Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

By | 29/07/2013
Siri kaya

Jika ada orang yang berkata dia menghadapi kesukaran untuk belajar mengenai sesuatu dalam zaman ini, berkemungkinan besar orang itu adalah buta huruf atau tidak pernah dengar mengenai internet.

Zaman yang kita diami sekarang ini penuh dengan maklumat. Apa saja yang terlintas dalam kepala yang dianggap idea hebat, akan ada saja orang lain yang terlebih dulu temui dan sebarkannya.

Terdapat jutaan perniagaan bertebaran di atas muka bumi dan juga di dunia maya.

Kita boleh bayangkan berbagai barangan bergerak ke sana sini dari tempat pembuatannya menuju ke pusat pengedarannya dan seterusnya bergerak menuju kepada pelanggan.

Dan pergerakan tersebut berlaku di seluruh dunia. Sebutlah apa saja, sudah tentu dah ada orang yang niagakannya. Apa yang orang tak niagakan, sudah tentu disebabkan tidak ada permintaan.

Mungkin atas alasan itulah ramai yang mengeluh sebab tak boleh berniaga. Ada yang berfikiran bahawa zaman dulu ketika dunia masih belum maju seperti di zaman P Ramlee atau sebelumnya lebih mudah untuk berniaga dan berjaya.

Mereka berikan contoh jutawan yang dah berjaya kini yang memulakan perniagaan sejak zaman sebelum merdeka seperti Robert Kwok, Lim Goh Tong, Yeoh Teong Lai, dan lain-lain lagi. Mereka kaya sebab mula berniaga pada zaman kurang persaingan !.

Tetapi betul kah begitu? adakah orang dulu berjaya sebab kurang persaingan berbanding sekarang. Untuk berjaya sekarang ini terlalu sukar, sebab sebut apa saja, dah ribuan peniaga lain mulakan terlebih dulu.

Sebenarnya sangkaan bahawa dulu lebih mudah berniaga berbanding sekarang jauh meleset sama sekali.

Malah zaman sekarang semua orang boleh mula berniaga dengan begitu pantas dan cepat dan jika betul caranya dalam tempoh tak sampai setahun mampu menggugat pesainganya dari kalangan syarikat raksasa antara bangsa.

Apa yang lebih menarik lagi adalah, kita boleh mulakan perniagaan yang melibatkan sesuatu yang kita tidak tahu atau tidak ada ilmu tentangnya.

Kita cuma perlu google perkataan atau perniagaan apa yang ingin dipelajari, dan akan tersenarai ribuan pilihan atau bahan bacaan untuk ditelaah. Cukup mudah !.

Apabila ditimbal balik kelebihan dulu dengan kelebihan sekarang, maka secara logiknya adalah sama sahaja. Peluang untuk berniaga sentiasa ada samada dulu atau sekarang.

Tapi kenapa susah sangat nak berniaga?
Sebabnya adalah, kita hanya berangan-angan tapi tak buat. Dah bercawan-cawan teh tarik kita hirup sepanjang berbual mencari idea dengan kawan-kawan, nak buat itu dan nak buat ini….bila balik rumah semuanya habis begitu saja.

Esok pergi pula berbincang dan mengeluarkan berbagai idea dan berbagai resolusi. Minum teh tarik lagi dan order segelas lagi. Pindah kedai pulak dan minum nescafe, bincang lagi….bila balik rumah, semuanya habis begitu saja.

Begitulah seterusnya sehari jadi seminggu, sebulan jadi setahun. Umur kian meningkat, masa mula menjadi singkat, tenaga berkurangan, komitmen bertambah, alasan pula bertambah…sedar-sedar orang sedang mengajar mengucap di tepi telinga…nazak lah tu!.

Oleh itu perkara asas yang kita perlu buat adalah, sebaik saja ada idea, setelah dikemas kini dan di buat perincian dan kajian secara mencukupi terus laksanakan !

Jangan tunggu-tunggu lagi dengan idea demi idea yang baru tapi satupun tak dilaksanakan.

Buat perancangan asas dan ikut perancangan tersebut dengan segera. Tukar perancangan bila perlu untuk sesuaikan diri dengan keadaan semasa dan terus buat sampai berjaya.

Begitu juga dalam semua perkara lain
Perkara yang saya juga berlaku dalam bidang lain selain dari berniaga. Apa saja yang mahu dilakukan dan apa saja perkara yang kita mahu tahu, begitu mudah untuk dapatkannya.

Mungkin anda mahu:

  • Jadi blogger hebat – ada berbagai9 maklumat tentang bagaimana mahu melakukannya.
  • Jadi sihat – Buka saja goggle dan buat ‘google alert’ setiap kali ada maklumat tentang kesihatan.
  • Jadi kurus – Berbagai tip malah jutaan tip ditulis oleh orang dalam dunia cyber untuk anda pilih dan amalkan. Semuanya percuma.
  • Jadi bomoh perubatan Islam – Buka internet dan taip ayar halau jin, anda akan jumpa siap dengan cara atau kaedah melakukan dan mengamalkannya. Hafal banyak doa dengan berbagai masalah atau penyakit, anda boleh tawarkan khidmat rawatan melalui internet juga secara percuma dahulu.
  • Jadi pandai Forex – Ada juga dalam internet samada secara berbayar atau percuma.
  • Jadi penulis buku – ada juga dalam internet yang akan menceritakan bagaimana caranya dan anda boleh terus buat buku dan hantarkan pada publisher untuk dipertimbangkan
Cakaplah apa saja yang anda nak jadi, akan ada saja jawapan dan bagimana melakukannya. Yang penting adalah adakah anda memang ada disiplin untuk melaksanakan apa yang anda rancangkan?
Bila bercakap tentang idea dan buat ini, saya sentiasa teringat ayat:

“Tak guna ada seribu idea tapi satupun tidak dilaksanakan, cukup dengan hanya satu idea dan dilaksanakan. Anda akan berjaya mengatasi orang lain”

Antara cerita yang cukup memberi kesan dalam bab perlaksanaan ini adalah cerita Forrest Gump. Kisah seorang budak ‘slow’ yang lurus bendul tetapi akhirnya berjaya menjadi jutawan dan mempunyai yayasannya sendiri.
Cuba tonton cerita tersebut dan perhatikan rahsia kejayaannya…Forest Gum akan mendengar nasihat dalam melakukan sesuatu dan terus melaksanakannya tanpa berpaling selagi tidak berjaya…

Ya! hanya satu idea dan terus laksanakan. Itulah petuanya.

Moga kita dapat amalkannya dalam kehidupan. Insyallah.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

36 thoughts on “Siri kaya #6 : Buat !, jangan tak buat!

  1. Fendi Jumari

    Pengajaran yang amat baik. Saya dah tangguh 6 tahun nak tanam sawit di kebun saya.. tak nak tagguh lagi cuti raya ni tanam. Hari ni jugak order benih.. tq

    Reply
  2. Hafizul

    Hehe..terima kasih bro..rasa dimotivasi seketika..hehe..betul tu..saya banyak borak kosong je nak buat tu, nk buat ni..tapi belum buat apa-apa pun lagi..sampai bila2 pun tak kemana apa yangs aya angan-angankan tu..kan bro..hehe

    Reply
  3. encikarman

    info bagus sebagai motivasi.Ramai byk idea, tapi tak buat2, maka takde pe2 makna. kalau buat dan gagal, kita boleh pengalaman dan perbaikki.

    Reply
  4. waiman takwa

    Target, fire, aim… Ya selagi kita menunggu masa sesuai, selagi tu kita tak mulakan apa-apa.. Jadi fire dulu, kemudian ubahsuai supaya mencapai apa yang dicita..

    Reply
  5. Aju Mohit

    jika ada impian dan cita2 baik mulakannya dari skrg, biarpun secara kecil2an at least kita dah tahu sumbernya dan di mana kekuatan kita, semoga berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi 😉

    Reply
  6. Dja@Sishaza

    Bila ada idea yg bagus ,kena positifkan diri dan paling penting tangkas bertindak. Salah satu sebab mengapa org Melayu sering tertinggal adalah kerana takut gagal,walhal mencuba belum lagi

    Reply
  7. Azie

    Kalau boleh kan Shubhi, saya nak keluarkan sesuatu produk yang belum ada dalam pasaran lagi, biar bermula dari 0 dan berjaya, macam Entrepeneur la, cari satu produk dan pasarkan. Tapi smeua tu harus ada perancangan yang baik. hiihihi sembang2 kosong je saya ni. In Shaa Allah mana tau ada rezeki kan kan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Hebat!, buat produk yang belum ada dalam pasaran!. Itu satu kerja yang paling sukar dalam dunia perniagaan!!! kosnya cukup tinggi terutamanya untuk memperkenalkannya di dalam pasaran.

      Reply
  8. Anonymous

    terima kasih..suami saya masih teragak2 utk menjadikan hobinya pertukangan kayu sebagai satu perniagaan..Nanti saya suruh dia baca artikel tuan..
    semoga tuan terus menabur ilmu dan bakti…sukar untuk jumpa blog yang menabur ilmu usahawan sambil berdakwah,alhamdullilah dah jumpa :)..Semoga Allah memudahkan kehidupan tuan..

    Rin..

    Reply
  9. Naziman Azlye

    Tidak guna mulut satu, tangan ada dua kalau mulut kerja lebih, tangan duduk diam. Tidak guna otak ada satu, kaki ada dua kalau banyak idea tapi kaki tak usahakan.

    Reply
  10. Anonymous

    Terima kasih.Nasihat yang sangat baik.

    -Peniaga kek.

    Reply
  11. Zuan

    den minat nak jadi penulis walaupun di sekolah dulu den tak pernah dapat A dalam karangan. ingat nak jadikan ia profession ke2

    p.s saya terlupa cerita forest gump tu, tapi teringat yang dia bercerita di kerusi sementara menunggu bus

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Sekarang semua orang boleh jadi penulis..di blog. Untuk lebih serius kena buat projek buku, mula tulis buku.

      Ya! kisahnya bermula begitu, dia sedang meriwayatkan kehidupannya…

      Reply
  12. maza

    maza berniaga kecil-kecilan jerk.. uhuk!
    tangkap gambar satu kali.. apa macam?

    hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge