Oleh kerana bahang PRU ke 14 masih terasa, saya buat artikel pasal pendapat Lim Guan Eng terhadap kepimpinan Tun Mahathir. (sumber gambar kat sini)

PRU ke 14 kali ini kita boleh saksikan perkara paling pelik pernah berlaku dalam negara. Tun Mahathir ketuai Pakatan Harapan untuk lawan Barisan Nasional.

Tak ada orang akan sangka sebelum ini yang Tun Mahathir boleh buat kerjasama dengan DAP. Memang sesuatu yang diluar jangkaan. Dan tak ada orang yang sangka juga Lim Guan Eng dengan ayahnya Lim Kit Siang akan jadi satu kumpulan dengan Tun Mahathir.

Tapi itulah yang berlaku.

Kepimpinan Tun Mahathir

Saya mengundi di Permatang Pauh. Masih tak tukar tempat mengundi lagi walaupun dah agak lama duduk cari makan kat Selangor. Rasanya tak mahu tukar sebab sentiasa ada niat untuk balik kampung satu hari nanti dan menetap terus kat sana.

Lagipun kawan-kawan kat sana ramai. Saya belajar pasal berniagapun dari ramai kawan-kawan kat Utara sana. Jadi bila balik ke Pulau Pinang, sentiasa rasa macam ada di tempat sendiri berbanding ketika berada di Selangor.

Masa balik mengundi tempoh hari, malam sebelum mengundi tu saya lepak minum di kedai mamak kat Perda. Minum dan berborak dengan seorang kawan yang jadi wartawan untuk media kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh kerana dia kerja buat segala liputan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang, maka dia rapat dengan Lim Guan Eng. Banyak cerita pasal kepimpinan Lim Guan Eng dan DAP umumnya yang saya belajar dari kawan saya itu.

Dan malam itu saya belajar satu perkara lagi bila dia kongsikan pandangan Lim Guan Eng terhadap kepimpinan Tun Mahathir.

Memang menarik untuk menyelam sikap para pemimpin yang berada di atas. Banyak yang boleh dipelajari untuk diserapkan dalam diri kita sendiri. Walaupun kita bukan pemimpin tinggi macam mereka, namun ianya masih tetap relevan dalam menerajui apa saja organisasi yang kita ketuai. Paling tidak dalam menerajui keluarga atau syarikat perniagaan kita.

Kepimpinan Tun Mahathir amat jelas

Malam itu, kawan saya kongsikan perbualannya dengan Lim Guan Eng. Dia tanya macam mana Lim Guan Eng boleh ikut dan terima Tun Mahathir ketuai Pakatan Harapan. Apa yang istimewanya dengan Tun Mahathir tu?

Salah satu perkara penting yang Lim Guan Eng sebut adalah tentang sikap kepimpinan Tun Mahathir yang amat jelas.

Dalam setiap perbincangan dan mesyuarat dengan Tun Mahathir, semua keputusan yang Tun buat amat jelas dan tidak ada pusing-pusing. Kalau Tun kata tidak setujupun jelas dan kalau dia kata setujupun juga amat jelas.

Malah bila tidak ada keputusan dan Tun minta tangguh untuk dibincangkan selepas itu, juga amat jelas. Tun akan berikan segala jawapan siap dengan alasannya dengan amat jelas dan difahami serta di terima.

Buat keputusan dengan pertimbangan yang cukup

Bila dengar cerita kawan saya itu, saya terfikir dan bayangkan bagaimana nak buat keputusan yang jelas macam Tun Mahathir.

Kalau Lim Guan Eng kata segala keputusan Tun Mahathir amat jelas, ertinya Tun sentiasa buat keputusan konsisten dan sentiasa komited dengan keputusan yang telah dia buat. Dan untuk jadi macam itu, sudah tentu Tun dah buat pertimbangan yang mencukupi apabila perlu buat keputusan.

Kepimpinan Tun Mahathir amat objektif

Satu lagi sikap kepimpinan Tun Mahathir yang ketara adalah cara buat keputusan berdasarkan objektif yang mahu dicapai.

Kawan wartawan saya sebut bagaimana dalam setiap perbincangan Tun Mahathir kelihatan tidak dikuasai oleh emosinya. Dia akan dengar pendapat orang lain, hadam semua pendapat itu dengan tenang dan mendalam tanpa ada apa-apa riak muka terganggu.

Tun Mahathir akan fokus pada objektif yang mahu dicapai dan sentiasa melekat pada objektif tersebut dalam segala perbincangan dan keputusan. Ini membuatkan segala keputusan Tun kelihatan bijak dan tidak gelogoh.

Biasanya hanya orang yang berjaya kawal dorongan emosi sahaja yang mampu buat begitu. Kebanyakan manusia akan bertindak berdasarkan dorongan emosi dalam apa saja kejadian. Ini disebabkan dorongan emosi bergerak ke otak 2 kali ganda lebih cepat daripada dorongan rasional. Kalau tidak ada latihan untuk tangguh terlebih dahulu tindakan berdasarkan dorongan emosi, amat sukar untuk tenang dan menilai segenap kemungkinan.

Tapi Tun Mahathir nampaknya berjaya kawan dorongan emosinya dalam setiap perbincangan.

Ikuti contoh kepimpinan Tun Mahathir

Satu lagi tabiat kepimpinan Tun Mahathir yang semua orang tahu adalah sentiasa menghormati ketepatan masa. Tun memang tak bertolak ansur dengan sikap tidak menghormati ketepatan masa dalam apa urusan sekalipun.

Bab menghormati ketepatan masa ini ramai yang gagal. Saya sendiri sering gagal. Puncanya adalah disebabkan dah terbiasa bertolak ansur dengan tidak menepati masa. Baik pada diri sendiri mahupun pada orang lain. Ini memang nak kena ubah segera.

Cerita ringkas saya kat atas itu rasanya amat baik untuk anda dan saya cuba ikut.

Cuba perhatikan bagaimana gelagat Tun Mahathir dalam setiap perbualan dan soal jawab denan orang lain. Dia sentiasa tenang dan kelihatan macam tak ada emosi.

Peristiwa perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri baru-baru inipun dah amat jelas betapa tenangnya Tun melalui semua masalah yang dia hadapi.

Saya tengok dia duduk atas kerusi tunggu punyalah lama nampak kesian sangat. Kalau saya yang tak berapa tua ni hadapi kes macam tu dengan tak cukup tidur dan letih selama 2 minggu tanpa henti buat kerja, tentu dah melenting dan ada kemungkinan mengamuk macam panglima kena sampuk.

Tapi Tun tenang dan duduk tegak sabar menanti.

Rasa malu sangat tengok orang tua 93 tahun gagah macam itu denan bebanan tugasan dan tanggung jawab yang besar. Sedangkan saya baru uruskan satu dua syarikat dan lain-lain urusan kecil dah rasa letih mengada-ngada.

Semua yang saya perhatikan sepanjang tempoh PRU 14 sehinggalah sekarang amat memberikan kesan yang positif. Rasa semangat nak pulun semula perniagaan ke tahap yang lebih tinggi lagi selepas ini. Insyaallah !

Total
34
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. saya selalu terfikir dan dapat sedikit jawapan dengan apa yang sering bermain dalam fikiran saya selama ini..

    ” bagaimana Tun M boleh mereaslisasikan matlamatnya dalam keadaan yang difiikirkan orang biasa terlalu sukar untuk mencapainya ?”

    Melalui pendedahan dalam artikel berkaitan Tun M ini saya dapat mendapat satu point iaitu matlamat mesti jelas dan fokus 100 peratus.

    selain aura dan karismanya sebagai pemimpin masih bersinar lagi..
    mrhanafi recently posted…Persoalan Metafizik Dalam Islam Sudah Terjawap Dengan PastiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge