Salah satu perkara yang amat mengecewakan usahawan adalah terdapatnya aktiviti pekerja menipu dalam syarikat yang dibinanya.

Kewujudan aktiviti pekerja menipu atau lebih tepat lagi, wujudnya para pekerja yang tidak jujur boleh membuatkan keuntungan sesebuah syarikat menyusut dengan banyak.

Mungkin ramai yang berfikir bahawa hanya segelintir sahaja pekerja menipu dalam sesebuah syarikat. Lalu para usahawan berusaha mengenal pasti pekerja tersebut dan membuangnya.

Namun hakikatnya kerugian akibat daripada aktiviti menipu yang dilakukan oleh para pekerja adalah satu aktiviti kolektif yang biasanya dilakukan secara beramai-ramai. Masing-masing akan menipu seorang sedikit dan gabungan daripada aktiviti pekerja menipu itu menjadi besar.

Jenis kumpulan pekerja menipu

Dalam kehidupan ada 3 jenis manusia yang terlibat dalam urusan menipu. Begitu juga dalam syarikat, terdapat 3 kumpulan yang sama yang punyai pandangan tersendiri dalam urusan menipu. 3 kumpulan tersebut adalah:

  1. Sebilangan kecil yang jujur dan berpegang teguh pada kejujuran. Kumpulan kecil ini yang mungkin sekecil 1% sahaja punyai prinsip teguh dan kuat. Mereka tidak akan berlaku curang dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Sebilangan kecil yang jahat dan tidak berpegang pada amalan kejujuran. Ini juga kumpulan yang kecil mungkin dalam lingkungan 1% sahaja yang memang jahat dan suka buat perkara tak jujur. Senang cerita kita panggil mereka ini penjenayah atau pencuri.
  3. Bilangan besar yang akan berlaku tidak jujur jika ada peluang. Kumpulan besar ini bukan termasuk dalam golongan pencuri atau penjenayah. Mereka ada prinsip pada satu tahap dan hilang prinsip apabila kecurangan itu kecil dan boleh diabaikan (oleh diri mereka sendiri).

Untuk memahami keadaan 3 kumpulan ini kita boleh lihat dalam kehidupan seharian. Kenapa kita kunci pintu pagar bila keluar dari rumah?

Jika tujuannya untuk menghalang kumpulan ke-2 di atas dari masuk dan mencuri barang kepunyaan kita, itu adalah satu fikiran silap. Kerana kumpulan ini akan masuk pecah rumah dengan apa cara sekalipun walaupun kita letak mangga besar pada pintu pagar.

Sudah tentu juga pintu pagar dikunci bukan untuk menghalang kumpulan pertama dari mencuri kerana mereka adalah jenis manusia yang tak akan ambil barang kepunaan orang walaupun diletakkan didepan mata.

Oleh itu, pagar ditutup dan dikunci adalah untuk menghalang kumpulan terbesar, iaitu kumpulan ke-3 yang berkemungkinan akan ambil peluang untuk berlaku tak jujur dengan mencuri barang yang sedikit. Jika ramai pakat ambil sedikit seorang demi seorang, jumlahnya jauh lebih parah daripada aktiviti kumpulan ke-2.

Rumusannya, dalam syarikat kita yang perlu dibendung adalah kejadian pekerja menipu dari kalangan kumpulan ke-3. Iaitu kumpulan terbesar yang kalau pakat tipu sorang sedikit akan menghancurkan keuntungan syarikat.

Cara mudah halang pekerja menipu dalam syarikat

Apa yang saya nyatakan diatas adalah hasil kajian yang banyak dilakukan oleh seorang pengkaji sikap manusia berbangsa Yahudi bernama Dan Ariely.

Beliau ada menceritakan dengan panjang lebar semua kajian tersebut dalam bukunya bertajuk The Truth About Dishonesty. Kalau berminat boleh dapatkan senaskah dan baca buku yang amat menarik itu.

Dalam kajian itu, ada berita baik yang melegakan. Ada cara mudah untuk menghalang kumpulan terbanyak itu daripada masuk dalam kumpulan pekerja menipu.

Cara mudah saja, nyatakan etika mulia dalam apa saja urusan yang melibatkan aktiviti seharian mereka. Contoh mempamerkan etika mulia adalah seperti dengan meletakkan sticker pada dinding berhampiran kertas A4 di rak almari syarikat bertulis,

“Mencuri hak syarikat walau sekecil manapun adalah satu maksiat dan membuat dosa!”

Dengan peringatan sebegitu, kajian menunjukkan kejadian pekerja menipu dengan mengambil beberapa helai kerta A4 untuk dibawa balik akan hilang 100%.

Kumpulan ke-3 lebih cenderung untuk berlaku tidak jujur apabila barang syarikat bukan dalam bentuk wang asli. Mungkin jika syarikat letakkan 10 keping wang RM1 atas meja mereka tak akan ambil. Tapi, mereka akan tidak teragak-agak untuk ambil satu rim kerta A4 dari longgokan tinggi kerta A4 yang nilainya satu rim lebih kurang sama dengan RM10.

Elak pekerja menipu dalam tuntutan kerja lebih masa

Ada ramai pekerja yang suka tipu tambah masa sejam atau 2 jam apabila buat tuntutan kerja lebih masa. Ini adalah lebih mudah kerana ianya bukan dalam bentuk nilai ringgit secara terus, sebaliknya dalam bentuk jam. Proses kedua setelah dinilai barulah jam itu akan ditukarkan dalam bentuk wang.

Jadi untuk menghalang majoriti pekerja menipu dalam tuntutan kerja lebih masa adalah dengan memulakan borang tuntutan catitan kerja lebih masa itu dengan meletakkan ayat seperti berikut:

” Saya sedar bahawa menipu dalam tuntutan kerja lebih masa adalah haram dari segi syariat dan saya mengaku tidak akan melakukannya”

Selepas ayat itu suruh mereka tanda tangan dan letakkan nama penuh mereka sebagai tanda berjanji.

Ini akan menghalang sikap menipu dikalangan kumpulan ke-3 dengan cemerlang sekali. Kerana mereka diberikan peringatan yang mana terbukti peringatan sebegitu berjaya menghalang semua mereka menipu.

Waau bagaimanapun janganlah berharap kumpulan ke-2 untuk berlaku jujur kerana mereka sebenarnya memang jenis pencuri dan sentiasa akan menjadi golongan pekerja menipu. Tangkap kumpulan tersebut dan buang sepantas kilat!.

Moga perkongsian cara mudah menghalang pekerja menipu ini dapat kita amalkan segera. Dan saya juga akan turut sama amalkan dalam semua urusan disyarikat kepunyaan saya. Insyaallah. Selamat mencuba!

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge