Anda diberikan sepucuk pistol berserta beberapa butir peluru dan dikehendaki menembak ke sasaran yang berada 100 meter di hadapan.
Pilih satu cara yang anda rasa selesa daripada dua keadaan berikut:
- Angkat senapang ke arah sasaran dan terus tembak satu demi satu sambil membuat pelarasan sedikit demi sedikit sehingga mengenai sasaran.
- Angkat senapang, pejam sebelah mata, membidik betul-betul sehingga berpuas hati sebelum melepaskan sasaran.
Hanya mereka yang selamba, tidak kisah jikalau tembakan pertama akan tersasar akan memilih cara pertama. Sudah tentu kedua-dua cara ada kelebihan dan ada kelemahannya.
Maknanya samada cara pertama atau kedua yang menjadi pilihan anda, tembakan pertama tidak akan mengena sasaran.
Logiknya, adalah lebih baik jika anda memilih cara pertama untuk mendapatkan sedikit gambaran dan merasakan pengalaman menembak dan melihat keputusan sebelum menyesuaikan keadaan dan mula melepaskan tembakan buat kali kedua.
Apa hubungannya dengan perniagaan
Jika anda perhatikan di kalangan kawan-kawan, mereka yang amat berhati-hati dan belajar tinggi penuh dengan ilmu teori di dada, majoritinya akan berakhir dengan makan gaji.
Kebiasaannya mereka yang kurang belajar tinggi, tidak banyak teori dan hidup penuh cabaran dan tidak kisah gagal, akan berakhir dengan menjadi usahawan. Hidup mereka lebih bertumpu pada praktikal.
Beza antara kedua jenis golongan yang saya sebutkan di atas adalah yang pertama masih membidik dan membidik pada sasaran dan masih tidak yakin untuk melepaskan tembakan. Kononnya dengan berbuat begitu, apabila tembakan dilepaskan, terus terkena tepat pada sasaran.
Malangnya, mereka akan berakhir dengan tidak melepaskan tembakan langsung. Iaitu mereka berakhir dengan merancang dan merangka, membuat kajian dan pertimbangan sehingga tidak pernah langsung berhenti makan gaji dan berniaga.
Bagi yang tidak kisah tersasar pada tembakan pertama, sekali melihat peluang akan terus melepaskan tembakan. Iaitu mereka akan terus terjun mengambil peluang berniaga tanpa ambil peduli samada sempurna atau tidak.
Golongan ini bersikap buat terlebih dahulu dan perbaiki sedikit demi sedikit bagi merealisasikan impian yang mereka idamkan.
Bagi mereka yang tidak ada pengalaman berniaga, samada anda punyai ilmu tinggi penuh teori atau tidak punya ilmu tinggi, cubaan pertama terjun dalam dunia perniagaan pasti akan terserempak dengan berbagai masalah yang perlu diatasi.
Itulah lumrah perniagaan dan hanya mereka yang terjun merasainya sahaja akan berpeluang untuk memperbaiki sedikit demi sedikit sehinggalah kejayaan dikecapi.
Sebab itu, lepaskan terlebih dulu tembakan dan membidik kemudian adalah lebih berkesan dalam dunia perniagaan. Jika anda terkial-kial membidik sehingga sempurna, anda sampai ke sudah tidak akan berniaga.
Adakah anda faham apa yang saya cuba sampaikan?
12 comments
Saya masih ingat lagi masa mula-mula joint perdagangan mata wang atas talian ( Online). Saya bermula dengan 10usd. Pada masa tu, saya ajak kawan saya melabur dalam forex atas talian. Saya main redah je masa tu. Masa tu memang ada rugi dan ada masa rugi. Masa rugi tu rasa hilang semangat tapi saya pujuk hati untuk terus bermain walaupun masa rugi. Sebenarnya main forex hanya modal serendah 1Usd sahaja boleh “main” forex kalau dalam ringgit, RM3.12. Banyak perkara saya berlajar sehinggalah saya boleh perolehi satu minggu 40usd-60usd. Sehingga saya tahu Bila masa kita boleh masuk pasaran, bila masa kita jauhkan diri dari pasaran, semua tu saya dah lalui. Yang penting kita konsistent apa yang kita buat. Lagi satu setiap apa yang kita laburkan kita mesti kuasai dari modal , operasi hingga keuntungan dan jangan harapkan orang tengah ( broker) jika anda ingin melabur dalam forex.
TK, kongsi!
bnyak sgt teori tp tak jalan tak guna jgak..belasah je dulu..pastu bru improve sikit2.insha allah Allah akn mudahkan usaha kita dalam bagi rezeki..TQ
Setuju sangat!
Faham Tuan.
Alhamdulillah !
Suatu perkongsian ilmu. Penuh dengan maksud tersurat dan tersirat. Tahniah.
Bila nak jemput saya testing homestay tu?
sgt jelas…. patut ramai yang takut nak berniaga…. terlalu memburu kesempurnaan sehingga tiada tindakan…. terima kasih atas perkongsian
TQ
Hebat. Jelas dan faham ! Terima kasih tuan. Nasihat yang sangat membina dikala ini.Terima kasih. – Ahmad azhari.
Alhamdulillah!