8 fikiran celaru yang melemahkan diri dari maju ke depan

By | 03/07/2017

elak diri dari fikiran celaruFikiran celaru merupakan perkara paling besar yang sering melemahkan diri anda dan juga diri saya sendiri.

Cara berfikir yang bercalaru inilah yang selalunya menjadi batu penghalang yang paling besar. Ianya bertapak dalam minda membuatkan kemajuan hampir mustahil untuk di capai.

Semua tindakan yang anda lakukan, sudah tentu bermula dari fikiran.

Kalau baik dan tersusun cara berfikir, akan baik dan tersusunlah juga segala tindakan. Begitu juga sebaliknya, jika fikiran bercelaru, maka bercelarulah juga segala tindakan yang seterusnya membuatkan perjalanan hidup menjadi sempit.

Bertemu corak fikiran celaru

Saya dan kawan-kawan lain dalam team hidup ringkas dah bertemu dan berbincang untuk membantu lebih dari seribu usahawan dah setakat ini.

Biasanya kami akan saling kongsikan pengalaman setiap kali selesai bertemu dan berbincang dengan para usahawan.

Dalam setiap perbincangan, nampak seperti ada satu corak fikiran celaru yang sama yang sering dihadapi oleh para usahawan.

Oleh sebab dah banyak kali bertemu dan berbincang, maka boleh dikatakan kami dah boleh agak apa masalah sebenar yang dihadapi oleh setiap usahawan yang kami mahu bantu. Corak fikiran celaru yang ada dah melekat masuk dalam hafalan kami.

Tapi apakah corak fikiran celaru yang sama itu?

Kami tak pernah pulak cuba huraikan. Hanya disimpan dalam dada untuk kegunaan masing-masing dalam setiap sesi bimbingan.

Pencerahan corak fikiran celaru

Dalam usaha untuk membantu diri sendiri, kawan-kawan dan juga para usahawan dengan lebih mantap, saya telah ikuti satu kelas khas ‘teknik membimbing dengan lebih berkesan‘.

Kosnya agak tinggi juga. Lebih kurang RM15 ribu. Sebab dikendalikan oleh guru yang profesional dan berpengalaman serta punya reputasi peringkat antara bangsa.

Usaha itu juga merupakan salah satu dari aktiviti belajar perkara baru yang sering saya amalkan. Saya yakin kita perlu sentiasa mencabar diri untuk buat perkara baru jika mahu hidup ini menjadi lebih bermakna.

Hanya dengan sentiasa menyusahkan diri dengan mencuba perkara baru sahaja, kita akan dapat tonjol dan keluarkan potensi diri kita yang sebenar.

Kalau tak buat macam tu, akhirnya segala potensi kurniaan Tuhan yang tertanam dalam diri akan disia-siakan begitu sahaja. Semua akan dibawa masuk ke kubur bila mati nanti. Terus terpendam tak dapat digunakan lagi.

Memang tak sia-sia, setiap kali saya buat atau belajar perkara baru.

Dalam kelas atau kursus tersebut, saya bertemu jawapan kepada corak fikiran celaru yang sering dihadapi oleh usahawan, malah oleh saya sendiri dan sudah pasti, diri anda juga. Semua orang ada kecenderungan untuk berfikir dengan cara yang bercelaru bila berada dalam keadaan leka.

8 fikiran celaru yang melemahkan diri

Berikut saya kongsikan apakah 8 fikiran celaru yang sering merampas kerasionalan diri kita setiap kali menjalani kehidupan ini.

#1. Berfikiran serius yang ketara

Jenis ini sentiasa berfikiran serius secara berlebihan. Ini fikiran celaru yang paling kerap berlaku. Buat keputusan berdasarkan cara berfikir yang terlalu serius terhadap apa yang berlaku banyak membuatkan kita susah.

Contohnya anggap segala sudah hancur kiamat apabila gagal dalam sesuatu perkara. Rasa dunia sudah gelap apabila gagal peperiksaan dan lain-lain seumpamanya.

Dalam keadaan ini, anda perlu kembalikan semula pemikiran yang betul. Anggap apa saja yang berlaku adalah satu permainan ujian ketahanan. Pasti ada yang memang dan ada yang kalah.

#2. Asyik dok ‘Try’ tak habis

Ini juga pemikiran ketara yang ada pada semua orang. Mulut sentiasa berkata saya akan cuba. Kemudian ditambah pula dengan perkataan ‘jika’.

Pemikiran ini perlu ditukar kepada pemikiran yang sentiasa bersedia memberikan komitmen secara penuh. Cuba-cuba tak main lagi selepas ini, berikan ketegasan pada diri dengan berkata Ya! saya akan buat yang terbaik ! (dan jangan lupa kata Insyaallah).

#3. Tangguh menangguh

Memberikan komitmen sahaja tak akan ke mana-mana jika tiada tindakan susulan. Ramai orang tegas dalam berikan komitmen, tapi cara berfikir yang suka menangguh pulak jadi penghalang.

Buang segala alasan samada urat baloq tengah naik atau apa saja alasannya padamkan terus dari fikiran. Sentiasa cari jalan bagaimana untuk mula bertindak dan bergerak walaupun hanya setapak sahaja.

#4. Sentiasa salahkan orang lain

Ini juga amat kerap berlaku pada hampir semua orang yang tak bergerak maju. Semua orang salah kat muka bumi ini selain dari diri sendiri. Asyik dia menjadi mangsa sama mangsa orang atau mangsa keadaan.

Untuk mengubahnya, sentiasalah fikirkan satu perkara yang masih dalam penguasaan diri sendiri yang boleh dilakukan segera. Tak perlu nak tunggu orang lain atau nak tunggu keadaan berubah untuk melakukan sesuatu.

Hanya dengan menjadi manusia yang bertanggung jawab penuh terhadap dirinya sendiri sahaja, kita akan maju ke hadapan.

#5. Mat Over

Berfikiran seperti Mat Over ini banyak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Biasanya fikiran sebegini ada pada orang yang panas baran dan terlalu mudah beremosi. Perkara mudahpun nak marah berlebihan dan mahu bertindak secara keterlaluan.

Atasinya dengan sentiasa berfikir secara lebih luas. Sentiasa membuat analisa sesuatu keadaan secara objektif untuk pertimbangkan kedudukan sebenarnya.

#6. Waswas

Ini tak payah nak huraikan lagi. Orang yang terkena masalah fikiran waswas ini akan menyusahkan dirinya sendiri dan kadang kala susahkan orang lain juga. Biasanya ia berpunca dari kekurangan ilmu dan pemahaman terhadap sesuatu perkara dengan cara mencukupi.

Hilangkan segala keraguan dengan sentiasa mencari maklumat untuk lebih faham duduk perkara sebenar.

#7. Pukul rata

Hanya keranja seekor kambing makan sayur yang ditanam, habis semua kambing dibencinya sampai tak makan daging kambing. Itu juga satu contoh sikap pukul rata.

Ini amat kerap berlaku terutamanya pada usahawan yang sentiasa berurusan dengan manusia. Kerana gagal mendapatkan pekerja yang baik setelah 5 kali ambil dan buang pekerja, habis kesemua 30 juta rakyat Malaysia dikatakan tidak layak berkerja dengannya.

Hilangkan cara berfikir sebegini dengan sentiasa melihat bukti dan maklumat statistik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan.

#8. Gelap fakta

” Aku sanggup mati, asalkan hati akau puas setelah berjaya membalas dendam aku padanya ! “, amboi ! sanggup mati !. Berbaloikah mati sebegitu ?. Itu contoh orang yang gelap fakta. Biasanya gelap fakta membuat seseorang jadi ego, degil, bangga diri dan seribu satu macam keburukan lagi.

Usahawan selalu juga hadapi masalah gelap fakta ini. Hasil jualan bisnesnya baru mencecah RM300 ribu setahun dah rasa pandai dan tak perlukan tunjuk ajar orang.

Sebab dia rasa RM300 ribu dah besar sangat. Fakta yang dia tak tahu adalah ramai usahawan lain yang dapat RM5 juta setahun rasa terlalu kecil bisnesnya dan sentiasa mencari mentor untuk belajar.

Berhati-hati dengan fikiran celaru

Samada diri saya sendiri mahupun orang lain, biasanya 8 fikiran bercelaru kat atas tu sering memerangkap diri tanpa disedari.

Hanya orang yang sentiasa punya kesedaran yang penuh sahaja mampu keluar dari dilema pemikiran bercelaru seperti kat atas tu. Dan tahap sebegitu bukanlah mudah untuk kita capai melainkan dengan latihan sepanjang hidup.

Dalam solat yang kita buat sehari sekurang-kurangnya 5 kali, ada latihan kesedaran diri yang amat hebat. Tapi malangnya walaupun dah 40 tahun bersolat, setiap kali solat kita tak sedar, tiba-tiba imam dah bagi salam. Entah apa yang kita melalut sepanjang 4 rakaat itu entahlah.

Sedar diri ertinya sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku samada di sekeling kita mahupun terhadap diri sendiri. Orang yang sedar boleh rasakan dirinya sedang marah atau sedang sedih. Malah dia juga sedar dan mampu melihat fikirannya sendiri ang sedang melayang melalut tak tentu hala.

Cara paling mudah untuk kenal pasti bahawa diri kita sedang berfikiran secara bercelaru adalah dengan mendapatkan seorang coach atau mentor setiap kali mahu berbincang untuk selesaikan sesuatu masalah.

Coach yang terlatih akan dapat membimbing anda untuk sedar semula kedudukan sebenar sesuatu keadaan dan seterusnya mampu membuat perancangan dan tindakan yang lebih mantap.

3 thoughts on “8 fikiran celaru yang melemahkan diri dari maju ke depan

  1. Anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info…. Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita dari masa ke semasa.. In Shaa Allah…
    Tiada manusia yang dilahirkan sempurna…. Semua orang perlu melalui satu proses pembelajaran dari masa ke semasa..
    Anuar recently posted…Testimoni#1 Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge