panduan hadapi orang negatif

Anda pasti akan jumpa atau terserempak dengan orang negatif sekali sekala dalam  menjalani kehidupan ini.

Walau pun kalau boleh biarlah semua orang yang berurusan dengan kita ialah jenis orang positif. Tapi nak buat macam mana. Itu merupakan antara perkara yang agak sukar untuk kita kawal.

Bagi yang tak bernasib baik tu, dia akan kerap sangat jumpa dengan manusia jenis negatif . Keluar saja dari rumah, dah mula terpaksa berurusan dengan orang negatif.

Kalau anda jadi macam itu, kena ambil masa sikit renungkan diri sendiri. Mungkin tanpa anda sedari kawan sekeliling yang anda ada majoritinya jenis orang negatif. Cuba semak semula semua kawan-kawan yang ada dan mula buat strategi untuk gantikan kawan-kawan baru yang jenis positif.

Perangai orang negatif

Rasanya anda tentu boleh bezakan mana satu orang positif dan mana satu orang negatif. Tapi kalau anda juga jenis orang negatif, memang agak sukar nak bezakan siapa yang berperangai positif dan siapa yang berperangai positif.

Sebab orang negatif ni, kalau jumpa orang positifpun dia akan anggap positif itu adalah negatif. Dia akan cari salah saja. Ada saja yang tak kena. Orang negatif ni memang cekap jumpa perkara negatif. Sebab dia dah amalkan sikap negatif sampai jadi darah daging, maka mencari benda negatif adalah satu perkara yang amat mudah buatnya.

Harap anda bukan jenis yang macam itu.

Cuba ambil masa dan fikirkan semula bagaimana diri anda selama ini. Asyik cari perkara negatif atau sentiasa nampak yang positif.

Orang negatif ni biasanya akan sentiasa salahkan semua orang lain, selain dari dirinya sendiri. Orang tu tak betul, orang ini tak betul. Malah cuacapun dia nak salahkan. Yang pentingnya, dia boleh letakkan kesalahan pada orang lain dan bukan dirinya supaya dia tak perlu berusaha untuk ubah nasib dirinya.

Satu lagi ciri-ciri orang negatif ini ialah suka layan perkara negatif atau orang negatif yang dia jumpa sampai keadaan menjadi lebih kusut lagi. Dia bukannya nak cuba selesakan keadaan, tapi akan serabutkan keadan menjadi lebih teruk untuk semua orang.

Bila orang negatif bertemu dengan orang sejenisnya, pasti keadaan akan jadi hangat dan kecuh. Jika anda jenis bijak, belah saja dari kumpulan itu. Tenaga tidak akan terbuang dengan sia-sia menahan jiwa melihat apa yang berlaku.

Orang negatif dari penyokong tegar parti politik

Saya perasan kat Malaysia ni, orang negatif yang paling ramai ada pada mereka yang gila politik. Terutama pengikut fanatik mana-mana parti politik yang ada di tanah air kita.  Saya tahu macam itu sebab saya sendiri jadi macam itu satu ketika dahulu.

Bila saya pagari diri dari dari kawan-kawan yang fanatik pada isu politik kepartian, hidup terasa amat berbeza sekali. Tapi perlu ambil masa untuk buang terus sikap negatif hasil dari terikut-ikut budaya negatif politik itu. Jika anda istiqamah jauhkan diri dari terlibat dengan politik kepartian, insyaallah lama kelamaan akan pulih semula.

Langkah awal untuk keluar pagari diri dari orang negatif dari kalangan penyokong tegar parti politik adalah dengan jauhi diri dari mereka. Jumpa sekali sekala tak apa, tapi jangan kerap sangat sebab anda akan mudah terpengaruh.

Jika ada akaun FB, buat langkah mudah yang saya dah amalkan dengan jayanya.

Unfriend saja kawan-kawan yang kemaruk politik kepartian ini. Bila anda buat macam itu, anda akan terhindar dari posting negatif  mereka yang boleh meracun jiwa.

Saya buat satu polisi mudah untuk kekal atau unfriend rakan di FB. Jika saya lihat kawan yang buat posting politik lebih dari 2 kali, masuk kali ke-3 saya akan terus unfriend tanpa fikir panjang lagi. Hasilnya, semua kawan di FB hanyalah dari kalangan mereka yang tidak kemaruk politik kepartian.

Unfriend rakan FB yang negatif

Bila dah selesai buang semua kawan yang kemaruk politik kepartian, lanjutkan pula pada kawan FB yang negatif.

Boleh buat polisi yang sama. Tulis perkara negatif pasal orang lain terutamanya, atau maki-maki serapah orang pada wall FB, lebih dari 2 kali, terus unfriend saja. Habis cerita.

Mereka yang paling cepat saya unfriend adalah jenis yang menyumpah pasangan hidup kat dalam FB. Urusan rumah tanggapun nak update pada wall FB! elak abaikan saja orang jenis macam itu. Tak kenalpun tak apa. nampak sangat berfikiran cetek dan terburu-buru.

Bagaimana hadapi orang negatif

Kalau nak elakkan diri dari berurusan dengan orang negatif dalam media sosial memang amat mudah. Buat macam yang saya syorkan kat atas itu.

Tapi macam mana pulak nak hadapi orang negatif yang anda terserempak dan tak boleh nak elak. Kadang kala ketika berurusan kita akan terserempak juga manusia jenis negatif ni. Contoh paling mudah, ketika memandu kenderaan atas jalan raya.

Silap sikit nak tekan HON!.

Sedangkan ada kalanya bukan sengajapun. Tak puas tekan HON, dipotong kenderaan kita lalu naikkan jari hantu mengarahkan pada kita. Itu jenis negatif tahap gaban yang kadang kala pasti akan anda jumpa juga. ( Harap anda yang membaca ni bukan jenis sebegitu).

Untuk hadapi keadaan macam tu, anda perlu latih diri untuk amalan 4 langkah mudah di bawah. Saya sebut ‘amalkan’ sebab kemahiran hadapi orang negatif ini tak akan datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih sedikit demi sedikit sehinggalah diserap menjadi tabiat diri.

#1. Ingatkan diri untuk bersedia setiap pagi

Antara perkara pertama yang anda perlu bisikkan pada diri sendiri selepas bangun pagi adalah untuk berkata bahawa anda dah bersedia untuk hadapi orang negatif jika terserempak pada hari itu.

Bila nak teruskan kehidupan, nak selesaikan semua urusan kerja dan sebagainya, anda pasti akan terrempak juga dengan manusia bermasalah. Malah kadang kala anda sendiri merupakan manusia bermasalah itu.

Itu pasti akan berlaku. Kalau tak hari ni, mungkin esok, mungkin lusa.

Jadi pastikan anda nasihat pada diri sendiri bahawa anda bersedia untuk menerimanya dengan tenang dan bijak.

Kalau terlupa selepas bangun tidur, pastikan anda beringat sebelum melangkah keluar dari rumah. Aatau boleh pesan pada pasangan untuk sentiasa ingatkan anda setiap kali nak keluar dari rumah.

Kalau anda yang membaca artikel ini seorang suri rumah, pesan pada abang setiap kali dia nak keluar kerja, “bersedia hadapi orang negatif dengan tenang ya bang!”. Saya rasa ini satu kaedah yang terbaik untuk anda bersedia senantiasa.

#2. Peka apabila dia datang

Anda tentu tahu macam mana rupa keadaan orang negatif tu. Tak payah nak ajar pasal perkara tersebut.

Anda juga tentu boleh jangkakan akan berlaku sesuatu yang negatif dalam satu-satu keadaan. Jadi pastikan sentiasa peka akan kehadirannya dan sediakan diri untuk menghadapinya.

Jika anda dah buat langkah nombor satu kat atas itu, urusan kenal pasti kehadiran orang negatif dan perkara negatif yang bakal divetuskannya menjadi lebih mudah.

Bila anda sedar kehadirannya, otak tidak akan terpedaya dengan pemikiran separa sedar yang autopilot. Jika pemikiran masuk dalam mode autopilot, semua reaksi anda adalah dalam luar kawalan. Dalam keadaan itu, tanduk akan keluar sedikit demi sedikit atas kepala anda dan anda akan hanyut terbawa-bawa dengan aura orang negatif yang ada di sekeliling.

#3.  Ianya tak ada kena mengena dengan anda

Sentiasa ingatkan diri bahawa segala reaksi orang negatif itu bukanlah tentang diri anda. Hakikat sebenarnya adalah diri orang negatif itu sendiri. Panas dalam dadanya telah terkeluar dan melahirkan sikap atau aksi yang ada.

Mungkin dia baru berkelahi dengan isteri kat rumah. Tak puas hati dengan boss atau macam-macam lagi yang boleh berlaku.

Masalahnya adalah orang negatif itu sendiri dan tak ada kena mengena dengan diri anda.

#4. Doakan dia

Bila anda dah tahu yang masalah adalah orang negatif tersebut, anda sepatutnya rasa kasihan padanya. Akan timbul rasa syukur bahawa anda tidak hadapi dugaan sebagaimana yang dia sedang hadapi.

Jadi doakan lah pada orang itu. Moga Tuhan berikan ketenangan padanya dan segala masalahnya akan diselesaikan secepat mungkin. Moga dengan doa anda itu, Tuhan permudahkan segala urusannya.

Moga dengan doa anda itu, satu hari nanti, anda pula akan di doakan orang.

Tapi janganlah jerit kuat-kuat sampai orang lain dengar. Itu ada tanda-tanda anda sendiri dah terbawa-bawa dengan rasa geram pada reaksi orang negatif tersebut.

Anda hanya perlu bisikkan perlahan pada diri sendiri sahaja. “Moga dia selamat dan tenang semula hendaknya!”.

Macam yang saya kata kat atas tadi. Ini bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan latihan demi latihan sehingga sebati menjadi tabiat dan akhlak diri. Moga kita dapat amalkan dengan baik dalam menjalan kehidupan yang singkat ini, Insyaallah!.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. bagi saya lah, org negatif tu kalau ada kena mengena dgn saya memang saya kena hadapi kenyataan tu.

    tp saya tak suka satu benda ja hal org negatif ni, bila dia nk ngadu masalah dia dengan bos ke dengan sapa ja ke; nnt carik kita sama-sama memikirkan perkara negatif tu.

    itu yg paling malas sekali tu.

    huhu. terima kasih atas perkongsian.
    Rapunzeel Cikilolo recently posted…update (37) : nyanyian serambiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge