Kita sentiasa mampu cari rezki

By | 25/01/2013

Saya ada tuliskan sebelum ini bagaimana kesakitan berfungsi menyelamatkan diri manusia. Namun ada masanya kecacatan tidak dapat dielakkan. Dengan kehendak Allah juga adanya manusia yang diambil tangannya, kakinya atau anggota-anggota lain yang penting.

Walau bagaimananpun, Allah Maha Besar. Diciptanya diri manusia itu sebagai satu makhluk yang cukup lengkap dan sentiasa dapat sesuaikan dirinya dalam apa saja persekitaranpun.
Hilang mata sebelah, dalam masa seminggu atau dua saja kita akan dapat biasakan diri dengan sebelah sahaja mata.
Hilang kedua-dua mata, dalam masa sekejap sahaja segala deria samada dalam otak atau lainnya akan terbina dan menumpukan sensitrivitinya pada deria lain seperti telinga, bau, rasa dan lain-lain.
Begitulah Allah pastikan rezki kita sentiasa mampu kita dapatkannya. Begitulah antara cara Allah jamin rezki kita. Oleh itu yakinlah, diri kita ini sendiri adalah sebuah makluk yang teramat ‘self-sustained’. Yakinlah dengan apa yang Allah telah anugerahkan pada kita.
Lihat video di bawah dan fikirkanlah…
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Kita sentiasa mampu cari rezki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge