Adakah anda punya integriti dalam menjalani kehidupan

By | 20/09/2016

kejujuran dan integritiTentu semua pembaca dah biasa sangat dengar perkataan integriti ni. Malah dah jadi mainan mulut menyebut si anu berintegriti dan si polan itu tidak punya integriti.

Tapi sejauh mana kefahaman anda tenttang integriti dan laing asas, apakah makna integriti itu pada diri anda.

Cerita ujian terhadap integriti

Dalam satu kursus kepimpinan yang saya turut serta tak lama sebelum ini, ada satu permainan yang amat menarik. Pada awalnya saya tak perasan apa matlamat sebenar permainan itu. Saya sangkakan ianya hanyalah salah satu permainan selingan untuk menghilangkan seksaan mengantuk yang terpaksa ditahan dalam kebanyakan kursus-kursus sedemikian.

Dalam permainan itu, semua peserta diberikan sehelai kertas A4 dan sebatang pensil. Tugasannya amat mudah. Setiap orang perlu memilih seseorang dari kalangan peserta lain yang duduk jauh darinya. Tak perlu beritahu pada peserta pilihan itu yang dia dipilih.

Apa yang peserta perlu buat adalah melukiskan wajah peserta yang dia pilih di atas kertas A4 yang diberikan. Itu saja tugasan yang diberikan. Nampak mudah tapi ada syarat yang mencabar diberikan pada semua peserta.

Dalam melukis wajah tersebut, semua dilarang dari tunduk untuk melihat pada kertas dan lukisan yang sedang dilakarkannya itu. Kalau anda rasa itu sesuatu yang mudah, cuba ambil kertas A4 sekarang dan ambil pensil dan cuba buat wajah orang lain di depan anda tanpa melihat pada kertas dan lukisan yang anda sedang lakar itu.

Mengukur tahap integriti

Selesai arahan diberikan, masing-masing mula buat lukisan wajah orang pilihannya. Saya juga turut sama berbuat demikian.

Walaupun saya tidak kisah samada lukisan saya elok atau tidak sebab itu bukan satu ujian melukis yang ada impak pada prestasi saya, untuk melaksanakan tugasan dan taat pada arahan yang diberikan bukanlah satu perkara yang mudah.

Kebiasaan melukis dengan meliat hasil lukisan membuat arahan untuk tidak melihat adalah sesuatau yang agak sukar. Saya sedaya upaya untuk melaksanakannya dengan memikirkan jalan mudah bagaimana nak buat.

Pendekatan yang saya ambil adalah dengan cuba bayangkan dalam kepala kertas A4 dan lukisan yang telah saya lakarkan itu, seolah-olah saya sedang melihatnya. Dan masa pun berlalu dan permainan tamat.

Sepelas tamat barulah peserta dibenarkan untuk melihat hasil lukisan masing-masing. Untuk lukisan saya, ada bentuk rupa orang tapi herot petot tidak sempurna. Saya tak pasti bagaimana lukisan orang lain.

Koordinator kursus meronda melihat hasil lukisan peserta satu demi satu. Ada yang tak jadi ada yang menjadi. Malah ada yang hampir sempurna menunjukkan bahawa ada kemungkinan besar arahan atau syarat tidak dipatuhi.

Bukan mudah untuk kekalkan integriti

Selepas diberikan penerangan, baru saya sedar bahawa itu adalah satu ujian integriti yang paling ringkas. Ujian untuk mengukur setakat mana anda patuh pada arahan dan berusaha untuk kekal patuh walau apa alasan sekalipun.

Ada berbagai alasan yang diberikan oleh para peserta kenapa mereka mencuri lihat juga kertas dan hasil lukisan mereka ketika melukis. Ada yang kata tak biasa, ada yang kata sebab nak bagi elok dan bermacam-macam lagi.

Tetapi hakikatnya, itulah ujian sebuah integriti yang wujud dalam jiwa peserta. Tanpa disedari ramai yang tewas walaupun pada satu ujian mudah dan tidak ada sebarang hukuman atau ganjaran yang akan dikenakan.

Mula sedar apa itu integriti

Dari permainan itu saya merenung semula akan makna integriti dalam diri. Apakah saya berintegriti dan berusaha untuk kekal punya integriti dalam keadaan apa sekalipun, samada dilihat atau tidak dilihat orang lain.

Inegriti ini adalah ambilan dari perkataan inggeris, Integrity. Makna integriti dalam kamus dewan adalah ‘kejujuran, ketulusan atau keutuhan’. Bila sebut kejujuran, semua orang akan faham. Itulah makna integrity.

Jika dilihat makna dalam bBahasa Inggeris, Integrity bermaksud, ‘the quality of being honest and having strong moral principles; moral uprightness’

Lebih mendalam maksudnya dalam Bahasa Inggeris kerana ia bersangkutan dengan prinsip hidup yang dipegang.

Jadilah seorang usahawan yang punya integriti

Dalam dunia keusahawanan, integriti memainkan peranan penting untuk menjayakan syarikat yang anda bina. Perlu ada prinsip dan kejujuran yang tinggi untuk berterusan memegangnya dalam apa keadaan sekalipun.

Sekali anda rosakkan kepercayaan orang, dan anda dianggap tidak punya integriti, masa yang perlu diambil untuk memulihkannya semula adalah amat lama. Oleh itu sentiasalah beringat !

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

2 thoughts on “Adakah anda punya integriti dalam menjalani kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge