sifat orang kayaUntuk artikel pendek hari ini, saya nak kongsikan 13 ciri-ciri orang kaya, yang biasanya jika anda ada semua ciri-ciri ini, akan berakhir menjadi kaya.

Kesemua ciri-ciri ini adalah hasil daripada  banyak kajian yang dilakukan oleh mereka yang suka kaji kenapa dan siapa yang biasa akan jadi kaya.

Samada anda seorang lelaki atau wanita, bangsa Melayu, Cina atau India, ia bukan menjadi persoalan. Asalkan ada ciri-ciri yang saya gariskan kat bawah ini, maka insyaallah, anda satu hari akan jadi kaya.

Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh takrifkan kaya sebagai mereka yang mempunyai lebihan terhadap 3 sumber utama matawang di atas muka bumi ini.

  1. Sumber asas – Samada berupa material yang berbentuk wang, emas, dan lain-lain benda berharga ataupun yang bukan berbentuk kebendaan seperti kemahiran, kepakaran dan seumpamanya.
  2. Masa – Dapat melaksanakan sesuatu urusan dengan pantas berbanding kebanyakan orang lain adalah salah satu daripada jenis kekayaan yang ramai orang tak perasan sebenarnya. Bebas nak isikan masa dengan urusan apa berdasarkan pilihan kita menunjukkan orang itu kaya. Orang yang kaya dengan masa boleh rehat, belajar, baca buku, bantu orang dan berbagai lagi aktiviti lain yang dilakukan secara sukarela.
  3. Fleksibel – Mempunyai berbagai pilihan yang kita sendiri tentukan adalah satu jenis kekayaan juga. Bebas nak bekerja atau berjalan ikut masa yang kita sendiri susun dan pilih adalah hasil daripada orang yang kaya dengan fleksibiliti.

Mungkin anda dah perolehi semua yang saya sebutkan kat atas tu.

Kalau anda memang ada sumber asas kekayaan, ada banyak masa dan amat fleksibel kehidupannya, maka sudah tentu anda punyai 13 ciri-ciri orang kaya yang akan saya sebutkan kat bawah ini.

Tetapi, jika anda masih lagi belum dapat apa yang saya sebutkan kat atas tu, tapi punyai 13 ciri-ciri yang digariskan di bawah ini, anda perlu yakin dan senyum.

Sebab lambat laun, anda juga akan bergelar orang kaya satu masa nanti, insyaallah.

13 ciri-ciri orang kaya

  1. Berupaya untuk fokus dan tetap pada sasaran – Jika anda seorang yang tak suka ubah haluan sana dan sini serta tak suka buat 2 atau 3 kerja sekali gus anda ada potensi jadi kaya. Anda biasanya tak akan kejar sasaran yang baru selagi sasaran yang sedang diburu belum diperolehi.
  2. Melakukan sesuatu dengan penuh ghairah – Kalau buat kerja ala kadar saja, itu bukanlah sesuatu yang akan anda lakukan. Biasanya orang yang ada potensi jadi kaya adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu urusan dengan penuh keghairahan.
  3. Kreatif – Mempunyai daya cipta dan imaginasi yang tinggi. Apa mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.
  4. Berkeyakinan tinggi – Yakin dan percaya pada keupayaan diri sendiri.
  5. Bersemangat bila menerima cabaran – Jika anda tiba-tiba naik semangat setiap kali mendapat cabaran. anda ada potensi nak jadi kaya satu hari nanti. Biasanya orang yang tak kaya ni akan mengecut dan tiada respon walaupun kena cabar.
  6. Kerja kuat – Kerja lebih masa dan gigih dah jadi amalan hidup dalam apa saja urusan yang dilakukan. Insyaallah akan kaya nanti..
  7. Berdisiplin – Tak perlu nak pegang rotan untuk pastikan anda tunaikan segala urusan, anda memang jenis yang berdisiplin dan mampu paksa diri untuk buat kerja yang perlu walaupun hakikatnya anda tak suka buat kerja tersebut.
  8. Mampu mengarah dan berikan semangat pada orang lain – Ada orang yang yang hanya pandai berikan arahan, tapi anda bukan saja pandai mengarah, malah tahu berikan motivasi agar orang naik semangat dan buat apa yang disuruh. Memang nak kaya satu masa nanti…
  9. Innovatif – Orang yang ada potensi kaya mudah untuk mengeluarkan berbagai idea original yang baru dalam menyelesaikan sebarang masalah.
  10. Bermaklumat – Sikap rajin anda membuatkan kerja cari dan faham maklumat adalah sesuatu yang mudah. Membaca, bertanya, membina jaringan membuatkan anda menjadi seorang yang bermaklumat. Tentu tak lama lagi jadi kaya…
  11. Berkarisma – Punya daya penarik yang kuat dengan semua orang yang anda berurusan. Orang mudah tertarik dan suka dengan anda. Semua itu adalah potenti nak jadi kaya satu masa nanti..
  12. Kaki ambil risiko – Orang yang tak risau akan risiko yang diketahui setelah buat kajian biasanya banyak belajar dan terbuka banyak peluang untuknya. Tak hairan kalau orang begini akan jadi kaya satu hari nanti.
  13. Pentingkan kepuasan jangka panjang – Anda berfikiran jauh dan sanggup abaikan keseronokan sementara dan segera demi mencapai kepuasan jangka masa panjang dan berkekalan. Insyaallah akan kaya nanti…

Macam mana ?

Adakah anda punya kesemua ciri-ciri orang kaya yang saya berikan kat atas tu ?

Jika ada ciri-ciri orang kaya tersebut yang masih tidak ada, jangan risau, anda boleh berusaha untuk mengubahnya dan menjadikannya sebagai sikap diri.

Semua perangai atau ciri-ciri yang disebutkan di atas tu boleh dipelajari dan dijadikan sebagai tabiat. Apa yang anda perlu hanyalah percaya anda boleh melakukannya.

Untuk maklumat pembaca, saya rasa kesemua 13 ciri-ciri tersebut saya ada. Cuma ada yang memang kuat dan ada juga yang tak berapa kuat. Ada potensi untuk saya jadi kaya juga nampaknya satu hari nanti… insyaallah !

Total
36
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge