Apa bezanya antara buat duit dengan bina kekayaan?

Ada beza ka?

Nampak macam sama saja kedua-dua benda tu!

Dibaca sekali lalu memang nampak macam sama sahaja. Kalau dah pandai buat duit, dah tentu akan pandai pula untuk bina kekayaan.

Memang ada logiknya.

Tapi sebenarnya, tak semua orang yang pandai buat duit, akan pandai pula untuk bina kekayaan. Ertinya, ada ramai orang yang memang sangat pandai buat atau cari duit. Tak pernah putus dapat duit ribu-ribu. Tapi setelah berpuluh tahun buat duit tak henti-henti, dia masih tetap tak kaya juga.

Pandai buat duit, lemah bina kekayaan

Contoh paling mudah. Lihat saja ramai kawan-kawan kita yang kerja makan gaji dah berpuluh tahun. Dari awal dia mula kerja sehingga sekarang, tentu dah berpuluh kali ada kenaikan gaji.

Kalau dia cabut tukar tempat kerja setelah 3 atau 4 tahun di satu-satu majikan yang sama, kenaikan gajinya juga tentu akan lebih drastik. Itu cara mudah untuk lonjakkan kenaikan gaji dalam dunia kerja makan gaji.

Kalau kekal kat tempat kerja yang sama, agak susah untuk dapat lonjakkan luar biasa gaji. Sebab nak naik pangkatpun sangat susah selagi Boss kat atas tu juga jenis yang setia dengan majikan. Tak pernah ada hasrat untuk tukar cari majikan baru.

Namun, setelah berpuluh tahun buat duit dengan jumlah gaji yang dia dapat setiap bulan. Dia masih juga tak kaya-kaya.

Kalau ditakdirkan dia kena berhenti kerja secara terkezut. Dan terus menganggur tak ada kerja. Jumlah masa atau tempoh dia dapat kekalkan gaya hidupnya yang terkini sudah tentu amat pendek. Gaya hidupnya akan mula mengecut dari hari ke hari sehinggalah ke tahap yang paling rendah.

Itu tandanya dia hanya pandai buat duit saja selama ini. Tapi tak pandai bina kekayaan.

Pandai berniaga, tak pandai bina kekayaan

Samada anda kerja makan gaji atau berniaga, sama sahaja.

Ada ramai juga yang berniaga atau kerja sendiri.

Tapi setelah berpuluh tahun, masih juga tak kaya-kaya.

Kalau dia rebah tak boleh kerja dan terlantar dalam hospital selama 7 atau 8 bulan. Atau mungkin juga cacat kekal tak boleh buat kerja yang selama ini dia lakukan. Dia akan susah terus dan terputus habis semua sumber kewangannya.

Melainkan dia ada buat perlindungan insuran ketika sihat, dengan jumlah yang mencukupi untuk dia kekalkan tahap kehidupannya selama ini.

Kalau insuran pun tak ada. Maka orang yang hanya pandai buat duit tapi tak reti bina kekayaan akan jatuh susah bila keupayaan untuk teruskan kerja buat duitnya itu terhalang.

Ramai juga usahawan atau peniaga yang pandai buat duit sahaja. Tapi tak berapa pandai bina kekayaan.

Kebiasaannya, orang yang berniaga atau kerja sendiri, yang pandai cari duit, tapi tak pandai bina kekayaan, adalah mereka yang terperangkap dalam perniagaannya sendiri. Orang yang pandai dan terlibat dalam perniagaan teknikal biasanya mudah untuk jadi macam tu.

Jika anda seorang usahawan yang terlibat dalam bidang teknikal. Macam bisnes bengkel kenderaan, bisnes kejuruteraan, bisnes selengaraan dan sebagainya. Dan anda ada sikap kepercayaan yang kononnya, tak ada orang lain mampu kerja sebaik anda.

Sikap macam tu, adalah resepi asas untuk jadikan anda seorang yang pandai buat duit tapi tak pandai bina kekayaan.

Saya ada tulis artikel ringkas berkenaan perkara yang sama dalam artikel sebelum ini. Artikel tu ada cerita sikit pasal permulaan untuk jadikan bisnes anda bergerak sendiri walaupun tanpa kehadiran anda.

Penting untuk jadikan bisnes anda boleh bergerak sendiri macam tu sebab ia merupakan permulaan untuk membina kekayaan.

Buat mesin duit untuk bina kekayaan

Jika anda seorang yang rajin, ringan tulang. Sanggup curahkan segenap tenaga dan usaha dan luangkan masa untuk buat kerja. Maka anda memang dah ada satu anugerah untuk jadi seorang yang pandai buat duit.

Tapi kalau anda nak bina kekayaan. kerja kuat dan sanggup berkorban masa dan tenaga belum mencukupi untuk jadikan anda seorang hartawan. Anda perlu ada pemikiran yang berlainnan sikit. Perlu ada keupayaan untuk berfikir dan berusaha serta bekerja dengan bijak.

Dengan keupayaan berfikir sebegitu, anda akan mampu untuk membina mesin buat duit anda sendiri.

Apa dia mesin buat duit?

Apa dia sebenarnya mesin buat duit tu?

Adakah sejenis mesin yang boleh mencetak duit ringgit Malaysia yang sah diperlakukan di negara kita?

Kalau anda memang ada mesin tu kat rumah. OK! terbaik tu. Tak payah nak sambung baca artikel ni lagi. Sila berhubung dengan saya terus. Saya juga nak belajar dari anda bagaimana dak dapatkan mesin yang sama seunit atau dua untuk saya letakkan kat rumah sekarang.

Mesin buat duit yang lebih mudah dan semua orang boleh bina adalah samada produk, khidmat, pelaburan atau perniagaan yang boleh dijadikan sumber untuk menjana pendapatan pada anda dalam tempoh jangkamasa yang panjang tanpa memerlukan anda buat kerja.

Mungkin anda buat kerja sekarang sebab memang suka dengan kerja yang anda buat tu. Tapi kalau anda berhenti buat kerja itupun, pendapatan masih mengalir masuk, maka anda sebenarnya sdah punya sebuah mesin buat duit.

Itulah mesin yang kita peru miliki kalau nak bina kekayaan dan jadi hartawan.

Semua orang boleh buat macam tu. Tak kira samada anda makan gaji atau berniaga.

Cumanya jika anda makan gaji, anda hanya boleh bina mesin buat duit dari aktiviti pelaburan saham ke dalam syarikat awam atau syarikat orang.

Tapi kalau anda berniaga, anda boleh buat semua jenis mesin buat duit. Termasuklah, bina produk, bina servis, bina syarikat, melabur dan lain-lain lagi seumpamanya untuk jadikan seberapa banyak mesin buat duit yang boleh.

Lagi banyak mesin tu, lagi mudahlah untuk anda bina kekayaan.

Mulakan dengan keupayaan buat duit dulu

Jika anda baca tajuk kat atas tu, masih tidak terjawab inti pati tulisan saya setakat ini untuk menerangkan tajuk tersebut.

Saya tekankan supaya anda perlu pandai buat duit terlebih dahulu sebelum nak angan-angan jadi kaya. Sebab dah ramai kawan-kawan yang saya jumpa, bab buat duit ni pun dah gagal sama sekali.

Majoritinya adalah usahawan.

Usahawan yang berniaga, dalam keadaan gaji dia sendiri pun tak lepas.

Jualan dari perniagaan sangat lembab.

Kalau baru berniaga masih ok.

Tapi sebenarnya dah lama berniaga. Cuma disebabkan cara berfikir yang berkulat teruk dalam kepala otak tu, membuatkan perniagaannya sendiri tak mampu menjana apa-apa pendapatan yang mencukupi.

Pemikiran atau cara berfikir yang berkulat tu biasanya sama sahaja. Mereka biasanya sentiasa:

  • Mencari alasan kenapa tak boleh, berbanding mencari jalan untuk buat sampai boleh. Ini paling kerap dan paling ramai. Mereka terkena virus paling merbahaya untuk manusia yang gagal selama ini. Mereka seronok dan suka cari alasan kenapa tak boleh.
  • Suka lihat apa yang tak ada berbanding melihat apa yang dia ada. Ini juga sangat ramai yang menghadapinya. Satu lagi virus yang melekat kat dalam hati yang lemah dan berkulat layu. Dia akan berikan senarai panjang apa yang dia tak ada yang menyebabkan dia tak boleh nak ke depan. Hatta, apa yang dia adapun, dia anggap sesuatu yang macam tak ada … memang berat.
  • Sentiasa bergantung pada orang lain untuk keluarkan dirinya dari masalah. Sikap begini membuat kebanyakan orang yang gagal berhenti berusaha dan bergerak sendiri. Malah jika ada orang datang untuk berikan bantuanpun, dia akan tunggu orang yang nak tolong itu buat kerja terlebih dahulu, kalau boleh, dia tak perlu buat apa-apa pun.
  • Tak sanggup berubah. Untuk ubah cari berfikir memang amat berat. Paling mudah adalah dengan ubah persekitaran dan ubah tindakan terlebih dahulu. Kalau sekarang duduk kat belakang, cuba ubah pergi ke depan. Kalau sekarang banyak berdiam, cuba ubah untuk lebih vokal. Dan lain-lain lagi. Tapi itulah yang tidak sanggup ditempuhi. Dia mahu kekal kesemua keadaan dallam masa yang sama mahu keluar dari kesusahan yang ada.

Mungkin ada banyak lagi cara berfikir yang beracun selain dari contoh kat atas tu. Anda yang biasa jumpa jenis orang macam tu, yang hidup sukar, kekal tak maju ke depan dalam tempoh masa yang lama bertahun-tahun, tentu boleh lihat sendiri keadaan diri mereka.

Mereka akan cakap tentang impin nak jadi kaya dan berjaya, tetapi keupayaan untuk buat duitpun masih ada di tahap yang sangat rendah. Jadi macam tu disebabkan diri mereka sendiri yang masih tak sedar dan tak mahu berubah.

Di mana ada usaha situ ada jalan

Ada sekali saya pergi melawat seorang usahawan yang duduk jauh di dalam kawasan kampung. Kampung pulak dikelelilingi kebun kelapa sawit dan jauh dari pekan atau bandar. Jarak antara rumah ke rumah adalah jauh.

Saya tahu dia ada buat bisnes bengkel kenderaan. dan dah set pertemuan untuk pergi lawat bengkelnya.

Ketika dalam perjalanan. sebaik saja masuk ke dalam kawasan kampungnya yang terpencil dan penuh kebun tu, saya tertanya-tanya macam manakah agaknya bengkel dia.

Macam mana agaknya model bisnes yang dia sedang jalankan. Adakah dia mampu buat duit berniaga dalam kampung jauh dari orang macam tu ..

Rasa berdebar dan ingin tahu membuak-buak sehinggalah saya sampai di depan bengkelnya.

Usahawan itu dengan girang dan bertenaga, ceria menyambut kehadiran saya. Dia sedang sibuk melayan seorang pelanggan ketika kami sampai. Sementara menunggu dia selesai. Saya tengaok bengkel yang dia ada tu …

Kagum ! Serba lengkap tersusun kemas dan rapi. Dia ada semua peralatan dan mesin yang bengkel kat dalam bandar pun tak ada. Dia ada seramai 4 tenaga kerja dan punya seorang despatch sendiri untuk pergi ambil barang.

Dia siap ada papan putih yang menunjukkan senarai semua kerja yang ada dalam tangannya sekarang. Kerja yang dia terima pula sangat spesifik. Kerja remeh temeh dia tak layan.

Melihat semua itu membuatkan saya terkesima dan terngaga.

Saya kagum. Dalam hati terdetik untuk membawa kawan-kawan yang asyik mengeluh di bandar pusat perniagaan yang rancak penuh dengan segala kemudahan, untuk datang melihat bagaimana kawan mereka yang jauh dari pekan berniaga.

Yang membezakan usahawan dalam kampung tu dari orang lain hanya satu. Dia cari jalan dan bergerak sendiri tanpa menunggu dan mengharapkan orang lain untuk maju. Dengan sikap itu saja membolehkan dia mampu menjana duit walaupun buka bengkel dala kampung terpencil dalam kebun kelapa sawit.

Nak bina kekayaan wajib terlebih dahulu bina keupayaan untuk buat duit.

Kalau nak buat duitpun anda gagal. Tak payah nak angan-angan nak jadi kaya la … !

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge