Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

By | 25/07/2013

“Manusia karam di darat disebabkan hutang”,

itu lebih kurang kata-kata P Ramlee dalam salah satu lagunya.

“Orang yang tak bayar hutang dan melarikan diri meletakkan dirinya menjadi seumpama seorang hamba abdi”,

itu kata-kata hikmat tercatit dalam buku The Richest Man in Babylon.

“Apa lagi yang diperlukan buat orang yang punyai kesihatan yang baik, bebas dari hutang dan punyai matlamat hidup yang jelas”,

itu kata Adam Smith, ahli ekonomi dan falsafah yang terkenal dengan bukunya The Wealth of Nation.

“Elakkan diri daripada berhutang dan dibelenggu hutang”,

itu pesan Nabi Muhammad yang kita cintai, selawat dan salam ke atasnya.

“Kita sedang hidup dalam zaman paling hebat sekarang dengan penduduk muka bumi terlalu ramai dibelenggu hutang”,

itu ulasan dalam akhbar baru-baru ini.

Banyak kata-kata hikmat berkenaan bahayanya berhutang boleh kita jumpa dari zaman sebelum perang dunia pertama dulu sehinggalah sekarang.

Ini menunjukkan hutang adalah salah satu musuh utama manusia yang gagal mengawal nafsunya dan sengaja menempah kehidupan yang penuh kecelakaan.

Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila sudah berhutang, melarikan diri pula dari membayar hutang. Masalah tidak akan selesai selagi orang itu tidak berhadapan dengan hutangnya dan memikirkan satu usaha untuk selesai dan bebaskan dirinya dari hutang.

Petua untuk kaya ini mudah dan semua orang tahu, tapi perlu sering diperingatkan supaya apa yang di ketahui menjadi amalan seharian kehidupan.

Bukannya tak boleh berhutang tetapi kalau dah berhutang tu pastikan kita berusaha membayarnya walau dengan apa cara sekalipun.

Masalah dibelenggu hutang sekarang ini majoritinya berpunca daripada penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Jika kita mahu selamat, lupakan penggunaan kad kredit dan membelilah dengan wang yang kita ada. Kalau terpaksa juga menggunakan kad kredit, pastikan kita bertanya soalan di bawah terlebih dulu,

“Jika tiada kad kredit, adakah aku mampu membeli barang ini sekarang juga?”

Jika jawapannya adalah TIDAK!, maka batalkan saja pembelian dan tunggu sehingga jawapannya YA! baru beli. Pastikan penekanan diberikan pada masa “SEKARANG”, “NOW!”, bukan esok, bukan minggu depan dan bukan bulan depan!.

Ingat!,
Semua pemilik kepada khidmat kad kredit sendiri tidak pernha berbelanja dengan kad kredit, mereka membeli dengan wang tunai.

Mereka yang membeli belah dengan kad kredit biasanya akan terlebih berbelanja lebih 20% daripada apa yang diperlukannya.

Jadikan matlamat utama
Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang sedang menghadapi masalah hutang kad kredit, saat ini juga berazamlah untuk berhenti menggunakannya dan selesaikan semua hutang itu secepat mungkin.

Jadikan ianya satu misi penting hidup anda sebelum mula berangan-angan untuk menjadi kaya atau mulakan perniagaan.

Budget pendapatan
Buat perancangan pada pendapatan bulanan anda dan apa saja sumber pendapatan anda seperti berikut:

  • 20% untuk bayar hutang dan istiqamah hingga selesai semua hutang. Mulakan dari hutang paling sedikit dan susun selesaikannya satu persatu.
  • 10% untuk simpanan dalam tabung haji atau mana-mana simpanan yang baik.
  • 70% untuk anda belanjakan menyara kehidupan. Usaha dengan apa cara sekalipun agarnya ianya mencukupi.
Ini adalah langkah pertama untuk bebaskan diri daripada belenggu hutang!, semoga kita semua dapat amalkannya. Insyallah.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

18 thoughts on “Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!

  1. Hafizul

    Hutang PTPTN saya masih banyak lagi..harap dapat diselesaikan secepat mungkin..

    Reply
  2. Zuan

    kad kredit bagus tapi selalu disalah guna.. saya berhutang dengan ptptn dan yayasan negeri.. saya sekarang berumur 25 tahun.. berniat nak langsaikan hutang sebelum membeli kereta.. plan dah ada, tinggal nak laksana ^^,

    Reply
  3. Hairul Hissam

    saya gunakan kad kredit utk kemudahan membayar tanpa bawa wang tunai. lepas guna elok terus settlekan..

    Reply
  4. blackrosehunter

    kadang-kadang yang pakai kad kredit ni hanya untuk bergaya..nak tunjuk mereka kaya walaupun hakikatnya tak berduit.

    Reply
  5. Papa Mifz

    dulu pernah pakai credit card , nak kasi settle kamain susah lagi…alhmadulillah settle juga akhirnya…

    Reply
    1. Effa Eddy

      Samalah.. tak pernah ada pong.. berbelanja mengikut duit yang ada di tangan je.. takut terlebih belanja je nanti. hehehe

      Reply
  6. faizul

    Sehingga kini saya mengelakkan diri dari menggunakan kad kredit.

    Ada cash baru shopping 🙂

    Reply
  7. sepol

    kena berani berdepan dengan masalah. kalau kita lari sampai bila pun hidup tak senang. kena ingat hidup hanya sekali. jadi kita kena menjalani hidup yang aman dan gembira.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge