Biasanya orang ukur tahap kecerdasan akal samada tinggi atau rendah dengan menggunakan ujian IQ.

Selain dari IQ, ada lagi tahap kecerdasan lain yang diperhatikan dalam menilai potensi untuk berjaya seseorang manusia. EQ dan SQ juga tidak kurang pentingnya.

Adakah anda punya tahap kecerdasan akal yang tinggi? IQ? EQ? dan SQ?

Atau dalam ayat mudahnya, adakah anda seorang yang bijak?

Saya tak pernah buat ujian IQ lagi setakat ini. Tak teringin pun nak tahu samada saya punya IQ tinggi atau rendah.

Malas nak ambil tahu samada tahap kecerdasan akal saya tinggi atau tidak.

Tahap IQ bukan kriteria utama untuk dibanggakan. Lagipun setakat IQ tinggi, belum dapat jamin anda punya kehidupan yang baik. Perlukan gabungan EQ dan SQ juga untuk lebih mantap.

Atau mungkin saya tak berapa selesa untuk tahu tahap IQ sebab takut-takut kalau rendah di bawah tahap purata manusia biasa. Nanti sedih tak pasal pulak.

Jika anda juga ada sedikit risau untuk buat ujian tentukan tahap kecerdasan akal, anda sebenarnya masih boleh tahu samada punya tahap kecerdasan akal yang tinggi atau tidak dengan cara lain.

Anda boleh gunakan 13 tanda yang disenaraikan kat bawah ini untuk ketahui samada anda seorang yang bijak atau tidak. Semua tanda yang diberikan di bawah disokong oleh kajian saintifik.

#1. Tak mudah terganggu

Jika anda seorang yang mampu berikan tumpuan penuh terhadap sesuatu kerja atau urusan tanpa mudah rasa terganggu, anda tentunya punya kecerdasan akal yang tinggi. Kalau ada orang kacaupun anda macam tak perasan dan masih tetap leka melayan apa kerja yang sedang dibuat.

Kalau mudah sangat terganggu walaupun dengan perkara yang kecil, aaaa! ada sedikit masalah tu!

#2. Suka jaga malam

Ada orang yang jenis suka buat kerja malam. Semakin lewat, semakin segar pulak. Walaupun keesokkan harinya dia akan bangun lewat sebab leka semalamnya. Itu tandanya anda ada ciri-cri orang yang cerdas akalnya.

Tapi ada juga orang yang lansung tak tahan mata. Gelap malam sikit dah kuyu. Biasanya golongan ini kalah kecerdasan akalnya dengan golongan di atas.

#3. Mudah sesuaikan diri

Adakah anda jenis yang fleksibel?

Mudah sesuaikan diri dalam apa jua keadaan tanpa rasa leceh tandanya anda bijak. Ianya jadi begitu sebab anda lebih fokus pada perkara yang boleh dilakukan berbanding mencari alasan kenapa tak boleh buat.

#4. Sedar tahap kejahilan sendiri

Adakah anda jenis yang selesa mengaku tak tahu terhadap perkara yang memang anda rasa tak tahu?

Kalau ya!, itu tanda kecerdasan akal yang tinggi.

Kalau anda rasa semua perkara anda tahu, berwaspadalah! sebab itu ada sedikit masalah kurang cerdas akalnya.

#5. Sangat kuat rasa ingin tahu

Ada orang jenis lengai. Tak ambil pot sangat dalam kebanyakan keadaan atau perkara. Itu tandanya tidak punya perasaan ingin tahu yang tinggi. Dan itu juga tanda tak berapa nak bijak.

Tapi kalau anda jenis peka dan ada saja yang menarik perhatian anda walaupun pada perkara yang sering anda tempuhi, maka anda sememangnya punya kecerdasana akal yang baik.

#6. Berfikiran terbuka

Jika anda sentiasa terbuka untuk mendengar atau melihat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan atau persepsi yang dah ada, memang bagus. Itu tandanya ada IQ tinggi. Tapi kalau terus saja tolak, serang dan hentak meja bila dengar idea pelik dari kebiasaan, itu ada ciri-ciri kurang cerdas akal.

#7. Selesa sendirian

Anda suka dan rasa selesa sendirian?

Itu tandanya anda seorang yang bijak.

Tapi jika jenis yang lansung tak boleh duduk seorang diri, atau jalan-jalan dalam taman sendirian, asyik nak bergelak ketawa ramai-ramai sahaja, itu ada tanda yang tak berapa nak bagus dari segi kecerdasan akal.

#8. Kuat kawal diri

Macam mana anda buat keputusan selama ini?

Adakah jenis gopoh terus terjun kepada rumusan atau sentiasa tenang dan kawal diri walaupun dah teruja sangat nak terjun.

Jika anda mampu tangguh untuk melihat pilihan lain yang mungkin ada, itu tandanya akal anda cerdas.

Selepas ini cuba potong Q ketika memandu. Kalau orang yang anda potong tu tekan hon dan henjut keretanya menghalang bersungguh-sungguh. Tak payah nak marah, itu tanda kurang bijak.

Tapi kalau dia relaks saja, ertinya anda dah potong Q orang yang bijak. Dan perkara yang sama boleh dinilai pada diri anda sendiri.

#9. Pandai buat lawak

Anda mungkin jenis mudah ketawa dan rasa geli hati. Anda juga mungkin pandai lihat sudut yang menggelikan hati dan pandai buat lawak. Itu tandanya anda pandai.

#10. Peka dengan perasaan orang lain

Orang yang bijak biasanya amat mudah memahami dan menyelami keadaan jiwa orang lain. Dia mudah sesuaikan diri dan bertindak berdasarkan keadaan perasaan orang lain dalam setiap suasana dan keadaan.

#11. Mampu melihat kesamaan dalam perbezaan

Cuba bandingkan antara Lim Guan Eng dengan Tuan Guru Haji Hadi.

Apa yang terlintas dalam pemikiran anda?

Kalau anda terus spontan melihat kedua-duanya adalah pemimpin politik, itu andanya anda amat bijak. Orang cerdas akalnya sentiasa dapat kaitkan persamaan antara dua keadaan atau benda yang kelihatan amat jauh berbeza.

#12. Suka tangguh kerja

Kalau anda selalu sangat tangguh kerja. Leka dan nampak relak saja walaupun pasangan dah bertukar jadi warna Hijau. Tak usah risau sangat ya. Itu tanda kecerdasan akal yang tinggi tu.

Samada dia sedang berikan tumpuan pada perkara yang dinilainya jauh lebih penting atau dia sedang tunggu ilham baru yang lebih baik.

#13. Suka fikir masalah berat

Apa maknanya kehidupan?

Apa bakal berlaku jika rakyat Malaysia masih kekal bersikap rasis dan tidak dapat menerima kepelbagaian pendapat, bangsa, agama dan lain-lain?

Jika anda suka mencari jawapan pada perkara-perkara yang berat-berat, itu tandanya anda seorang yang bijak.

Tapi jika anda terus hilang mood setiap kali orang ajak bincang hal ehwal kehidupan yang berat-berat, ada sedikit masalah kecerdasan akal tu.

Adakah anda seorang yang bijak?

Apa macam?

Selepas dah baca semua 13 petanda tahap kecerdasan akal yang tinggi kat atas tu, ada tak sangkut terkena batang hidung sendiri sebahagian atau semua yang tersenarai?

Kalau semuanya ada pada diri anda, tak usah ragu lagi. Memang anda amat pandai.

Tahniah!

Seperti yang saya nyatakan kat atas tadi. Semua yang tersenarai itu punya sokongan kajian saintifik. Jika anda nak dapatkan maklumat lanjut pautan kajian yang diberikan, sila baca artikel asalnya kat sini.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge