5 urusan penting elak bisnes gagal yang anda boleh buat sendiri

By | 25/10/2016

elak perniagaan gagalArtikel kali ini saya nak kongsikan 5 perkara penting yang anda boleh buat sendiri untuk elak bisnes gagal.

Panduan ini boleh diamalkan oleh semua usahawan tak kira samada yang dah jadi usahawan sepenuh masa, mahupun untuk anda yang sedang merancang nak mula berniaga.

Bila dah habis baca nanti, elok segerakan mengamalkannya sebab kesemua 5 perkara penting untuk elak bisnes gagal ini anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu tunggu orang lain untuk membantu anda.

5 urusan penting elak bisnes gagal

Berikut adalah 5 perkara penting yang anda perlu buat untuk elak bisnes anda menemui kegagalan. Apa yang saya senaraikan adalah hasil dari pengamatan saya selama menceburkan diri dalam kegiatan membantu para usahawan memajukan bisnes mereka.

Kesemua perkara ini, saya lihat berulang-ulang dilakukan oleh ramai usahawan sedangkan ianya dapat dielakkan. Jika usahawan disiplinkan diri dan jadikan ia sebagai prinsip tetap amalan budaya keusahawanan mereka, perjalanan bisnes yang usahawan lakukan akan menjadi lebih mudah dan terjamin kejayaannya.

  1. Merancang dan berikan tumpuan
    • Ramai usahawan main terjun dan jalankan perniagaan mereka tanpa merancang dengan betul terlebih dahulu. Memang saya selalu kata usahawan mesti bersedia untuk tembak terlebih dahulu kemudian barulah mula buat sasaran supaya lebih tepat. Tapi itu tidak bermakna anda perlu belasah tempak saja macam orang yang tidak mampu melihat di mana arah nak tembak.
    • Antara perkara penting dalam merancang adalah menyediakan model yang sesuai dalam menjalankan bisnes yang nak dilakukan. Semak potensi pasaran perniagaan tersebut samada berdaya maju atau tidak. Teknik mudah dan ringkas yang popular untuk anda gunakan dalam merancang model bisnes anda adalah dengan menggunakan konsep Business Model Canvas.
    • Selepas merancang, mula bertindak dan pastikan anda berikan tumpuan penuh dalam menjayakan perniagaan yang dilakukan. Atasi segala gangguan yang membolehkan anda tergelincir dari landasan betul. Jangan layan jika ada tawaran bisnes lain selagi apa yang nak dibuat belum stabil.
  2. Pilih lokasi yang sesuai
    • Jika anda belum mula berniaga, urusan ini lebih mudah untuk dilakukan. Tetapi jika dah berniaga, dah banyak keluarkan duit untuk lokasi yang dipilih, urusan ini menjadi lebih sukar.
    • Namun begitu, jika anda jalankan bisnes yang menggunakan kenderaan sebagai premis utama bisnes anda, urusan pemilihan lokasi ini sentiasa dapat diperbetulkan.
    • Walau bagaimanapun, seandainya anda dah mula berniaga, tapi sedar bahawa anda telah silap memlih lokasi, adalah lebih baik untuk korbankan masa dan wang sedikit untuk ubah ke lokasi yang lebih sesuai, daripada kekal dan berakhir dengan kegagalan dan kerugian yang lebih banyak.
    • Pastikan anda yang memilih lokasi dan bukan sebaliknya, lokasi yang memilih anda. Biasanya usahawan tidak bersikap degil dengan pilihan lokasi atas berbagai alasan. Tak ada duit la, tak ada tempat kosong la dan macam-macam lagi.
    • Oleh itu, jadilah seorang usahawan yang degil dalam bab memilih lokasi ini. Jika anda rasa lokasi itu sesuai dan strategik, cari jalan sampai anda dapat, dan bukannya menyerah kalah dan berundur ke lokasi yang kurang baik.
  3. Lakukan aktiviti pemasaran yang berkesan
    • Ramai usahawan tak buat aktiviti pemasaran secara konsisten. Biasanya pemasaran dilakukan hanya pada waktu awal berniaga sahaja, bila dah ada pelanggan, semua aktiviti pemasaran akan terhenti. Ini satu kesilapan besar dalam perniagaan.
    • Senaraikan strategi yang nak anda buat untuk membina prospek. Dalam bahasa ingerisnya kita panggil ‘leads creation’. Pilih 3 strategi atau lebih untuk membina leads dan pantau urusan tersebut secara mingguan. Ukur setiap strategi akan keberkesanannya mencipta leads dan ukur juga keberkesanan dalam menukarkan leads menjadi pelanggan.
    • Alasan pelanggan dah terlalu ramai dan anda tak menang tangan untuk buat kerja adalah satu lagi kesilapan besar dalam menghentikan kegiatan pemasaran. Kegiatan operasi tak boleh dicampur adukkan dengan kegiatan pemasaran.
  4. Rekrut pekerja yang sesuai
    • Jika anda belum rekrut pekerja, pastikan anda hanya mula merekrut pekerja yang sesuai sahaja untuk menjadi kumpulan pekerja di syarikat anda. Bukan sebab mereka kawan, bukan sebab saudara dan bukan sebab paras rupa.
    • Jika anda dah tersilap pilih pekerja yang tak sesuai, segera buang dengan elok pekerja tersebut, jangan tunggu-tunggu atau risau dengan berbagai andaian. Membiarkan pekerja yang tak sesuai terus berada dalam syarikat anda adalah satu silap besar yang boleh membuatkan perniagaan anda gagal. Buang dan cari pekerja baru yang lebih sesuai.
    • Pilih betul-betul berdasarkan keupayaan kemahiran dan berdasarkan perangai yang baik. Selain dari itu, jangan ambil peduli. Hanya pekerja yang mahir dan baik sikapnya sahaja yang dapat membantu syarikat anda maju ke depan.
  5. Elak sikap buat semua kerja sendiri
    • Ini satu lagi sikap yang tak betul. Masa mula-mula nak berniaga masih boleh diterima, sebab nak jimatkan kos. Tapi jadikan sasaran untuk melegakan masa anda dari kesibukan buat semua kerja sendiri.
    • Usahawan perlu ada masa untuk merancang dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku. Jika anda buat semua kerja sendiri, urusan merancang dan berfikir tidak dapat dilakukan sedangkan perniagaan anda akan hanya membesar jika urusan tersebut dilakukan secara konsisten setiap hari, minggu dan bulan.

Ok!, ringkas dan pendek bukan ?

Jika dah faham, sila semak status perniagaan anda sekarang. Ada tak mana-mana urusan di atas yang anda belum lakukan ?

Jika ada, segera amalkan dan jadikan ianya budaya pengurusan perniagaan anda.

Selamat beramal dan elak bisnes gagal !

4 thoughts on “5 urusan penting elak bisnes gagal yang anda boleh buat sendiri

  1. Zaini

    Terima kasih atas peringatan tuan. Walaupun nampak mudah tetapi perlaksanaan kadang-kadang terganggu. Perkara no 1 tuan kongsikan sangat tepat, sebab bila sudah mula berniaga akan ada peluang lain dan emosi akan terarah untuk mencuba benda baru.

    Lebih-lebih lagi benda baru itu menampakkan hasil yang lebih baik. Kelabu mata!
    Zaini recently posted…Bagaimana Tempahan Baju Boleh Buat Anda Berjimat?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge