Tak terasa sungguh!. Kejap lagi dah nak masuk satu lagi tahun baru!

Macam tulah setiap tahun berlalu dengan begitu pantas. Kejar sana-kejar sini, dah habis satu tahun. Lebih teruk lagi kalau relaks sana, relaks ini, tangguh itu tangguh ini, habis setahun.

Untuk tahun baru yang nak menjelang ni, apa perubahan yang nak anda buat?

Kalau masih tak ada, saya nak berikan cadangan kepada anda yang rasa nak ubah diri dari tak ada duit kepada ada duit.

Ada duit yang mencukupi untuk anda gunakan buat apa yang dirasakan bermanfaat. Bukan selama ini dalam keadaan tak ada duit anda tak buat apa-apa yang bermanfaat. Tapi jika ada duit yang lebih dari mencukupi, anda boleh gandakan lagi manfaat tu.

Azam tahun baru 2020

Tahun 2020 ada makna yang besar kepada anda yang lahir sebelum era tahun 1991. Jika dalam tahun tu anda dah sedar apa yang berlaku di sekeliling, ertinya anda juga ada kenangan terhadap makna tahun 2020.

Pada tahun itulah Perdana Menteri masa itu, (Tun) Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020. Dia umumkannya dalam perbentangan Rancangan Malaysia ke-6 ketika itu.

Wawasan 2020 menyentuh kemakmuran dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, keseimbangan jiwa dan kestabilan politik. Dalam kesemua itu, bab ekonomi paling memberikan kenangan dan kesan yang besar pada saya sendiri.

Kalau saya nak kaitkan wawasan 2020 dengan satu perkataan, saya akan sebuat “makmur”. Perkataan makmur itu lebih kepada memberikan makna maju dan berjaya. Ekonomi yang baik lebih kuat masuk ke dalam benak ingatan saya.

GDP negara masa tu (tahun 1990) adalah bernilai RM115 billion. Tun M sasarkan ianya akan meningkat kepada RM920 billion menjelang tahun 2020, berdasarkan nilai ringgit pada tahun 1990.

Kalau lihat laporan statistik negara untuk ekonomi Malaysia tahun 2018, nilai GDP negara kita mencapai RM1.4 trillion ! Itu berdasarkan nilai ringgit untuk tahun 2019. Untuk orang awam yang tak berapa pandai nak kira nilai duit antara 1990 dengan sekarang, hanya akan tengok pencapaian nombor yang diberikan saja.

Maksudnya, memang ada lonjakan besar kenaikan nilai GDP tu. Ada perubahan besar sejak wawasan 2020 diumumkan sehingga sekarang.

Soalan yang perlu anda tanya adalah, anda sendiri ada lonjakan diri tak dari segi ekonomi?

Rata-rata ramai yang akan mengeluh yang dia sentiasa tak ada duit. Tak ada simpanan, tak ada aset, tak ada banyak sangat perubahan dari segi duit.

Lebih teruk lagi kalau ada yang jumlah berhutang dengan orang lain mengatasi kesemua aset dan duit yang dia ada.

Teruk kalau sebahagian besar duit yang anda cari digunakan untuk bayar hutang.

Dan lebih teruk lagi kalau hutang pun tak mampu nak bayar sebab nak hidup. Orang yang berikan hutang pada anda dulu teraniaya sebab memang nampaknya tak ada harapan untuk anda mampu bayar semula dalam masa terdekat ni.

Jadi, saya cadangkan untuk tahun 2020 ni, anda buat perubahan. Buat lonjakan dari segi ekonomi. Bagi ada duit yang lebih dari mencukupi berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tak berapa menyeronokkan.

Tak perlu fikirkan jalan nak buat duit lagi. Sebab ada punca utama yang menyebabkan anda jadi sentiasa tak ada duit perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Bila dah kenal puncanya. Perlu ubah perkara asas itu terlebih dahulu.

Ubah software yang tertanam melekat dalam diri sendiri. Yang selama ini beroperasi secara senyap mensabotaj usaha anda untuk cari dan buat duit.

16 refleksi kenapa anda tak ada duit

Saya akan berikan 16 sebab yang mungkin, anda tanam dalam diri selama ini. Kesemua sebab ini mampu mengarahkan segala tindakan anda samada secara sedar atau tidak, supaya anda kekal tak ada duit.

Anda boleh salin semula semua 16 perkara kat bawah ni dan buat refleksi secara jujur.

Ingat betul-betul. Rasa betul-betul. Hayati betul-betul samada wujud atau tidak pegangan berikut selama ini. Kesemuanya adalah pegangan salah yang menghalang anda cari dan berusaha buat duit.

  1. Saya tak belajar tinggi, tak bagus pencapaian pendidikan
  2. Keluarga saya miskin atau tidak berada
  3. Kos hidup sangat tinggi. Asyik naik dan saya tak boleh nak kejar
  4. Saya tak boleh simpan duit
  5. Saya tak bersedia untuk kerja dalam tempoh yang panjang dari biasa
  6. Hanya duit yang boleh buat duit
  7. Saya malas dan tak sanggup nak bermain politik
  8. Orang yang berusaha buat duit tu tamak
  9. Saya tidak dilahirkan di tempat atau persekitaran yang betul
  10. Saya tak dilahirkan dalam dulang emas
  11. Orang kaya sombong berlagak. Saya tak nak jadi macam tu!
  12. Kalau saya buat duitpun, tak lama lepas tu habis jugak
  13. Saya akan hilang kawan-kawan kalau kejar kekayaan
  14. Kalau memang ditakdirkan saya nak kaya, tentu akan dapat duit runtuh tiba-tiba
  15. Malas nak cuba, takkan berjayapun
  16. Bukan semua orang biasa boleh kaya, orang kaya dah belasah habis semua

Mana satu yang betul untuk anda

Cuba renung secara jujur kesemua 16 perkara yang saya berikan kat atas tu. Mana satu yang memang ada dalam diri anda selama ini.

Kalau ada, perkara pertama yang anda perlu buat adalah ubah kepercayaan itu.

Anda sendiri boleh buat untuk ubahnya. Saya berikan jaminan bahawa semua perkara itu tidak betul untuk dijadikan alasan yang anda tak boleh buat duit dan jadi kaya lebih dari mencukupi.

Tengok saja sekeliling anda.

Tengok contoh-contoh yang membuktikan kepercayaan itu salah. Ianya adalah alasan saja. Mungkin anda kerap dengar masa kecil dulu. Mungkin anda terpengaruh dengan kawan-kawan yang ada kepercayaan macam itu. Lalu tertanam dalam diri tanpa sedar.

Pastikan tak ada satupun perkara tersebut dalam senarai kepercayaan anda bermula tahun 2020 ini. Jadikan tahun 2020 sebagai permulaan untuk mula bangun dari tidur dan mula buat duit. Anda boleh buat dengan mudah jika semua kepercayaan di atas tidak ada.

Ada kawan yang kaya dari segi ekonomi pernah beritahu saya. Kalau anda lihat macam mana mudahnya orang miskin jadi miskin, macam itulah juga yang berlaku pada orang kaya.

Bagi orang kaya, mereka nampak dan rasa mudah sangat jadi kaya.

Hakikatnya, kata kawan saya tu. Memang begitulah yang terjadi. Macam mana mudahnya orang miskin kekal miskin, macam itulah juga mudahnya orang kaya kekal kaya.

Ertinya jika anda ubah sikap dan kepercayaan yang membantutkan diri selama ini, anda juga akan dapati betapa jadi kaya itu memang boleh sangat.

Semua berantung kepada diri anda sendiri. Pilih satu antara dua di bawah:

  1. Kalau anda rasa nak kaya tu susah dan lebih mudah untuk jadi miskin, anda betul.
  2. Kalau anda rasa nak jadi kaya itu mudah dan jadi miskin itu lebih susah, anda betul.

Saya harap anda pilih yang nombor 2 tu bermula dari sekarang.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge