Hilang fokus dan gagal urus diri andalah salah satu dari musuh besar seorang usahawan yang mahu berjaya.

Bukan pada usahawan saja, malah pada semua orang yang mahu berjaya dalam apa saja lapangan yang diceburinya.

Ramai usahawan tertipu dengan perkataan ‘sibuk’.

Para pekerja makan gaji juga sering tertipu dengan bab sibuk ini. Malah ada juga majikan yang tertipu dengan suasana sibuk.

Ramai yang percaya, sibuk tandanya menuju kejayaan. Usahawan rasa jika dia sibuk, orang semua akan sangka dia berjaya. Majikan pula akan lega setiap kali melihat para pekerjanya sibuk, disangka, tentu semua buat kerja. Akhirnya semua orang tertipu dengan lakonan sibuk.

Hakikatnya, ramai yang berlakon sibuk. Samada usahawan mahupun pekerja yang makan gaji.

Sedangkan kesibukan yang dilakonkan itu, langsung tidak membawa kepada pencapaian matlamat.

Apa guna sibuk ke hulu ke hilir tapi bisnes tak untung ?.

Apa guna sibuk tak cukup tanah dan tak cukup masa sedangkan bisnes tidak ada peningkatan ?.

Apa guna meeting dari pagi sampai malam sedangkan masalah semakin banyak datang ?.

Nak sibuk boleh saja.

Tapi pastikan perniagaan anda bergerak ke depan. Pastikan perjalanan bisnes semakin lancar dan bukannya semakin kusut.

Untuk dapat semua itu, anda mesti sentiasa fokus dan pandai menguruskan diri.

4 tanda anda tak fokus dan gagal urus diri

Sebelum saya berikan panduan untuk perbetulkan keadaan dalam bab ini, mari kita lihat terlebih dahulu tanda-tanda yang anda sedang hadapi masalah ini.

Kita masih lagi dalam bab pengurusan tabiat diri yang merupakan modul asas dalam program HR Biz Coaching. Selagi tabiat tidak dibetulkan, jangan nak harap bisnes akan maju. Taukeh sendiri perlu betul dan maju, maka barulah perniagaan anda akan turut sama naik maju.

4 tanda anda hilang fokus dan gagal urus diri adalah;

  1. Sentiasa ada banyak idea muncul dalam kepala dan anda nak buat kesemuanya
    • Nak keluarkan produk baru, nak buka cawangan baru, nak buat pinjaman MARA, nak minta geran kerajaan, nak masuk kelas Dr Azizan Osman, nak belajar dengan sifu FBadds, nak kemas kedai, nak setup bisnes page, nak buka kelas latihan, nak lobi projek kerajaan….
    • Hakikatnya perkara asaspun anda tak lepas buat. Pejabat jadi tempat bertelur ular senduk, duit keluar masuk tak catit, masa rehat tak ada.
    • Ramai yang jadi macam ni. Jiwa tak tenang dengan kesibukan yang amat tinggi. Tapi bisnes tak ke mana pun. Bersembang deras bersemangat dan laju macam cara buat kerja yang tak tersusun juga.
    • Akhirnya bayaran bulanan pinjaman sentiasa tertangguh. Jangan jadi macam tu kawan !
  2. Ada banyak kerja dan anda tak tahu mana satu nak mula
    • Ini lanjutan dari isu atas tadi. Tapi anda mungkin jenis yang tak banyak idea dan tak banyak cari idea baru. Namun begitu anda sedar ada banyak isu yang perlu diselesaikan. Mungkin setelah pergi bersembang dengan kawan yang baru habis kursus dan dapat banyak ilmu baru, maka mula sedar ada banyak kerja nak kena buat.
    • Tapi malangnya setiap kali masuk kerja di waktu pagi, anda mula jem tak tahu mana satu nak buat. Baru saja nak bergerak nak buat perkara yang dah lama tertangguh, pelanggan pula terjah komplen. Dah kena layan pelanggan itu dan akhirnya satu hari hanyut sampai malam dan tutup kedai balik rumah.
    • Esok datang kerja lagi, kali ini kerja ada tambahan lanjutan dari komplen pelanggan semalam. Nak kena fikirkan solusi jangka panjang supaya masalah tak berulang. Tak sempat nak merangka, datang pula pekerja buat hal. Kena selesaikan maslaah pekerja pula dan sedar sedar hari dah nak malam. Tutup kedai balik rumah.
    • Begitulah kitarannya semakin lama semakin membesar tunggu masa nak meletup saja. Kalau anda tak koma masuk ICU, mungkin anda dilihat sedang mundar mandir kutip rumput di tepi jalan.
  3. Fikiran buntu dan anda sering tertinggal urusan penting
    • Masalah bertubi tubi menyerang dari berbagai sudut. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Tapi disebabkan anda tidak fokus dan gagal urus diri, anda rasa buntu macam nak lari ke India.
    • Perkara pentingpun kadang kala boleh terlupa. Bisnes kecil dan tak ada PA, jadi tak ada siapa nak ingatkan urusan yang perlu dilakukan. Perangai berhenti menulis dan mencatat pada buku pula dah ditinggalkan sejak tamat tingkatan 5. Kononnya semua nak hafal dalam kepala.
    • Kepala kusut mana boleh ingat apa-apa !
  4. Anda sering mengharapkan agar dapat uruskan kerja dengan lebih tersusun
    • Bila ada masa rehat sebentar berseorangan kat kedai mamak, anda terfikirkan kenapa aku tak boleh uruskan bisnes macam kawan aku tu. Nampak relaks saja, tapi saban tahun bisnesnya semakin maju.
    • Anda mula cari alasan untuk legakan perasaan. Ahhh dia masuk U, aku habis tingkatan 5 saja. Mana bolah sama. Mungkin aku kena masuk sambung belajar kat U kot… ! Mula rasa rendah diri dan nak mengalah dan cari alasan untuk tidak maju.
    • Pening kepala malas nak terus berfikir cari jalan, pergi kerja semula dan hanyut lagi sampai ke malam masih tiada sebarang perubahan.

Mungkin ada yang dah terasa macam saya dok mengata kat dia, bila baca cerita kat atas tu. Kalau anda rasa macam itu, tandanya ada masalah hilang fokus dan gagal urus dirilah tu.

Macam mana nak selesaikannya ?

Atasi hilang fokus dan urus diri

Sebenarnya saya dah tulis pasal bab bagaimana nak jadikan diri anda fokus dan pandai urus diri dalam artikel yang sebelum ini. Dah lama saya tulis pasal bab itu. Anda boleh pergi baca pada pautan artikel yang saya berikan kat bawah ni:

Panduan fokus dan pengurusan diri usahawan

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda buat untuk atasi masalah hilang fokus ini,

  • Segera sediakan suasana yang kondusif – Ini perkara pertama yang perlu dibuat. Kemas bilik, kemas pejabat, kemas kereta, kemas rumah dan kemas segala-galanya. Ertinya buang kesemua benda yang tak pakai selama ini dan hanya tinggalkan yang perlu sahaja dan pasti akan digunakan. Benda yang perlu mestlah disusun rapi. Anda perlu tempat yang selesa dan damai untuk mula berikan tumpuan yang tinggi.
  • Sediakan peralatan yang betul – Mula belajar mencatit segala aktiviti dan perancangan. Biasanya diari adalah pilihan terbaik. Atau buku nota boleh juga. Jika anda suka mencatit dengan telefon pintar juga boleh. Catit tugasan utama jangka panjang dalam buku nota tersebut. Tugasan itu akan kekal sekurang-kurang setahun kat situ untuk anda sentiasa semak setiap bulan. Kemudian sentiasa catit tugasan mingguan dan harian dalam buku nota untuk disemak.
  • Sediakan masa – Adakan masa untuk aktiviti menyemak semua catitan dalam diari atau buku nota kat atas tadi tu. Jangan benarkan ada gangguan ketika buat semakan itu.
  • Pilih kerja yang paling penting – Sentiasa pilih kerja apa yang nak dibuat dan di berikan tumpuan. Anda┬áboleh kawal masa, tapi anda boleh kawal apa yang nak dilakukan dengan masa yang ada. Buat yang anda paling cekap dan paling penting. Yang lain serahkan pada orang bawahan atau upah pada orang lain.
  • Jangan amal multi tasking – Buat satu persatu sampai habis barulah beralih ke urusan lain pula. Jika anda sentiasa elakkan cuba buat banyak kerja, anda akan dapati banyak kerja yang anda berjaya laksanakan dengan baik.

Jika anda jenis yang tak boleh bergerak sendirian, ertinya perlu ada seorang mentor atau coach bagi memberikan tekanan. Anda boleh gunakan khidmat HR Biz Coaching yang saya sediakan khas untuk membimbing usahawan yang perlukan bantuan.

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Salam .. sye sangat buntu skrg ni .. sye berumur 22 tahun dan seorg anak yatim piatu .. ini bermaksud sye skrg hanya bergantung kpd tuhan shj .. sye bkn ingin minta simpati tapi sye sngat berminat utk berniaga dan sye juga pernah gagal dan skrg sye masih teruskan perniagaan kecil2lan iaitu berniaga abc .. sye terbeban dgn hutang dan sangat tertekan … Sye hanya ingin tuan memberi pendapat apa yg sye perlu buat utk kembangkan perniagaan sye .. sye tdk mempunyai bnyk ilmu perniagaan dan sye jge tdk mempunyai bnyk duit utk pergi ke seminar .. sye takut dgn sesuatu yg tdk pasti …

  2. Tidak hanya ushawan atau pekerja malah jiran sekeliling pun sibuk gak kat perkara yg tak septutnya amik tahu.. hhshehehe.. by the way its good guidance… tq

  3. Salam,Terima Kasih Tn.Subhi….saya memang kerap hilang fokus.Tulisan tuan dapat membantu saya untuk belajar untuk fokus. Terlalu banyak info yang menyebabkan kita mudah hilang fokus.

  4. Salam Tuan
    Bagaimana untuk mengatasi staf-staf syarikat yang tidak mahu berkembang atau berubah. Punya persepsi negatif apabila kita cuba membuat kelainan. Juga staf tidak cukup memahami konsep berniaga dimana mereka hanya menjalankan kerja-kerja yang diberikan tanpa mahu menganalisa mana yang penting. Mereka hanya mahu kerja mereka siap tanpa melihat keadaan sekeliling.
    Bagaimana untuk memberi kefahaman kepada staf-staf syarikat sebegini

    1. Secara umumnya sikap pekerja amat sukar untuk diubah, tetapi kemahiran boleh saja diubah dengan berikan latihan. Cara paling mudah untuk selesaikan masalah itu adalah dengan mula mencari staff yang serasi sikapnya dengan kehendak dan matlamat kita (Fire n Hire). Bagi kebanyakan syarikat yang berjaya, mereka amat terperinci dalam membuat pemilihan pekerja dari awal. Jika sikap pekerja betul dan seiring dengan cara kita, semuanya akan menjadi lebih mudah dan fokus hanya kepada peningkatan syarikat sahaja. Panjang kalau nak bahas bab ini, tapi saya hanya berikan jalan paling mudah untuk selesaikan masalah Rabeha saja kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge