengan fenomena yang sama apabila tidak tahu, atau tahu tapi tak tumpu pada matlamat yang perlu dicapai. Samada anda seorang pekerja atau seorang usahawan sama saja.
  • Pastikan anda tahu apa matlamat dan senaraikan segala tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
  • Ia hendaklah menjadi kerja wajib yang perlu dihabiskan dahulu sebelum melakukan kerja lain yang anda suka.
  • Bukan setakat buat kerja wajib sampai habis, malah ia hendaklah dilakukan dengan baik, cemerlang dan sesempurna mungkin.
  • Ia juga hendaklah dibaiki dari hari ke hari sehingga berjaya semaksimum mungkin.
  • Seandainya untuk melakukan kesemua di atas anda tidak sempat melakukan kerja lain, tak perlu risau sebab gaji anda dibayar untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan bukannya untuk melakukan kerja yang anda suka walaupun kerja itu baik!
Bagaimana berakhirnya riwayat pekerja kawan saya itu…seperti yang semua jangka, dia dibuang kerja sebaik saja tamat sesi latihan dengan saya. Kesimpulan yang saya sampaikan pada kawan saya itu adalah…tiada harapan!!!

One thought on “Rajin tapi tak guna

  1. Dahlan

    Matlamat dan cara kerja pekerja itu yg paling penting untk memggerakkan organisasi tuu..kalau asyik terperap kt.pejabt..mmg x juallah buku2 tukan…bagus Artikel ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge