Teknik terbaik belajar dari buku

By | 12/09/2012

Untuk hidup ringkas perlu ilmu. Salah satu cara mendapatkan ilmu adalah dengan membaca. Bila membaca, matlamat utama adalah untuk belajar. Untuk belajar melalui buku, kita tidak semestinya baca keseluruhan buku tersebut.

Apa yang paling utama sekali adalah menceduk ilmu dari buku yang kita baca. Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menceduk ilmu daripada buku yang kita baca?

  • Jangan buang masa membaca sesebuah buku itu berulang-ulang untuk mengingati isi penting dari sesebuah buku.
  • Kita hanya perlu membaca sedikit bahagian dan menutupnya untuk mencatit isi-isi penting dari apa yang kita telah baca. Ini membuatkan otak kita lebih berusaha mengingati dan memahami isi kandungan buku tersebut. Mencatit juga memaksa kita berfikir susunan kepentingan tiap-tiap isi yang di baca.
Kajian mendapati mereka yang membaca dan mencatitkan isi-isi penting lebih mudah mengingati dan menyimpan maklumat 50% lebih baik daripada mereka yang membacanya berulang-ulang!.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge