ritul amalan pagi usahawanSaya nak kongsikan 7 amalan pagi rutin yang perlu anda semua buat sebelum pergi dan mulakan kerja.

Secara umumnya 7 amalan pagi rutin ini lebih mudah diamalkan oleh mereka yang dah berjaya jadi seorang usahawan secara sepenuh masa.

Saya kata, “berjaya jadi usahawan sepenuh masa”, bukan jadi usahawan berjaya. Hakikat anda mampu sara hidup dengan jadi seorang usahawan sepenuh masa merupakan satu kajayaan pertama yang amat besar.

Ramai yang dalam makan gaji sudah ada usahakan perniagaan. Mereka jadi usahawan separuh masa. Tapi masih tidak berani letak jawatan untuk jadi usahawan sepenuh masa dengan berbagai alasan ketakutan.

Lakukan 7 amalan pagi rutin untuk berjaya

Sebenarnya, anda tak perluĀ jadi usahawan berjaya untuk buat semua amalan pagi rutin ini.

Tetapi, seandainya kesemua amalan pagi ini berjaya diserapkan menjadi rutin dan tabiat serta gaya hidup anda, tidak menghairankan jika anda naik menjadi usahawan yang berjaya satu masa nanti, Insyaallah !.

Memang agak sukar nak amalkan kesemua amalan rutin pagi ini seandainya anda masih makan gaji.

Orang yang makan gaji terpaksa korbankan masa mereka untuk syarikat di mana mereka cari makan. Masa pemakan gaji tegar, sekurang-kurangnya 1/3 hari adalah untuk boss kesayangan dan syarikat majikan anda.

Tapi ada kalanya anda masih tetap boleh amalkan walaupun jadi seorang pemakan gaji. Itupun jika anda berusaha cari jalan dan tidak hanya cari alasan. Paling mudah buat pemakan gaji yang mahu amalkan rutin pagi ini adalah dengan memilih syarikat yang fleksibel dalam bab waktu kerja. Itu anda usahalah sendiri untuk mendapatkannya.

Apapun keputusannya adalah di tangan anda sendiri. Jika anda nekad untuk atur kehidupan berdasarkan keperluan asas diri anda sendiri, tidak ada sesiapapun yang boleh halang anda laksanakannya.

Orang yang beri banyak alasan untuk mengelak buat perkara yang baik adalah orang yang tidak berani ambil tanggung jawab penuh ke atas perancangan kehidupannya sendiri. Mereka akan cuba meletakkan kesalahan pada orang lain samada secara sedar atau tidak sedar. Sedangkan hakikatnya, mereka hanya menipu diri sendiri dan biasanya akan menyesal di kemudian hari.

7 malan pagi rutin sebelum mula kerja

Tanpa cuba panaskan hati sesiapa lagi, saya teruskan kepada isi penting artikel kali ini. Berikut di bawah saya kongsikan 7 malan pagi rutin yang anda perlu buat setiap hari sebelum pergi kerja.

  1. Rehatkan diri dengan tidur nyenyak sekurangnya 7 jam – Tidur yang nyenyak wajib untuk segarkan semula tubuh badan.
    • Tidur juga diperlukan untuk kecerdasan minda. Daya ketahanan badan juga menjadi lebih kuat hanya dengan mengamalkan rutin tidur nyenyak yang konsisten. Jadi jangan main-main dengan aktiviti tidur ini walau apapun alasan anda.
  2. Solat subuh berserah pada Tuhan yang Esa – Para pengkaji barat banyak dah akui keperluan terhadap aktiviti meditasi. Tujuannya adalah untuk tingkatkan daya fokus dan daya kesedaran terhadap diri anda sendiri.
    • Orang Islam diwajibkan solat subuh setiap hari. Fikiran yang berkecamuk akan tenang bila awal pagi, minda difokuskan hanya kepada Tuhan yang Maha Esa. Serahkan segalanya kepada Tuhan, yakinlah hanya Allah cukup buat anda dan kepadaNya saja anda berserah dan bertawakal.
  3. Bersenam – Paling lekeh, berjalan kaki secara cepat selama 45 minit. Jika anda masih muda dan ada hasrat nak masuk marathon satu hari nanti, boleh jogging keras.
    • Bersenam terbukti terlalu banyak manfaatnya buat manusia, tapi ramai yang masih berikan banyak alasan. Jika anda jadi usahawan, jangan lepaskan peluang untuk bersenam yang ramai orang makan gaji tak dapat nak buat, terutamanya di awal pagi sebelum pergi kerja.
    • Bersenam mampu kawal tekanan atau stress. Bersenam juga mampu cerdaskan minda. Bersenam di awal pagi meningkatkan keupayaan pembakaran kalori berkekalan sampai petang. Anda akan lebih peka dan tajam pemikiran dengan amalan bersenam.
  4. Sarapan pagi dengan lebihkan makan berprotein – Saya selalu dengar orang yang kata dia jenis tak bersarapan. Dah biasa dan memang tak boleh sarapan kata mereka. Entah petua mana dan arahan siapa yang suruh mereka kata memang tak boleh sarapan, saya tak pasti.
    • Amalkan sarapan setiap pagi sebelum kerja setiap hari jika anda tak berpuasa. Banyak manfaatnya untuk aktiviti kerja anda nanti.
    • Mulakan dengan perbanyakkan makanan berprotein dan kurangkan karbohidrat. Protein mampu buatkan anda kenyang lebih lama dan dapat elakkan ketagihan karbohidrat seperti nasi. Makan protein tak buat anda gemuk gedempul seperti makanan karbohidrat.
    • Contoh baik makanan yang banyak protein adalah telur. Lauk pauk seperti daging dan ikan juga banyak protein. Pastikan sekurangnya 40% dari sarapan pagi anda adalah protein. Ringkasnya banyakkan makan lauk dan jangan bedal nasi bertimbun sedangkan lauk kurang.
    • Pergi cari maklumat tentang makanan yang ada banyak protein. Beli buku atau google saja kat internet. Itulah gunanya buku dan internet untuk kebaikan diri anda.
  5. Mandi air sejuk – Walaupun anda ada pasang water heater kat dalam bilik air, tak payahlah nak mandi dengan air panas waktu pagi. Gunakan air biasa yang agak sejuk tu. Ada banyak faedahnya mandi air sejuk di awal pagi.
    • Paling penting jimat tenaga letrik. Usahawan mesti kemut pada perbelanjaan yang tak perlu. Apatah lagi jika mampu jimat duit dan banyak berikan faedah pada kebaikan diri sendiri.
    • Mandi denga air sejuk mampu tingkatkan daya ketahan badan dan mencerdaskan minda. Selain dari meningkatkan daya ketahanan badan, mandi dengan air sejuk juga meningkatkan daya penghadaman anda.
    • Kalau dah biasakan diri dengan mandi air sejuk sepanjang hidup di waktu pagi, tahap kesihatan anda akan menjadi lebih baik. Cuba tanya kawan-kawan yang nampak agak lembik, tentu mereka jenis yang suka mandi air panas di waktu pagi. Oleh itu, jangan jadi macam mereka.
  6. Baca bahan berat – Minda masih cergas di awal pagi, jadi mulakan aktiviti bacaan anda dengan buku yang berat isi kandungannya. Perah otak anda supaya berfikir ke tahap maksimum di awal pagi.
    • Jangan baca bahan geli geli di awal pagi. Tak payah nak ambil tahu apa berlaku pada artis kesayangan anda di awal pagi. Tak payah nak ambil tahu juga pasal perkembangan Liverpool atau Manchester United di awal pagi. Tidak menambahkan daya intelektual anda pun dengan tahu semua itu awal-awal.
    • Bayangkan jika anda luangkan masa dalam 30 minit setiap pagi baca bahan berat dari buku ilmiah. Anda akan dapat habiskan banyak buku dalam tempoh setahun.
    • Memang anda tak semestinya akan jadi berjaya paling hebat dengan baca buku. Tapi sekurang-kurangnya anda mampu menilai siapa yang berjaya dan perlu dicontohi dan siapa yang tidak berbaloi untuk dijadikan contoh.
  7. Semak visi hidup anda – Akhir sekali, selepas dan habis baca buku, mula semak semula visi dan misi kehidupan anda. Semak juga visi ekonomi dan perniagaan anda. Perhatikan semula apakah nilai-nilai kehidupan yang anda mahu tanam dalam hidup anda, kekayaan, kesihatan, keluarga, kerohanian dan sebagainya.
    • Lihat semula hala tuju kehidupan anda. Adakah anda berada di landasan yang betul atau tidak. Adakah anda perlu buat perubahan atau pembaikan.
    • Perhatikan pula perkara paling penting yang wajib anda capai hari itu. Walaupun anda ada lebih dari 10 perkara penting yang prlu dilakukan hari itu, cuba cara hanya satu sahaja yang paling penting.
    • Pastikan yang satu itu mesti dicapai dengan baik terlebih dahulu dan kemudian barulah tumpu pada yang lain pula.

Amalan pagi rutin yang saya amalkan

Apakah amalan rutin yang saya amalkan dalam hidup saya ?

Tentu ada yang bertanya soalan kat atas tu pada saya. Apa hal nak ajak orang lain buat kalau saya sendiri tak pernah buat. Jangan nak jadi ketam ajar anak jalan lurus.

Betul tu, buat dulu, pastikan manfaatnya, kemudian baru lebih afdal nak kongsikan pada orang lain pulak.

Untuk maklumat pembaca, semua amalan di atas saya dah amalkan berbelas tahun. Ianya lebih lengkap sebaik saja saya berjaya jadi usahawan sepenuh masa. Itulah antara nikmat paling besar yang saya dapat semenjak jadi usahawan sepenuh masa.

Ianya dah jadi amalan rutin di waktu pagi saya yang kalau tak buat akan rasa kekurangan. Bab bersenam dan baca buku tu yang paling saya enjoy setiap kali. Selepas solat subuh dan sedarkan semula hubungan saya dengan Tuhan, jiwa tenang akan lebih segar bila jalan kaki sekeliling taman menghijau.

Habis bersenam sarapan kemudian mandi dan bersiap. Lepas tu buka buku baca bahan berat daripada falsafah, sejarah, sains, ekonomi dan lain-lain seumpamanya.

Habis semua tu baru pergi kerja.

Apa pula amalan rutin pagi yang anda selalu amalkan. Kalau ada lagi yang menarik dan baik, bolehlah kongsikan kat bawah ruang komen ni.

Moga bermanfaat untuk anda hendaknya !

Total
44
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Setiap pagi , cuba praktikkan membaca Al quran & terjemahan . Dalam 15-30min . Insyallah hati tenang.
    Bagus saranan tuan pasal baca buku2 berat tu, insyallah akan di praktikan. Waktu cuti. TQ kongsi ilmu.

  2. Salam.. Rutin pagi saya selepas sembahyang subuh.. Sibuk dgn anak nak pi Skolah..
    Selepas tu Baru bersiap nak pi Keje..
    Pernah buat mcm Tuan subhi sarankan.. Masa waktu cuti..
    Memang nikmat x ternilai..:)
    Skarang ni Baru langkah pertama dlm menjadi usahawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge