Usahawan yang risau perlu lihat burung!

By | 02/10/2012

Ramai yang cakap termasuklah saya sendiri, jangan fikirkan perkara negatif jika ingin berjaya. Sebagai usahawan kita perlu sentiasa fikirkan kejayaan dan lupakan terus fikiran tentang kegagalan. Cakap memang senang!, hakikatnya bukan semudah itu nak kawal pemikiran.

Memang tidak dinafikan, setiap usahawan yang ambil risiko berhenti kerja untuk memulakan perniagaan sudah tentu akan terfikirkan kegagalan. Takut tak mampu mendapatkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Lebih penting sekali, takut tak dapat membawa pulang rezki pada anak bini di rumah.

Terus terang, perasaan takut sentiasa wujud dalam fikiran ketika mula-mula berniaga. Kerja dah tak ada, tiada sesiapa lagi yang boleh diharapkan untuk memberikan gaji melainkan atas usaha diri kita sendiri. Apa yang saya buat setiap kali timbul perasaan takut tersebut adalah:

  • Cuba melupakannya dengan menyibukkan diri
  • Kalau tak boleh juga lupa, cari kawan buat teman bersembang
  • Segera ke Masjid jika sudah masuk waktu solat. Peluang untuk berdoa panjang dan mintalah pada Dia yang memberikan rezki.
  • Cari alasan ‘kenapa aku tidak perlu risau‘. Lagi banyak lagi bagus dan biasanya sudah pasti ada saja alasannya.
Pengalaman saya masa mula dulu mungkin dapat dijadikan semangat pada para usahawan dan juga bakal usahawan. Juga sepatutnya kepada semua orang yang mahu berjaya tak kira samada makan gaji atau berniaga.
Pengalaman saya
Ada sekali saya merasa agak panik. Satu hari suntuk dah habis, usaha nampak macam tak ada hasil. Kerja dah tiada, usaha cari pelanggan nampaknya tidak semudah yang dibayangkan. Masa berjalan pantas dan terlintas dalam hati “betulkah apa yang aku lakukan ini…?”.
Bermacam-macam perasaan mula menerjah masuk dalam hati. Kepala ligat berfikir sambil saya memandu. Waktu dah masuk magrib lalu saya singgah di Masjid Seksyen 19 Shah alam untuk solat.
Selesai solat dan berdoa panjang. Saya perlahan-lahan jalan keluar menuju ke tempat kasut. Malam itu ada kuliah magrib di masjid tersebut. Rasa ingin nak dengar tapi tak dapat sebab ada urusan lain. Saya sengaja perlahankan pergerakan agar dapat mendengar sedikit daripada mukadimah kuliah.
Lalu terdengarlah hadith ini:
Dari Umar Al-Khattab, beliau mendengar Nabi bersabda ” Apabila kamu suka bertawakkal pada Allah dengan sungguh-sungguh tawakkal, percayalah! Allah akan berikan kamu rezki sebagaimana Allah berikan rezki pada burung-burung.┬áPagi-pagi perut burung-burung itu kosong, petang-petang mereka pulang dengan perut kenyang “. Direkodkan oleh Tarmizi
Saya mendengar penceramah sampaikan hadith tersebut seolah-olah pada diri saya seorang yang sedang berada di luar masjid sedang memakai kasut.

Sedangkan burung yang tidak dikurniakan akal setiap pagi keluar dan pulang petangnya dengan perut kenyang, malah masih ada untuk keluarganya juga di dalam sarang, kenapa manusia yang ada akal itu perlu risau?

Semangat timbul semula dalam diri dan keyakinan menjalar ke seluruh urat darah saya pada waktu magrib itu. Hilang segala kerisauan dan saya yakin bahawa tugas saya hanyalah berusaha sebaik mungkin lalu bertawakkal, nescaya ada rezki untuk saya bawa pulang bila tiba masanya.
Jika anda rasa risau, cuba pergi ke taman dan dongak lihat burung-burung yang sedang mencari makan. Mereka tidak risau malah bersiul-siul dengan girang. Mereka tidak ada akal macam kita, tapi tetap ada rezki, kenapa kita yang berakal ini pula perlu risau?
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Usahawan yang risau perlu lihat burung!

  1. finarich

    Tahniah buat saudara Mohd Shubhi. Saya sgt2 terpegun dgn tulisan saudara. Gaya penceritaan dan susunan ayat sgt menarik. Kalaulah saya juga boleh belajar menulis seperti saudara….

    Reply
  2. kayzen

    tq for writing.. saya juga sedang mencari semangat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge