4 tanda anda ada masalah networking dan cara selesaikannya

By | 06/02/2017

Selesaikan masalah networking, kalau nak lancar dan permudahkan perjalanan bisnes anda !

Dunia perniagaan dengan networking tidak dapat dipisahkan sama sekali. Semakin baik aktiviti networking, semakin berpotensi perniagaan anda boleh pergi jauh.

Bukan saja dalam dunia perniagaan, masalah networking juga boleh membantut dunia kerjaya makan gaji anda.

Saya selalu pesan pada diri sendiri dan pada kawan-kawan usahawan dan bakal usahawan. Kalau tak suka buat networking, elok jangan jadi usahawan. Kalau nak jadi juga boleh, tapi jangan pasang impian untuk pergi lebih jauh.

Jadi, samada anda sedar atau tidak sedar, kemahiran networking perlu dipupuk dengan cara yang betul. Usahawan juga perlu tahu kenapa dan dengan siapa mereka perlu bina jaringan perhubungan ini.

Untuk mudah faham kenapa anda perlu bina jaringan, berikut saya berikan 4 tanda bahawa anda sedang menghadapi masalah networking yang kritikal.

4 tanda ada masalah networking

Jika anda ada satu atau lebih daripada 4 tanda-tanda yang saya berikan kat bawah ini, bermakna ada kerja penting yang perlu anda lakukan sekarang.

Kalau tak selesaikan masalah ini, perniagaan dan dunia keusahawanan anda akan menjadi sunyi dan sepi.

Berikut adalah 4 tanda anda ada masalah networking:

  1. Tiada peruntukan masa bertemu dan berbincang pasal bisnes dengan taukeh bisnes lain – Disebabkan terlalu sibuk (kononnya) anda habiskan masa dengan urusan bisnes dari pagi sampai ke malam. Habis kerja, letih terus balik ke rumah. Kalau jumpa kawan usahawan lainpun, anda tak bincang pasal bisnes, lebih banyak buang masa bincang perkara yang tak relevan atau hiburan saja.
  2. Tiada sesiapa nak dengar idea bisnes dan strategi perniagaan anda – Mungkin ada kawan, tapi mungkin sikap berahsia menghalang perkongsian. Mungkin juga kawan-kawan yang ada tak mahu dengar. Mungkin anda tak percaya keupayaan dan kejujuran mereka. Lebih parah lagi, memang anda tak ada kawan dan tempat mengadu dan berbincang perjalanan bisnes anda.
  3. Tak ada tempat nak kongsi perlaksanaan perancangan bisnes anda – Anda hanya memendam rasa perjalanan dan perkembangan perlaksanaan idea bisnes seorang diri. Paling bagus hanya mampu catitkan dalam buku nota. Masalah dalam perlaksanaan tak dapat diselesaikan dan anda buntu. Jalan mudah adalah putus asa dan berenti berusaha.
  4. Tak ada orang nak tanya perkembangan perancangan anda – Mungkin anda selalu cerita segala idea dan perancangan bisnes, tapi selepas cerita habis begitu saja. Malah kawan-kawan yang anda kongsikan macam tak berminat atau macam tak pernah ingat apa yang anda cerita. Kesian ! mereka tak pernah follow-up pun !

Dari 4 tanda masalah networking kat atas tu, tentu anda dapat agak peranan asas yang dimainkan oleh aktiviti networking.

Ia lebih menjurus kepada usaha elakkan diri daripada fenomena syok sendiri.

Kalau anda biarkan perjalanan bisnes bergerak secara solo dan terlalu berahsia, keburukan adalah lebih besar dari kebaikan.

Lagipun, jalan keusahawanan ini adalah satu jalan yang sunyi. Jalan yang tidak ramai orang laluinya.

Walaupun kita lihat sekarang ramai orang yang bercakap pasal keusahawanan, kebanyakan dari mereka hanyalah penyampai cerita sahaja. Mereka sendiri tidak pernah melalui jalan tersebut.

Mendengar cerita kawan, yang menceritakan pengalaman kawannya ke luar negara, sudah tentu tak sama dengan mendengar cerita dari kawan yang pergi ke luar negara itu sendiri. Banyak perbezaannya.

Jadi, jaringan dari kalangan mereka yang memang usahawan amat diperlukan. Bukan sahaja dari kalangan mereka yang sama industri dengan bsines anda, malah dari kalangan industri yang berbeza juga amat diperlukan.

Selesaikan masalah networking

Saya berikan beberapa langkah mudah untuk selesaikan masalah networking ini kat bawah:

  1. Senaraikan orang yang anda habiskan masa setiap minggu – Ambil kertas dan mula catit dengan siapa anda sering habiskan masa sama da ketika kerja ataupun ketika santai. Tulis kesemua nama mereka.
  2. Apa sumbangan mereka – Pada setiap nama kawan tersebut, tulis satu persatu apa perkara atau kemahiran baru dan baik yang anda belajar dari mereka yang membantu bisnes anda dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini.
  3. Kekal atau ubah – Jika ada banyak skill dan pengetahuan baru anda dapat dari mereka, kekal aktiviti bersama mereka. Sebaliknya, jika tak ada apa perkara baru yang bermanfaat untuk bisnes anda didapati dari mereka, tiba masanya anda perlu ubah dengan siapa anda banyak luangkan masa bersama.
  4. Buat senarai keperluan – Sekarang tulis pula apa senarai kemahiran, maklumat, sokongan dan ilmu yang anda perlukan bagi majukan urusan bisnes anda. Tulis satu persatu dalam kategori, pemasaran, operasi, kepimpinan, dan kewangan serta inovasi.
  5. Siapa yang boleh bantu anda – Bila dah kenal pasti apa yang anda perlukan, fikirkan pula siapa yang boleh berikan anda kesemua perkara tersebut. Mungkin usahawan lain dari bisnes tertentu, mungkin usahawan berjaya yang hebat, mungkin otai berpengalaman, mungkin anda perlu sertai Group Mastermind.
  6. Rancang untuk menghimpit mereka – Bila dah kenal pasti, buat perancangan bagaimana anda boleh mula berkenalan dan rapatkan diri dengan mereka. Ini satu urusan kerja yang penting !. Strategi untuk menghimpit orang yang kita nak jadikan kawan di mana masa diluangkan bersama mereka dengan banyak.
  7. Bertindak – Selepas buat kesemua itu, terus mula bertindak. Jangan hanya rancang dan jadikan ia satu karangan saja. Bertindak sehngga berjaya dan anda insyaallah menghampiri kejayaan.

Bertindak segera selesaikan masalah networking

Ramai usahawan yang saya jumpa mengeluh macam-macam masalah. Mereka tak tahu buat itu dan ini dan kekal tak tahu perkara yang sama bertahun-tahun.

Itu sikap yang amat buruk.

Sedangkan semua tak tahu itu bleh diselesaikan dengan hanya buat langkah yang saya senaraikan kat atas tu.

Dah tak tahu, pergilah cari dan tanya pada orang yang tahu sampai anda sendiri tahu dan faham !

Bagi mereka yang nak jalan pendek untuk pastikan mereka bergerak, boleh dapatkan khidmat Business Coach. Biasanya coach yang baik akan mampu membuatkan anda rasa nak buat segala perancangan.

Coach yang baik juga akan tetapkan masa dan jadual yang konsisten untuk follow up perkembangan perjalanan dan perlaksanaan urusan bisnes anda.

Untuk makluman, dalam Group Kelab Usahawan HR, saya ada anjurkan pertemuan kecil sesama usahawan setiap bulan di Shah Alam. Ia baik untuk saya sendiri dan sudah tentu baik juga untuk anda usahawan diluar sana.

Ramai yang tak ambil peluang untuk turut serta pertemuan yang setiap bulan saya anjurkan itu, sombong atau malu saya tak pasti.

Kalau berminat, anda dipersilakan dengan segala hormatnya !

3 thoughts on “4 tanda anda ada masalah networking dan cara selesaikannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge