Saya kongsikan kat sini 9 perkataan yang usahawan perlu ingat senantiasa.

Malah wajib ingat kalau anda seorang usahawan dan mahu berjaya dalam perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang.

Saya tulis ini pun supaya saya sendiri sentiasa ingat terhadap kesemua perkataan ini.

Biasanya kalau kita nak ingat dengan mudah, orang bijak pandai pesan supaya tuliskan perkara yang nak diingat itu. Tulis dalam buku nota kecil yang sentiasa anda bawa ke mana-mana.

Kalau boleh tulis kat sebelah depan supaya mudah dirujuk semula. Duduk sorang-sorang tak tau apa nak buat, selak buku rujukan itu dan baca semula apa yang ditulis.

Bila kerap buat macam itu, Insyaallah, pasti akan diserap masuk ke dalam ingatan kekal lalu bersemadi kat situ sebagai ingatan separa sedar anda.

Banyak yang usahawan perlu ingat

Bila anda berniaga, menguruskan perniagaan yang sedang dijalankan, ada seribu satu macam perkara yang perlu anda ingat dan buat.

Tak ada orang nak ketuk supaya anda ingat dan buat. Melainkan atas inisiatif anda sendiri untuk pastikan semuanya dilakukan dengan baik, tepat pada masanya.

Bila tak ada disiplin, lumrah kejadian manusia adalah cenderung untuk ingat dan buat perkara yang mudah, selesa dan disukai sahaja.

Sebab itu walaupun semua usahawan tahu yang catit, semak, kira untung rugi, pantau duit keluar dan masuk, semuanya amat penting untuk pastikan perniagaan berjaya, masih tak semua yang berusaha untuk melakukannya. Sebab dia tak selesa, tak biasa dan rasa susah nak buat. Jadi dia abaikan untuk pergi buat perkara lain yang lebih mudah dan dia suka.

Dalam seribu satu macam perkara yang usahawan perlu ingat dan nak kena buat itu, sudah tentu ada beberapa perkara yang paling penting. Inilah yang nak saya kongsikan kat sini.

Kalau anda tak suka, tak selesa atau tak tahu nak buat, tak semestinya anda boleh pejam mata dan abaikan. Perlu terima hakikat yang ianya wajib diberikan perhatian.

Serahkan tugasan pada orang lain yang sanggup buat untuk anda. Jangan kemut untuk bayar kerja yang orang buat untuk anda sebab tak rugi keluarkan duit untuk pastikan urusan wajib dilakukan dalam perniagaan.

Berikut saya kongsikan 9 perkataan tersebut;

#1. Pelanggan

Perniagaan yang tak ada pelanggan, bukanlah satu perniagaan. Tanpa pelanggan, anda hanya syok sendiri sahaja walaupun produk atau servis yang mampu anda tawarkan adalah bertaraf dunia.

Masakan di restoran anda adalah resepi turun temurun. Semua orang kampung dan kawan-kawan yang pernah rasa masakan anda menangis setiap kali mengunyah makanan yang anda masak. Mengalir air mata kerana terlalu sedap.

Begitulah hebatnya masakan di restoran anda.

Tapi kalau tak ada pelanggan yang masuk, order, makan dan bayar. Tak payah nak bangga sangat dengan kehebatan masakan anda itu. Lansung tak guna dari perspektif sebuah perniagaan.

Jadi ingat sungguh-sungguh perkara ini.

#2. Tunai

Perniagaan anda mesti pastikan sentiasa ada duit tunai. Maksudnya duit yang memang ada dan boleh dibelanjakan. Samada dalam poket atau dalam akaun bank.

Jangan bangga dengan inbois setinggi almari sedangkan tak ada satupun yang berbayar. Ini kerap berlaku pada usahawan yang berikan kemudahan hutang pada pelanggannya.

Paling tak guna adalah syarikat besar yang ada banyak prosedur untuk buat pembayaran. Mereka tekan harga supaya paling rendah, dan akhirnya susah bila nak buat pembayaran.

Besar manapun perniagaan anda, hebat manapun pujian yang media berikan, kerap manapun anda masuk dalam TV, kalau perniagaan anda kekeringan tunai, jangan nak bangga sangat.

#3. Kutip

Masih lagi dalam bab duit. Ini perkataan yang amat penting berkait rapat dengan perkara di atas. Jika ada orang hutang, segera pergi kutip. Jangan berhenti selagi belum dapat pembayaran. Buat apa saja untuk kutip duit anda itu sampai dapat.

Jangan pergi jumpa bomoh. Melainkan bomoh itu yang berhutang dengan anda.

Pergi kutip duit daripada orang yang berhutang.

#4. Kredit

Ini juga berkait rapat dengan kewangan. Tapi kali ini anda yang berhutang. Dalam terma popular orang berniaga dipanggil kredit.

Bila anda mendapat kemudahan kredit, ianya sama dengan anda mendapat duit cash dalam tangan. Boleh ambil barang atau servis tanpa perlu buat pembayaran terlebih dahulu.

Lagi lama dan panjang serta besar terma kredit yang anda perolehi, lagi banyak kemudahan tunai yang perniagaan anda ada.

Ramai usahawan yang tumpukan perniagaan dengan kerajaan hadapi masalah bila dia tak punya terma kredit yang baik dari pembekal. Prosedur pembayaran kerajaan yang biasanya lewat akan berikan masalah kalau anda tak dapat kredit samada dari vendor atau pembekal.

Bina syarikat supaya dipercayai dan sentiasa mendapat kemudahan kredit dari semua pembekal atau vendor yang ada.

#5. Kos

Ini satu lagi perkataan penting dalam perniagaan.

Semua perkara melibatkan kos. Malah masa yang berlalu juga adalah kos.

Oleh itu, jangan buang masa. Jangan buang duit. Sentiasa jimatkan kos. Potong segala perbelanjaan yang tak perlu. Paling penting, potong perbelanjaan yang tinggi sedangkan ianya tidak memberikan apa-apa faedah terhadap kemajuan perniagaan anda.

Ada juga kos tinggi yang anda keluarkan untuk puaskan hati pelanggan. Sedangkan hakikatnya pelanggan lansung tak hargai apa yang anda buat itu. Segera beri perhatian pada kos tersebut dan fikirkan macam mana nak potong kos sedemikian.

#6. Jual

Sebaik saja bangun pagi, selesai saja baca doa bangun dari tidur, terus ingatkan diri anda kepada perkataan ini.

Jual, jual dan jual.

Selagi tak ada order, tak ada transaksi duit bayaran, ertinya anda masih belum selesai urusan menjual dalam perniagaan anda.

Kalau setakat semua orang satu Malaysia kenal syarikat atau produk anda, tapi satu produkpun masih tak terjual, jangan ingat anda dah habis buat kerja. Itu sekadar tanda, yang marketing anda power, tapi keupayaan menjual anda hampas!.

#7. Yakin

Bangun, bersiap, dan bergerak pergi kerja dengan penuh yakin.

Pastikan anak isteri atau pasangan anda juga turut yakin setiap kali melihat anda pergi kerja.

Pastikan semua pekerja anda yakin setiap kali melihat anda masuk ke pejabat.

Pastikan pelanggan anda yakin setiap kali anda muncul dan buka mulut.

Pastikan pembekal anda yakin setiap kali melihat nombor telefon anda tertera di telefon pintarnya. Atau melihat ayat dari whatsapp anda.

Semua orang suka berurusan dengan orang yang yakin. Orang yang menang sentiasa kelihatan yakin. Orang yang berjaya sentiasa kelihatan yakin.

Jadi sentiasa sematkan keyakinan dalam diri dan minda anda. Tuhan bersama dengan orang-orang yang yakin 100% dengan Nya.

#8. Tenang

Walaupun PH menang dan BN kalah, tenang!

Walaupun tiba-tiba BN menang balik dan PH kalah pulak, tenang!

Walaupun orang kepercayaan anda tikam belakang, tenang!

Walaupun anda dimaki oleh pelanggan yang tak puas hati, tenang!

Walaupun semua staff anda cabut, pejabat tiba-tiba kosong dan mereka bawa lari kesemua [elanggan yang anda ada, tenang!

Dugaan pasti datang. Tak hari ini, esok, tak esok, lusa.

Jadi sentiasa bersedia dan tenang. Hadapi segala kemungkinan dan cari jalan untuk selesaikannya. Jangan korek lubang semakin dalam setiap kali anda terjatuh ke dalam lubang. Itu perkara paling bodoh yang ramai orang selalu buat.

Sentiasa bisik dalam diri anda sendiri, TENANG!

Insyaallah, anda akan tenang.

#9. Komitmen

Ok! anda dah berniaga sekarang. Jadi teruskan kayuh dan jangan berhenti. Itulah tanda-tanda komitmen yang sebenar!


Nota:

Bagi anda yang sedang berniaga dan perlukan khidmat Biz Coaching untuk pastikan anda berdisiplin menjayakan bisnes anda itu dari Team Hidup Ringkas, anda boleh dapatkan bantuan tersebut (berbayar) dengan menghubungi En Sulaiman 019-615 8846 atau En Norizan 019-573 1379. Sebutkan Blog Hidupringkas.com untuk mendapatkan harga special.

Team Hidup Ringkas berpengalaman membantu lebih dari seribu usahawan kecil sejak 5 tahun yang lalu. Insyaallah perjalanan bisnes anda menjadi lebih mudah dan berada di landasan yang betul sepanjang berada dalam bimbingan kami.

Total
14
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge