10 pendekatan amalan buat kerja sedikit dapat hasil banyak

By | 19/12/2016

Bagi mereka yang kenal, tentu tahu betapa minatnya saya mencari pendekatan terbaik untuk amalkan konsep buat kerja sedikit tapi dapatkan hasil pulangan yang banyak, dari kerja yang dilakukan itu.

Atas dorongan itu juga saya buat blog hidup ringkas ini. Ianya untuk dijadikan sebagai landasan mencari pendekatan tersebut secara konsisten. Matlamat besarnya adalah untuk diri sendiri. Bila nak kena tulis artikel, maka perlu buat pencarian maklumat dan kemudian cuba memahaminya.

Dengan menentukan sasaran yang jelas dalam blog, saya akan lebih fokus membuat pemcarian dan seterusnya membuat penulisan.

Jika sekadar membuat pencarian tanpa mencuba untuk menulisnya semula, saya tidak dapat pastikan samada ianya benar-benar difahami. Dari situ juga saya jadi amat peka kepada apa saja tajuk buku yang menjuruskan kearah pendekatan, buat kerja sedikit tetapi dapat hasil yang banyak.

Sebenarnya ada banyak juga buku yang menghuraikan konsep buat kerja sedikit tapi dapat hasil banyak ini. Antara yang paling hebat dan benar-benar berkesan adalah buku yang menghuraikan konsep Pareto atau lebih dikenali sebagai prinsip 80/20.

Jika anda berminat nak mengamalkan budaya buat kerja sedikit dapat hasil banyak, saya sarankan supaya pergi cari buku berkenaan prinsip 80/20 dan buat kajian. Amat rugi jika tak kenal konsep Pareto ni. Terutamanya dalam dunia sekarang, yang sungguh sempit dan sesak dengan dugaan dan gangguan.

10 pendekatan buat kerja sedikit dapat hasil banyak

Dalam artikel ini, saya cuma nak kongsikan, apakah 10 pendekatan yang boleh anda buat untuk mencapai kelebihan buat kerja sedikit tapi dapat hasil yang banyak.

Saya petik 10 idea ini dari salah sebuah buku* yang saya baca dalam pencarian terhadap pendekatan untuk buat kerja sedikit tapi dapat hasil yang banyak.

Berikut saya senaraikan 10 pendekatan tersebut untuk diamalkan.

  1. Menggunakan secara maksimum kelebihan dan bakat yang ada – Perlu kenal pasti apakah kelebihan diri sendiri. Apakah bakat atau kecenderungan yang anda ada. Bila dah kenal jangan sia-siakannya. Gunakan semaksimum mungkin. Hanya dengan cara itu, anda mampu pergi jauh melebihi orang lain. Jangan teragak-agak untuk beralih arah jika apa yang dilakukan sekarang tidak menggunakan bakat dan kelebihan anda secara maksimum.
  2. Buat apa yang anda benar-benar suka dan perlu suka pada apa yang anda buat РRamai dah biasa dengan ayat ini. Ramai orang yang dah berjaya sering kongsikan petua mudah ini. Adakah anda amalkan ? Atau masih takut tak berani ambil risiko. Jika tak pasti suka atau tidak, apa yang anda sedang buat, usaha untuk menyukainya sampai dapat. Itu saja pilihan yang ada. Kalau dah kenal pasti apa yang anda suka, pergi buat terus. Jangan buang masa tangguh-tangguh lagi.
  3. Percaya penuh pada diri sendiri dan pada naluri – Jangan nak percaya pada orang lain jika apa yang diperkatakan tentang anda adalah negatif. Semua orang tahu apa yang dia suka, jika dia sudi mendengar bisikan nalurinya. Semua manusia diberikan akal. Gunakan akal itu secara maksimum dan ambil tanggung jawab terhadap keupayaan akal anda dalam membuat pilihan. Jangan asyik guna akal orang lain sahaja !.
  4. Buat perkara yang betul pada masa yang tepat – Ini dua perkara penting untuk berjaya. Pertamanya buat perkara yang betul, keduanya lakukan perkara itu bersesuaian dengan masanya. Perumpamanya adalah jika punya biji benih yang baik, pastikan anda semai di tanah yang sesuai pada musim yang sesuai pula. Gabungan dua perkata tersebut tidak boleh di pandang remeh.
  5. Berupaya kenal pasti peluang yang mampu menjana keuntungan yang maksimum – Bila anda mencari peluang, akan datang berbagai peluang dari berbagai sudut. Jika tidak ada keupayaan untuk memilih peluang mana satu yang paling menguntungkan, anda akan gagal untuk pergi jauh dengan pantas. Teori 80/20 amat berguna dalam bab ini. Peka dengan apa yang berlaku, kumpul, ukur dan bandingkan segala maklumat. Pilih yang paling menguntungkan.
  6. Kenal pasti apa yang penting dan bersedia melepaskan selain dari itu – Lanjutan dari pendekatan no 5 di atas. Anda perlu pasti mana satu penting dan mana satu tak penting. Jika dapat hasil banyak tapi tak penting, masih tetap tak guna. Jadi pilih hanya yang penting dan lepaskan tanpa ragu-ragu apa saja yang tak penting. Tak payah nak berkalau-kalau mana tahu satu masa nanti akan jadi penting.
  7. Mencapai hasil yang banyak terhadap perkara yang penting dalam masa yang paling pantas – Bila dah kenal pasti mana yang penting. Berusaha untuk mendapatkannya sebanyak mungkin. Bukan itu saja, sentiasa cari jalan bagaimana nak mengumpulnya dalam masa yang paling pantas. Jadi sentiasa ukur, buka mata, peka telingan, dan deria rasa untuk membuat pembaikan. Sentiasa cari tindakan yang paling banyak memberikan impak.
  8. Percaya pada orang lain dan mampu minta bantuan bila diperlukan – Selain dari percaya pada diri sendiri, jangan abaikan keupayaan yang ada pada orang lain. Kenal pasti siapa yang dapat memberikan sokongan dan bantuan. Dan bila perlu, jangan segan-segan nak minta bantuan. Terlebih dahulu, jangan kemut untuk bantu orang lain itu, tanpa sebarang ganjaran.
  9. Sentiasa sedar secara maksimum apa yang sedang dilakukan dan memberikan tumpuan penuh dengan siapa anda bersama – Punca ramai orang tidak tenteram jiwanya adalah disebabkan fikiran sering melayang samada berada di hari semalam atau khuatir terhadap hari esoknya. Latih untuk sentiasa sedar dalam keadaan semasa, sedar dengan apa yang sedang dilakukan dan paling penting berikan tumpuan dengan orang yang ada bersama anda. Jika anda berikan tumpuan, anda dapat pastikan samada, anda bersama orang yang betul dan tidak membuang masa.
  10. Menikmati setiap detik perjalanan yang dilalui susah atau senang – Sama juga dengan no 9 di atas tadi. Jika anda sedar dengan apa yang sedang dilakukan, sedar pula dengan siapa anda bersama, tidak dapat tidak, anda pasti menikmati pengalaman ketika itu. Jika ianya tidak mampu dinikmati, samada apa yang anda buat adalah salah atau orang yang bersama anda tidak sesuai. Tinggalkan saja, jangan buang masa.

Begitulah lebih kurang secara ringkas dan padat tentang 10 pendekatan yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan hasil yang banyak walaupun dengan melakukan kerja yang sedikit.

Saya masih cuba mengamalkannya. Masih tidak sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Tapi sekurang-kurangnya sudah ada sedikit usaha.

Peganglah prinsip atau pendekatan tersebut di atas dan jika anda memang dah lama mengamalkannya, sudilah kiranya kongsikan hasilnya kat runag komen di bawah ini.

*Do less, get more – Shaa Wasmund

4 thoughts on “10 pendekatan amalan buat kerja sedikit dapat hasil banyak

  1. Mustafa

    Konsep ini telah sy pelajari dari syarikat ITW semasa bekerja di spore. Banyak faedah yg boleh membantu dlm mengenal dan pengurusan yg lebih baik. Buat 20% hasilnya 80%.
    Klu faham dan diamalkan dgn betul pasti membuahkan hasil yg baik…..
    Selain dari 80/20 Sy juga diajar PLS .USa dan MRD dlm pengurusan operasi.

    Reply
  2. Ubat Stroke

    cth dunia akhirat, ajarkan org mengaji al-Quran. Bila org yg diajar tu amal in syaa Allah dapat pahale… pastu kalau die ajar org lain, bertambah lgi pahale berpanjangan hingga ke akhirat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge