Tanam tabiat buat kerja supaya ‘strike’

By | 21/01/2013

Syarikat saya mengadakan hari keluarga semalam. Semua pekerja membawa keluarga masing-masing. Kami sarapan dan makan tengahari. Pertandingan bowling diisi sebagai aktiviti berpasukan.

Saya tak pandai main bowling. Permainan tersebut dimain setahun sekali itupun jika aktiviti seumpama itu diadakan dalam perjumpaan hari keluarga. Walaupun begitu, saya dapati ada satu perkara yang menarik dalam permainan bowling.

Ketika bermain, semua idamkan agar balingannya mendapat ‘strike’. Iaitu sekali baling mampu menjatuhkan kesemua pin yang ada. Ini boleh meningkatkan jumlah mata dan ada kiraan bonus pula.

Permainan tersebut mengiktiraf pemain yang membuat balingan yang betul pada kali pertama. Siapa yang nak mendapat ganjaran perlulah buat perkara yang betul pada setiap pertama kali melakukannya.

Matlamat yang nak dicapai dalam bowling adalah menjatuhkan pin melalui balingan bola. Untuk berupaya melakukan perkara tersebut, kita perlu berlatih dan berlatih sehingga balingan kita menjadi sesempurna mungkin.

Strike semua kerja anda
Dalam perniagaan, perkara asas yang boleh menggandakan keuntungan adalah hanya dengan melakukan dua perkara sahaja:

  • Meningkatkan hasil jualan
  • Mengurangkan kos operasi
Jika jumlah jualan kita konsisten tidak meningkat, keuntungan masih boleh ditingkatkan jika kita berjaya mengurangkan kos.
Untuk mengurangkan kos, satu perkara paling asas yang banyak perniagaan tidak mengambil berat adalah dengan memastikan segala kerja dilaksanakan dengan konsep “strike”. Kita perlu sasarkan sekali kita keluar untuk melaksanakan kerja tersebut, ia mestilah siap sebagaimana yang dirancangkan dan tidak ada penambahan masa.
Contoh dalam industri pest control
Matlamat sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh kumpulan juruteknik pest control adalah mengawal serangga perosak dari menggangu dan menyusahkan hidup pelanggan.
Untuk melaksanakan tugas tersebut agar ia ‘strike’, kita perlu buat dengan betul sejak dari mula dan ia melibatkan beberapa proses asas:
  • Pastikan masalah pelanggan – jika tak tahu apa masalah pelanggan dari awal, sukar untuk menyediakan peralatan yang diperlukan.
  • Buat temujanji – supaya bila pergi pelanggan ada di rumah
  • Sampai pada masa yang dijanjikan – Jangan biarkan pelanggan menunggu. Kemarahannya menunggu mungkin membuatkan dia tidak memberi kerjasama.
  • Buat rawatan dengan betul – jika servis dilakukan dengan sembrono, kemungkinan pelanggan akan membuat aduan. Jika ada aduan kerja terpaksa dilakukan sekali lagi.
Jika kita lihat beberapa perkara asas di atas, terlalu banyak sebab untuk membuatkan kerja yang mudah menjadi sukar. Terlalu banyak kemungkinan untuk melakukan kerja lebih daripada sekali jika perancangan tidak betul.
Kerja yang dilakukan lebih daripada sekali sudah tentu meningkatkan kos dan kualiti kerja. Tambahan pula kos logistik dalam industri pest control merupakan kos paling tinggi dalam sesebuah kerja.
Setiap kerja yang terpaksa dilaksanakan lebih dari sekali membuatkan kerja tersebut menjadi satu kerja kebajikan dan syarikat terpaksa menaggung rugi.
Pemeriksaan terhadap kelengkapan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja adalah satu perksra wajib. bayangkan setelah sampai ditempat pelanggan, peralatan yang sepatutnya diperlukan tidak di bawa bersama. Maka kita mungkin terpaksa:
  • Berpatah balik ke stor – ini secara langsung telah membunuh keuntungan kerja kerana kos logistik meningkat 2 kali ganda.
  • Ke kedai berdekatan untuk membeli keperluan – Ini menambahkan kos pembelian dan barang berlebihan sedangkan benda yang sama ada di stor tidak digunakan.
  • Pelanggan menjadi marah – kerja yang sepatutnya mula pada pukul 3 petang telah tertangguh kepada pukul 4 petang. Pelanggan bosan dan masanya terbuang dan berkemungkinan tidak mahu membayar kerja tersebut atau kontrak akan ditamatkan.
  • Kerja yang lain juga akan tertangguh – kesemua pelanggan yang seterusnya akan menerimak kesan yang sama dan berkemungkinan ada kerja yang tidak dapat disiapkan pada hari itu kerana sudah tidak sempat.
Banyak lagi akibatnya yang terjadi secara berantaian. Jika perkara seumpama itu sering berlaku, tidak hairanlah semakin lama berniaga semakin banyak hutang dan syarikat tidak buat untung.
Bila syarikat tidak untung pula:
  • Pekerja tidak ada kenaikan gaji
  • Pekerja tidak ada bonus
  • Kerja menjadi satu tekanan
  • Pekerja mula melihat peluang di tempat lain.
Bila pekerjaan tidak stabil pula:
  • Pekerja mengalami tekanan hidup
  • Masalah dilepaskan pada keluarga
  • Rumah bertukar menjadi neraka
  • Anak-anak menjadi tidak terurus dan bertukar menjadi nakal
  • Kesannya dialami oleh masyarakat sekeliling.
  • Dll
Begitulah kejadiannya…semuanya berpunca daripada “tidak buat kerja supaya strike”
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Tanam tabiat buat kerja supaya ‘strike’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge