Sepanjang bergaul dengan para usahawan, saya sering juga bertemu dengan mereka yang berniaga dengan kerja seorang diri. Mereka ada berbagai alasan tak ambil pekerja.

Sebenarnya, peniaga yang menjalankan perniagaan seorang diri lebih kurang sama saja dengan orang yang makan gaji. Mereka bagus sedikit saja berbanding dengan pekerja yang makan gaji. Mereka ada kelebihan bekerja dalam perniagaan atau syarikat kepunyaan mereka sendiri sedangkan pekerja makan gaji bekerja dalam syarikat orang lain.

Kebiasaannya, orang yang memulakan perniagaan yang melibatkan penggunaan kemahiran tertentu banyak terperangkap dalam situasi tak ada pekerja. Taukeh yang ada kemahiran yang diperlukan untuk perniagaan tersebut boleh buat sendiri semua kerja. Dialah taukeh dan dialah jiga kuli.

Jenis perniagaan yang tak ambil pekerja

Antara perniagaan seperti itu termasuklah seperti,

  1. Bawa teksi, lori atau bas.
  2. Kerja mekanik baiki kenderaan seperti motosikal atau kereta atau lain-lain kenderaan.
  3. Doktor
  4. Peguam
  5. Selenggara pendingin hawa
  6. Burger atau lain-lain perniagaan makanan atau minuman
  7. Pest Control
  8. Potong rumput
  9. Baiki rumah
  10. Plumber
  11. Web design atau lain-lain kerja sebagai designer
  12. Menjahit
  13. Pengurusan akaun atau book keeping
  14. Selenggara rumah atau house keeping
  15. Trading
  16. Jual barang di pasar malam
  17. Buat kek atau roti atau biskut atau lain-lain seumpamanya
  18. Berniaga tepi jalan seperti goreng pisang atau buka gerai tepi jalan seperti jual mee atau seumpamanya
  19. Dan lain-lain lagi

Senarai di atas hanya sebahagian kecil contoh yang membolehkan peniaga jadi taukeh dan dalam masa yang sama jadi kuli. Mereka merasa bangga dengan kemahiran sendiri dan tak percaya ada orang lain boleh buat atau kerja lebih baik dari mereka. Itu membuatkan mereka terus syok sendiri dan menjadi peniaga kecil sampai tua.

Apa alasan tak ambil pekerja

Berikut antara alasan biasa kenapa mereka tak ambil pekerja, terus syok sendiri atau lebih tepat menyusahkan diri sendiri sampai tak ada masa dengan masyarakat, dengan keluarga dan diri sendiri.

  1. Tak ada orang boleh buat kerja sebaik mereka. Macam yang saya dah kata kat atas tadi, biasanya sikap takjub pada kemahiran sendiri membuatkan mereka tak percaya wujudnya orang lain yang boleh melaksanakan kerja sebaik atau lebih baik dari mereka. Ini banyak berlaku pada mekanik baiki kenderaan yang saya pernah jumpa.
  2. Susah cari pekerja. Alasan ini mereka berikan setelah mencuba sedikit untuk cari pekerja dan ia ada kaitan dengan sikap takjub pada kemahiran sendiri di atas. Mereka terhijab untuk melihat bagaimana orang lain boleh kumpulkan pekerja yang ramai dan tak nampak kenapa mereka tak boleh.
  3. Takut tak boleh bayar gaji. Ketakutan ini ada baiknya. Mereka yang berfikiran sebegitu sekurangnya ada sikap prihatin takut menyusahkan orang lain kalu-kalau tak dapat gaji jika diambil bekerja. Mereka lupa bahawa rezki Tuhan yang berikan bukanlah taukeh. Taukeh sekadar berusaha sahaja dan dijadikan sebab atau saluran orang lain dapat rezki atau gaji.
  4. Takut tak ada kerja. Peniaga tak ambil pekerja bimbang kalau-kalau tak tau nak suruh pekerja buat apa. Mereka sebenarnya tak ada kemahiran menguruskan pekerja. Tak pernah belajar apa itu delegate kerja. Lalu mereka bayangkan kalau ada pekerja yang makan gaji buta tapi tak buat apa-apa.
  5. Takut ada pesaing. Ada peniaga yang cuba merekrut pekerja lalu diajar kemahiran buat kerja. Bila dah pandai pekerja itu berhenti dan buka perniagaannya sendiri dan jadi pesaingnya pula. Ramai juga yang terkena fobia inidan bersumpah tak akan ambil pekerja lagi. Mereka lupa sumbangan mereka itu amat besar maknanya pada agama, masyarakat dan negara dan mula pentingkan diri sendiri.
  6. Sibuk tak ada masa. Bila kerja sendiri dan dilanda sibuk, mereka jadikan itu alasan untuk tak ada masa nak fikirkan pasal ambil pekerja. Seoleh-olah satu jam sehari diluangkan untuk merancang berkenaan sumber manusia akan melingkupkan perniagaannya.

Begitulah lebih kurang alasan kenapa tak ambil pekerja yang biasanya diberikan oleh peniaga yang kerja sendiri. Mereka ada cita-cita mahu jadi Syed Mokhtar.

Tapi mahu jadi versi Syed Mokhtar yang kerja seorang diri dari bawa lori, buat gula, beras, buka bank, buat roti, jual buku, buat kereta, kendali pelabuhan, buka pejabat pos, buat hotel, jaga hotel dan macam-macam lagi…sikit punya sempoi ka!.

Petua ringkas dalam bab tak ambil pekerja:

“Untuk kekalkan sesuatu itu jadi alasan mudah saja…jangan selesaikannya!”

Anda yang membaca ini ada perniagaan ka? adakah anda berniaga seorang diri dan tak ambil pekerja? apa alasan anda pulak?

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. salam..bila baca blog ni,saya betul² terase..saya selalu terfikir nak ambil pekerja,tapi alasan No.3 dan No.4 itu selalu menghantui saya..InsyaAllah saya akan ambil pekerja dalam masa terdekat..

  2. tak ada pekerja maknanya bisnes tak dapat berkembang
    bisnes kecil2an ni banyak yang main ikut2 je

    memang banyak nak kena belajar untuk berjaya dalam bisnes

  3. saya pun menghadapi masalah yang sama dalam business photography dan videography masa permulaan dulu. Tetapi kini bila dah start projek besar masuk dah mula kena cari pekerja tetapi mostly freelance lah. Bayar base on project. Sekurang-kurangnya tak terikat nak bayar gaji bulanan. Tapi kalau guna pekerja freelance bayaran agak mahal lah berbanding pekerja yang gaji bulanan.

    Memang penting dalam perniagaan kita tak boleh nak bergerak seorang diri. Harus ada team baru nampak kukuh di mata pelanggan mahupun pesaing. Selain dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik ia mampu juga meningkatkan branding sesuatu business. Bagus artikel tuan ini. Teruskan penulisan blog yang berilmiah.

    Salam kenal dari saya dan jemputlah singgah blog ye.
    Kaio recently posted…Perkongsian Kerjaya Pemandu Pelancong dalam Akhbar Berita HarianMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge