pekerja ikanUntuk berjaya dan membesar dalam perniagaan, usahawan mesti tahu perkara asas bagaimana nak mantapkan pekerja di syarikat mereka.

Ramai usahawan yang tidak dapat melepaskan diri daripada menjadi pekerja yang gigih dalam syarikat mereka sendiri. Mereka kerja sama naik dengan pekerja di syarikat mereka dalam semua urusan.

Malah usahawan kelihatan lebih teruk buat kerja berbanding para pekerja mereka sendiri. Mana taknya, hampir semua urusan perlu mereka perhati dan lakukan.

Daripada urusan buka pejabat atau buka kedai, urusan layan pelanggan, buat jualan dan pemasaran, urusan buat kerja yang dibeli oleh pelanggan sehinggalah urusan beli barang, bayar supplier, masukkan duit dalam bank, bayar gaji dan seribu satu macam kerja lagi!

Mantapkan pekerja atau anda teruk bekerja

Betapa teruknya jadi usahawan!, apakah itu yang para usahawan mahukan ketika mereka buat keputusan untuk jadi usahawan? kelihatan macam kerja makan gaji, atau pekerja di syarikat usahawan itu lebih relaks berbanding usahawan.

Kalau perniagaan ok dan mengaut keuntungan yang banyak tak apalah juga sebab ia boleh membezakan antara taukeh dengan pekerja dari segi kedudukan kewangan.

Tapi amat malang bagi usahawan yang tak berapa buat untung, dah lah terpaksa bayar dahulu pada semua orang dari pembekal sehinggalah pada semua pekerja, baki yang tinggal barulah jadi hak milik usahawan… patutlah dah bertahun-tahun berniaga tapi duit tak ada!.

Mantapkan pekerja dengan berikan kepercayaan

Ada sekali saya bertemu bual dengan seorang usahawan yang amat sibuk. Saya bertanyakan kenapa dia tak ambil peduli semua hal ehwal keluar masuk wang dan dan tak ambil masa untuk merancang dan buat networking bagi memajukan perniagaannya.

Usahawan itu jawab dia tak dapat buat semua itu sebab terlalu sibuk melakukan kerja operasi.

Saya tanya kenapa dia tak serah dan biarkan saja pekerjanya uruskan semua kerja tersebut. Dengan berbuat begitu dia hanya perlu lihat sekali sekala dan dapat luangkan masa untuk melakukan kerja-kerja kreatif pemikiran dan perancangan serta networking.

Jangan jadi bodoh dengan ambil pekerja bodoh

“Oooo! tak boleh!, kalau dibiarkan begitu kerja tak berapa elok, bila saya buat sendiri baru pelanggan puas hati dalam kebanyakan hal!”, itulah yang usahawan itu jawab dengan yakin.

“Jadi anda nak kata pekerja anda bodoh dan tidak boleh diharap?” tanya saya dengan nada sinis.

Usahwan itu tersentak dan menafikan anggapan bahawa dia merasa pekerjanya bodoh. Saya logikkan anggapan saya itu dengan memberikan alasan, kalau dia rasa pekerjanya tak bodoh, habis kenapa tak kasi mereka buat kerja dan dia tengok saja.

Akhirnya dia terperangkap dan tak dapat nak jawab. Saya cuma nak sedarkan dia bahawa jika pekerja yang diambil tidak boleh diharap dan bodoh buat kerja, hakikat sebenarnya adalah usahawan itulah sendiri yang bodoh kerana merekrut pekerja yang bodoh.

Berikan ruang untuk kesilapan

Masalahnya bukanlah pekerja yang bodoh, masalah sebenar adalah pada usahawan yang tak percaya orang lain boleh laksanakan kerja sebaik dirinya atau jauh lebih baik lagi. Ego usahawan merasakan dirinya hebat dan pandai memerangkap masa usahawan itu untuk menjadi lebih maju.

Penting untuk usahawan berikan kepercaya pada para pekerjanya untuk belajar sehingga ke tahap yang dikehendaki dan memberikan sedikit ruang untuk mereka melakukan kesilapan.

Orang yang tak pernah buat silap sebenarnya tak pernah buat apa-apa. Dengan melakukan kesilapan kita lebih banyak belajar. Begitu juga para pekerja kita, dengan kesilapanlah kita dapat berikan tunjuk ajar dan membuatkan mereka menjadi lebih mahir.

Asas untuk mantapkan pekerja

Selain daripada memberikan kepercayaan pada pekerja yang kita rekrut, berikut adalah asas yang usahawan perlu buat untuk mantapkan pekerja di syarikat mereka.

  1. Sediakan carta organisasi – Ramai usahawan tak ambil pedulidengan carta organisasi walaupun mereka ada beberapa orang pekerja. Bagi usahawan carat organisasi mereka hanya adalh dua level. Satu taukeh dan selainya adalah pekerja. Itu saja carta mereka. Usahawan perlu mantapkan pekerja dan seterusnya syarikat dengan menyediakan carta organisasi yang lengkap. Perlu ada level tanggung jawab yang diamanahkan dalam jabatan-jabatan yang berbeza.
  2. Klasifikasi tahap pekerja yang ada – Jika usahawan dah ada beberapa orang pekerja dan kemudiannya dah buat carta organisasi, maka bolehlah buat klasifikasi tahap pekerja berdasarkan tugasan yang mereka pikul. Hanya ada 4 kelas pekerja saja dalam sesebuah syarikat, berikut klasifikasinya:
    1. Perangai baik, kemahiran juga baik – Ini adalah bintang dalam syarikat anda. Jaga mereka dan berikan ganjaran yang terbaik untuk pekerja sebegini. Kalau anda tak mahu jaga, banyak lagi sayarikat lain yang nak jaga mereka.
    2. Perangai baik, kemahiran buruk РMungkin anda letakkan orang ini pada jabatan atau kerja yang tak sesuai dengan kemahiran mereka. Mungkin juga anda takberikan latihan yang mencukupi untuk mereka. Kenal pasti kenapa kemahiran mereka buruk dan buat pembetulan segera. Anda akan jadikan mereka kelas pekerja tahap no 1  di atas.
    3. Perangai buruk, kemahiran baik – Ini bakal jadi kanser dalam syarikat. Pekerja sebegini perasan macam star dan sukar untuk bekerjasama. Berikan teguran serius agar mereka berubah atau berikan mereka lalun ke pintu keluar syarikat.
    4. Perangai buruk, kemahiran buruk – Anda silap besar jika mengambil pekerja dalam kelas ini. Biasanya terjadi bila pekerja tersebut adalah kenalan atau saudara mara atau seumpamanya. Anda ambil bukan kerana pilihan, tapi kerana mereka tak ada kerja dan anda ada kekosongan. Jangan ambil masa yang lama untuk buang pekerja sebegini atau anda akan merana dan tidak ke mana dalam perniagaan.
  3. Buat perincian tugasan kerja – Tak ramai usahawan yang ambil masa untuk senaraikan perincian tugasan pada setiap pekerja yang ambil mereka. Kita mesti buat job description untuk semua tahap pekerja yang ada dengan jelas dan terang. Jika anda tak tahu nak buat apa perincian kerja mereka, bermakna anda sendiri tak tahu kenapa anda ambil pekerja. Jangan marah jika perniagaan anda tidak ke mana kerana anda tiada visi dan misi yang mahu dilaksanakan.
  4. Kenal pasti keperluan merekrut РJangan ulang kesilapan dengan membiarkan pekerja kelas no 3 dan no 4 terus berada di dalam syarikat. Buang mereka dan mula mencari pekerja baru. Sekarang anda tentu lebih jelas tahap kemahiran dan tahap perangai yang anda boleh terima berdasarkan carta organisasi dan job description yang telah di sediakan. Amalkan konsep ambil masa untuk merekrut pekerja baru dan jangan buang masa untuk membuang pekerja tak berguna.
  5. Buat semakan prestasi pekerja – Berdasarkan senarai 4 kelas atau tahap pekerja yang anda ada, pastikan pencapaian mereka disemak sekurang-kurangnya setiap 3 bulan. Tentukan kedudukan mereka dalam 4 tahap yang disebutkan tadi. Buat selalu sehinggalah kesemua pekerja anda berada di tahap no 1, insyaallah syarikat anda akan maju.

Ingat! tak ada syarikat yang akan maju jika usaha untuk mantapkan pekerja tidak ada. Sehebat manapun usahawan, dia tak boleh besarkan perniagaan sendirian.

Usahawan sentiasa perlukan kumpulan pekerja yang mantap antara 6 ke 20 orang untuk menjadikan perniagaan dan syarikat mereka maju dan berupaya melanggar apa saja halangan yang beradai di depan.

Urusan mantapkan pekerja adalah urusan penting pada setiap usahawan. Kerja anda bukannya banyak habis dalam urusan operasi sahaja, sesibuk manapun anda, bab mantapkan pekerja dengan melakukan apa yang saya sarankan di atas mesti dilakukan.

Moga dapat dilakukan dengan baik. Anda dan juga saya, kita perlu laksanakannya… mantapkan pekerja, mantapkan perniagaan anda, Insyaallah!

Total
29
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge