Antara tandas dengan usahawan

By | 24/01/2013

toilet-1542514_960_720Jika anda ingat, tidak berapa lama dulu Esso dan juga Mobil merentangkan banner di depan stesen minyak mereka untuk memberitahu orang ramai bahawa tandas mereka sentiasa bersih.

Idea ini memang berjaya menarik perhatian sebab saya salah seorang pelanggan yang memang suka dengan tandas yang bersih dan selesa. Jika mahu buang air ketika sedang memandu, saya akan teringatkan hanya dua tempat.

  • Stesen minyak
  • Masjid / Surau

Jika saya mahu buang air dan dalam masa yang sama, minyak kereta perlu diisi, sudah tentu stesen Esso atau Mobil yang menjamin bahawa tandas mereka sentiasa bersih akan menjadi pilihan.

Terus terang saya katakan disebabkan kempen kebersihan inilah yang membuatkan saya mengambil kad SMILE dan seterusnya menjadi pelanggan setia kepada Mobil atau Esso. Ditambah pula dengan tawaran mengisi minyak secara percuma untuk setiap 3,000 mata, keputusan ini tambah berbaloi.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas daripada membuang air. Dalam masa sehari sekurangnya 6 ke 9 kali kita buang air kecil dan sekurangnya 2 kali buang air besar.

Faktor ini amat penting untuk difikirkan setiap kali kita menyediakan kemudahan tempat perniagaan yang mana memerlukan pelanggan datang dan berada di dalam premis perniagaan kita. Perniagaan sebegitu termasuklah seperti restoran, hotel, dan lain-lain yang seumpamanya.

Hubungan antara kecekapan dengan keadaan tandas
Bagi mereka yang sering berjalan ke luar negara dan pernah singgah ke Changi Airport di Singapura tentu boleh lihat bagaimana bersihnya tandas di situ. Setiap kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja di sana cukup terperinci.

Dalam satu temuramah antara salah seorang Menteri Singapura dengan pemberita dari luar negara, pemberita tersebut bertanya bagaimana Singapura berjaya mengekalkan cara pengurusan dan pentadbiran negara mereka begitu hebat.

Agak mengejutkan juga apabila Menteri itu bertanya pada pemberita samada dia pernah masuk ke salah sebuah tandas di Changi Airport.

Sebenarnya dia mahu menggambarkan bagaimana disiplin mereka pastikan tandas bersih, begitulah juga disiplin mereka melaksanakan sebarang tugasan atau kerja penmtadbiran. Segalanya dibuat dengan penuh perincian tanpa ada kesalahan.

Lihat tandas di sekeliling anda
Cuba lihat tandas di masjid khariah anda, adakah ianya bersih atau tidak terurus. Jika keadaannya menyedihkan, begitulah juga keadaan masyarakat serta kepimpinan yang ada dalam anak khariah anda tinggal.

Cuba lihat bagaimana tandas di rumah anda tinggal. Jika ianya berdaki, kotor dan berbau, begitulah juga disiplin serta sikap diri anda. Sama saja berdaki, kotor dan berbau dan jangan hairan jika anda gagal dalam banyak perkara dalam hidup.

Cuba lihat bagaimana keadaan tandas dalam tempat perniagaan anda. Jika malap, tidak diselenggara dan memualkan, maka begitu jugalah keadaan perniagaan anda dan jangan pelik jika anda tidak pernah dapat rehat tapi perniagaan tidak maju.

Triknya di sini adalah, jika tandas dapat dititik beratkan menjadi selesa dan bersih, apatah lagi ruang lain seperti ruang tamu, bilik tidur, ruang pejabat, dan lain-lainya. maknanya anda seorang yang terperinci dan berdisiplin dan menghargai serta memahami cara berurusan dengan manusia.

Soalannya sekarang terutamanya pada usahawan yang buka restoran…

” Bagaimana keadaan tandas anda sekarang…?”

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge