Siri kaya #3 : Ringan tulang, jangan curi tulang

By | 22/07/2013
Siri kaya

Selesai pengajian dan balik kampung saya mula berusaha mencari kerja. Banyak permohonan di buat dan beberapa majikan memanggil untuk temuduga.

Tetapi malangnya satupun tak lekat. Alasan yang sering saya dapat adalah, ‘over qualified’. Kerja yang saya minta semuanya tidak layak untuk saya hanya kerana berpelajaran agak tinggi daripada jawatan yang diminta.

Akhirnya saya buat keputusan untuk walk-in saja pada mana-mana kilang bagi mendapatkan kerja. Pada ketika itu saya hanya mahu bekerja dan bukannya mahu jawatan.

Saya faham, walau sebagus mana kelayakan anda, tanpa pengalaman kerja, agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi mendapat pengalaman saya perlu terlebih dulu bekerja tanpa memikirkan jawatan atau jumlah gaji.

Saya pergi temuduga di sebuah kilang bersebelahan tempat kerja seorang kawan di Kawasan Perindustrian Nagasari, Prai.

Pagi-pagi lagi saya menumpang naik motosikal kawan. Dia yang memberikan maklumat akan adanya temuduga jawatan kosong di kilang tersebut. Apa yang saya bawa kali itu hanyalah sijil SPM.

Ada jawatan kosong sebagai budak stor atau mereka namakan sebagai ‘store-hand’. Kelayakannya hanya tahu membaca dan menulis dan boleh memahami cara membaca ‘resistance’.

Saya perlu tahu baca resistence kerana perlu menyediakan semua raw meterials yang perlu diletakkan pada mesin feeder.

Kilang itu merupakan sebuah kilang elektronik yang membuat insertion pada PCB Board. Dia mengambil kerja sub daripada kilng-kilang besar lain di sekitar kawasan utara tanah air.

Saya diajar membaca resistence dari material yang diberikan lalu diberikan ujian untuk melihat keupayaan saya menghafal dan membuat sedikit kiraan. Alhamdulillah kerja kacang itu membuatkan saya lulus.

Pada mulanya manager store agak musykil apabila melihat pencapaian SPM saya, kenapa tak sambung belajar, tanyanya?, Saya kata sebab miskin tak ada wang. Selepas sekolah saya kerja rencam di serata tempat.

Oleh kerana mereka terdesak perlukan storehand, saya terus diterima. Gaji saya adalah RM650 ketika itu! bagi saya cukup bagus daripada tak ada langsung. Lagipun saya nak bekerja dan bukannya nak duit banyak.

Saya buat kerja dengan disiplin dan sentiasa mencari jalan mudah bagi menyelesaikan kerja saya dengan pantas dan cekap. Keupayaan itu membuatkan mereka menaikkan gaji saya kepada RM900 dalam tempoh sebulan sahaja selepas saya bekerja!.

Oleh kerana saya akan sentiasa mencari kerja bagi mengisi masa lapang apabila kerja saya selesai, saya terlibat melihat masalah kualiti produk kilang tersebut yang sering kena reject dari kontraktor utama mereka.

Sifat rajin saya itu berjaya selesaikan masalah reject mereka yang kadang-kadang mencapai tahap sampai 70% kepada kurang daru 5% sahaja.

Pengurus Besar yang berbangsa Cina amat kagum dengan keupayaan seorang budak stor macam saya dan syorkan saya masuk line operasi dan menawarkan gaji kepada RM1,600 !, itu berlaku setelah hanya 3 bulan bekerja di situ!.

Nak diringkaskan cerita, akhirnya saya berhenti kerja kerana ditawarkan jawatan lebih bagus di Kulim. Saya menyertai syarikat automotif baru negara yang dinamakan INOKOM.

Pengurus Besar kilang Cina itu cukup marah dengan saya apabila saya meletakkan jawatan!.

Jangan duduk diam, ringankan tulang

Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah sikap ringan tulang tak pernah mengecewakan kita. Kalau dalam kerja makan gaji, anda akan dilihat sebagai seorang yang berpotensi pergi jauh dan sanggup buat kerja lebih untuk maju.

Kalau dalam masyarakat anda akan dilihat sebagai calon menantu kegemaran ibubapa yang ada anak dara di seluruh kampung.

Kalau dala dunia perniagaan anda akan dilihat sebagai usahawan yang berbaloi untuk dilaburkan duit bagi menjalankan perniagaan.

Ringkasnya, sikap ringan tulang perlu menjadi amalan pada semua orang yang nak berjaya. Pupuklah sikap ringan tulang di mana saja anda berada samada dalam dunia cari kakan maupun dunia kemasyarakatan.

Sertai kerja gotong royong, kerja sukarela atau tolong kawan atau orang yang memerlukan pertolongan. Dari situ jiwa anda menjadi aman bahagia kerana kepuasan dapat membantu orang lain cukup membahagiakan.

Tak pernah lagi saya lihat orang atau kawan yang ringan tulang menghadapapi kesukaran dalam hidupnya. Kalau dia tak jadi kaya rayapun, kehidupannya bahagia dan menjadi kesukaan orang ramai di mana saja dia berada!

Lihat warga Bangladesh, lihat warga Indonesia dan lain-lain pendatang. Ramai yang kaya raya kerana mengamalkan sikap ringan tulang melakukan semua kerja yang bangsa kita tak mahu lakukan.

Hasilnya mereka senang dan kita asyik merungut kebanjiran warga asing yang merampas sumber cari makan kita. Selain dari merungut, tak ada apa yang dilakukan dan kita tetap begitu jua!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

15 thoughts on “Siri kaya #3 : Ringan tulang, jangan curi tulang

  1. suri

    yelah mesti ringan membantu tak kira peringkat umur dan pangkat.kalau kit abuat baik orang akan suka dan senang hati dengan kita

    Reply
  2. kakiblog

    saya semakin suka blog ini ..cerita penuh motivasi dari orang yang ‘genius’..saya pernah kerja 10 tahun tak pernah naik pangkat..cuma bertukar tugas sahaja..sampai sekarang saya tak tahu di mana silapnya..meskipun saya perasan saya seorang yang ‘full comitment and hardworking’

    terkini dari saya Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia Bisnes” />

    Reply
  3. Hairul Azni

    Menarik pengalaman yang bro ceritakan ni..boleh dijadikan inspirasi dan motivasi untuk kita terus maju di dalam setiap bidang yang kita ceburi..

    Reply
  4. Kujie

    Tahun 1989 – mohon kerja operator perngeluaran kat kilang jvc. 3 bulan selepas tu menjadi line leader dan setahun kemudian menjadi production clerk.

    3 tahun berturut² dapat anugerah pekerja terbaik.

    Sangat setuju dengan entri ini.. jangan datang kerja , selesaikan kerja kita dgn anggapan itu saja bidang kita sedangkan ada peluang utk kita bergerak sendiri untuk memajukkan diri dan menonjolkan potensi diri.

    Berhenti kerja dgn gaji pokok 3 kali ganda dari gaji mula-mula…

    Seronok baca entri yang bermotivasi seperti ini

    Reply
  5. Zuan

    kalau kita rajin, memang orang suka.. impressed dengan story bro ^^

    Reply
  6. fyna

    alhamdulillah. perjalanan kerja fyna mudah. sekali interview dapat. rezeki masing2. janji kena rajin mencari dan jangan memilihkan.

    Reply
  7. Joe

    Kite mmg kene rajin, baru la boleh berjaya. Konsisten pun penting

    Reply
  8. Hafizul

    Satu perkongsian yang menarik..3 bulan dah tawarkan gaji yang tinggi..hehe..isnyaAllah saya harap satu masa nanti saya akan dapat pendapatan yang tetap…sukar mana pun kerja, lakukan dengan ikhlas mungkin..manusia tak nampak kejujuran dan keikhlasan kita, Allah maha mengetahuinya…jangan bimbang..hehe

    Reply
  9. sepol

    kalau ada penyakit malas ni…. masalah besar…
    saya ambil masa nak atasi masalah ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge