12 perkara yang buat anda tidak punya semangat tinggi

By | 11/01/2017

Untuk kekal momentum kehidupan yang lebih baik, kita semua perlu punya semangat tinggi yang maksimum sepanjang masa.

Tambah lah lagi jika anda merupakan seorang usahawan, sudah tentu anda amat perlukan semangat tinggi untuk mengharungi segala cabaran yang sentiasa datang dari berbagai sudut.

Untuk pastikan anda sentiasa punya semangat yang tinggi, pastikan 12 perkara berikut tidak menjadi tabiat atau amalan rutin kehidupan anda.

#1. Asyik buat perkara yang sama

Elakkan diri dari terperangkat asyik buat perkara yang sama dalam masa yang amat lama. Lagi lama anda asyik buat benda rutin tanpa buat perubahan, semakin banyak aura semangat anda berkurangan.

Oleh itu, sentiasa buat perubahan walaupun ianya adalah satu perubahan yang kecil. Sesekali ubah jalan biasa yang anda ambil untuk ke tempat kerja. Atau ubah kedai minum yang anda lepak.

Anda juga boleh ubah aktiviti sukan, ubah jenis kawan atau ubah siaran TV. Yang penting jangan terperangkap dengan perkara sama saja sepanjang masa.

#2. Asyik nak merungut

Merungut atau komplen, akan makan habis tenaga semangat anda dengan sia-sia. Tak ada orang yang merungut melainkan ada sesuatu yang negatif terpahat dalam pemikirannya.

Oleh itu, setiap kali mula nak merungut, fikirkan terlebih dahulu kenapa anda buat pilihan memikirkan perkara negatif. Ubah semula persepsi anda dan cari perkara positif yang sudah pasti ada dalam setiap kejadian.

Paling elok, buang terus perangai merungut. Ini perlukan latihan yang bersungguh-sungguh.

#3. Kekal tidak bertindak

Pernahkah anda berterusan melakukan sesuatu perkara sedangkan jiwa rasa tak puas hati. Pernahkah anda buat juga sesuatu aktiviti tapi hakikatnya anda tak suka buat perkara itu. Biasanya anda buat juga sebab nak jaga perasaan orang dan seumpamanya.

Hentikan berada dalam keadaan sebegitu. Ia mampu membuatkan anda hilang semangat dalam masa yang lama.

Buat keputusan. Samada cari sudut positif, supaya anda suka perkara tersebut, atau jangan buat terus. Kita perlu suka atau rela dengan apa yang kita buat.

#4. Tidak tetapkan sempadan

Orang yang selalu hidup dalam tekanan adalah orang yang tidak ada sempadan mana boleh dan mana yang tak boleh.

Mungkin ada, tapi tidak bertegas supaya sempadan tidak dilanggar. Perlu ada garis sempadan atau had yang anda boleh terima. Jika had tersebut dilanggar, berterus terang dan jangan simpan memendam rasa.

Orang Melayu suka memendam rasa dan simpan semua dalam hati. Bila dah maksimum mulalah jadi tak keruan dan terus mengamuk tidak terkawal. Belajar berterus terang supaya anda tidak menyesal kemudian hari.

#5. Simpan dendam

Ini tak payah nak dijelaskan lagi. Orang yang suka simpan dendam hanya menyusahkan dirinya sendiri sahaja. Sedangkan orang yang dia dendam tak jadi apa-apa, dan tak ada kesanpun.

Lebih baik lepaskan saja dan maafkan dendam yang tidak berguna. Atau salurkan kemarahan dendam itu dengan menjadi seorang yang berjaya pada tahap maksima. Itu cara lepaskan dendam yang terbaik.

Jika orang pandang rendah pada anda, jangan pukul dia. Tapi pastikan anda berjaya sampai orang itu sendiri malu pada anda.

#6. Telan habis semua masa yang ada

Masa ada hanya 24 jam sehari. Jika ditolak waktu tidur 8 jam, tinggal hanya 16 jam sehari. Kerja cari duit pula 8 jam sehari, tinggal lagi 8 jam sahaja. 8 jam baki yang ada itu perlu dibahagikan pula pada kawan, keluarga, masyarakat dan sebagainya.

Ramai orang yang tersasar pandang tidak peruntukkan masa untuk dirinya sendiri. Sediakan masa sejam bersendirian untuk relaks, membaca, bermuhasabah, berfikir, baring, berkhayal atau apa saja yang boleh segarkan semula perspektif kehidupan anda.

Peruntukkan masa untuk diri sendiri kalau nak semangat tinggi.

#7. Jadi ular sawa

Jangan jadi ular sawa yang hanya bergerak bila nak cari makan. Bila dah kenyang berbelit diam tak buat apa-apa.

Jangan biasakan duduk melengkar macam ular sawa sepanjang masa. Bersenam lah dan bergerak aktif dan jangan malas. Tukarkan masa jadi ular sawa anda kepada aktiviti bersenam sekurang-kurangnya sejam sehari.

Berjalan kaki, berjogging, kayuh basikal atau lain-lain seumpamanya. Orang yang cergas akan sentiasa punya semangat tinggi.

#8. Suka kunyah makanan ringan

Aktiviti ini ada kaitan dengan perangai jadi ular sawa kat atas tu. Tak ada faedah amalan suka kunyah makanan ringan ni.

Tak payah nak cerita bab makanan ringan yang bersepah kat pasaran sekarang. Walaupun sedap, ia tidak memberikan apa-apa manfaat.

Air botol berperisa dan berkarbonat juga memang tak bagus untuk anda. Lebih baik minum air suam dan makan buah. Itu yang lebih baik untuk anda.

Pastikan stok buah dan air suam sentiasa dekat dengan anda.

#9. Letak telefon sebelah katil waktu malam

Ini tabiat buruk yang dah melekat pada manusia zaman moden macam kita. Apatah lagi dengan adanya telefon pintar. Dah tak boleh bercerai dari semua gadget itu.

Sampai malam pun, nak charge bateri kat tepi katil tempat anda tidur.

Bercerai sekejap setiap kali nak tidur dari dunia komunikasi maya. Berbual dengan orang kat tepi anda secara nyata. Itulah yang terbaik.

#10. Habis masa yang banyak dengan media sosial

Ini penyakit manusia zaman moden. Banyak masa di habiskan dengan media sosial. Facebook, Instagram, Twitter dan bermacam-macam lagi. Kajian mendapati ramai orang dok tak dok stress disebabkan media sosial ini.

Sebab utamanya adalah otak tertipu dengan apa yang dipaparkan di dalam media sosial. Semua orang nak kongsikan kehebatannya, secara tak sedar kita rasa ‘down’ sebab sangkakan semua orang jauh lebih baik dari kita.

Limitkan masa bermedia sosial hanya untuk urusan penting atau urusan kerja saja.

#11. Suka jadi kera sumbang

Ada kaitan dengan suka main media sosial kat atas tu. Punya layan media sosial, layari internet dan sebagainya sampai tak kawan dengan orang. Sampai dah kurang jumpa dan berinteraksi dengan manusia sebenar.

Orang yang tak berkawan dan asyik kurung diri seorang diri boleh jadi sakit jiwa.

Cari kawan berinteraksi dengan mereka yang mahu melihat anda berjaya. Bercinta dan bersama dengan orang yang anda suka dan sayang dan lebihkan masa dengan mereka. Anak isteri, keluarga dan sebagainya amat penting untuk anda.

#12. Belanja lebih dari kemampuan

Terpengaruh dengan media sosial bila orang up status hebat, anda juga nak up status hebat anda sendiri.

Duit tak ada dalam akaun, boleh guna kad kredit.

Hasilnya anda berbelanja melebihi kemampuan. Masalah besar majoriti orang moden sekarang adalah beli barang dengan guna duit yang dia belum dapat.

Selagi tak buang perangai macam tu, sampai bila pun anda tak akan mampu keluar dari situasi tak pernah ada cukup duit.

Semangat tinggi cara anda ?

Demikianlah 12 perangai yang boleh jadikan anda tidak ada semangat tinggi.

Mungkin anda ada lagi idea lain nak tambah. Jika anda sendiri ada amalan mudah dan berkesan untuk kekalkan semangat tinggi, boleh tambah kat ruang komen di bawah ni.

Moga kita sama-sama dapat amalkannya, Insyaallah.

7 thoughts on “12 perkara yang buat anda tidak punya semangat tinggi

  1. Gambir Emas

    Sentap…Betul, beberapa perkara di atas telah menjadi kebiasaan kebanyakan orang. Cth letak fon sebelah sebelum tidur. Satu lagi nak tambah, usahawan kena bersikap optimis. Jangan mudah down dengan kata2 negatif orang sekeliling. Kena hati kental dan selalu mencari jalan keluar dan sentiasa berfikir.
    Gambir Emas recently posted…COD Gambir Emas KL Call Wan 011 55045653My Profile

    Reply
  2. Abu Ahmad

    Terima kasih. Sangat berinformasi dan menguja untuk dibaca.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge