Berlagak macam bagus!

By | 18/09/2012

Berlagak macam bagusDah banyak tulisan yang saya muatkan dalam blog hidup ringkas ini. Menulis sudah menjadi habit buat diri saya. Perkara yang saya perlu lakukan setiap hari sejak tahun 2008 apabila seorang kawan memperkenalkan dunia blogging.

Sebelum itu, menulis sekadar menjadi impian yang saya percaya tak dapat dilakukan. Menulis pada saya sebelum itu adalah sesuatu yang sukar. Oleh kerana tak reti menulis maka saya banyak habiskan masa untuk membaca.

Apabila mendapat petua mudah dan berkesan untuk menjadi penulis, saya terus lakukan dan ternyata ia bukanlah sesukar yang dijangkakan. Malah kini orang lain pula yang ingin tahu macam mana saya belajar menulis. Bagi yang berminat untuk menulis saya turunkan petua di bawah. Petuanya mudah saja:

“Mula menulis dan jangan berhenti selagi ianya tidak menjadi habit harian anda”

Tak ada benda yang lebih mudah untuk belajar selain daripada menulis dan dunia sekarang yang menyediakan landasan mudah untuk mempamerkan tulisan kita pada umum memudahkan dan mempercepatkan lagi proses tersebut.

Namun begitu, tak ada orang yang boleh menulis dengan baik jika dia kurang membaca. membaca adalah prasyarat kemampuan untuk menulis dengan baik. Saya kata ‘dengan baik’ sebab sekadar untuk menulis merapu yang tidak ada hujung pangkal, anak saya di tadikapun boleh lakukannya.

Setelah sekian lama menulis terutamanya apabila saya memulakan perkongsian cara hidup ringkas dengan menjadi usahawan di blog ini, saya perasan satu perkara yang menyedihkan. Kenapa terlalu kurang interaksi para pembaca terhadap tulisan yang saya muatkan?.

Ini amat menyedihkan kerana saya amat berharap komen samada pedih atau manis sebagai cermin untuk membaiki tulisan. Ia juga penting untuk melihat sejauh mana orang dapat memahami tulisan saya. Juga penting untuk melihat sudut mana yang saya terlepas pandang.

Saya ada bertanyakan pendapat kawan-kawan kenapa terlalu amat jarang orang komen dalam blog ini, bukankah semua tulisannya amat menarik? Bukan sekadar tak ada komen, malah nak tekan butang “Like” pun tak sudi.

Jawapan yang saya terima amat merisaukan:

“Biasanya tulisan yang terlalu bagus orang tak suka komen…”

Ada dua makna komen di atas:

  • Memang tulisan saya terlalu bagus
  • Orang beranggapan saya berlagak sempurna macam bagus

Tidak ada satupun daripada sebab di atas yang saya rasa betul. Tak ada orang yang bagus tanpa mendapat apa-apa anugerah dan saya memang tak berlagak sempurna setakat yang saya ingat melainkan itu adalah anggapan orang pada saya, maka saya perlu mengubah teknik menulis agar tidak kelihatan penulisnya sedang berlagak menjadi seorang yang sempurna.

Apakah dengan tulisan ini juga saya bakal tidak mendapat satupun komen…..saya sedang menantikannya!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

18 thoughts on “Berlagak macam bagus!

  1. nazrimi

    InsyaAllah..apa2 yang positif tuan share di sini..
    ada yang amalkannya..pasti akan di hitung amal yang baik..seterusnya untuk saham di alam kubur dan akhirat nanti..

    Reply
  2. hafizuddin

    Salam, saya suka baca tulisan tuan.. Dari tahun 2012 sampai sekarang. Cuma x komen sebab. Xde ape2 nk komen. Cuma tiap2 hari istiqamah amalkan hidup ringkas yg tuan nasihatkan. Dan saya masih menjawat dlm sektor kerajaan. Walaupun tuan nasihat menjadi usahawan. Saya amalkan hidup ringkas terutama cara hidup. Alhamdulillah saya tiada hutang. Semua bayar cash

    Reply
  3. Intellect Starr

    Ok saya suka baca blog awak.Menambah ilmu berbanding blog2 lain yg kadang2 ntah hapa2 isi ceritanya.Ada satu blog cerita tentang hari ni dia potong kuku lepas tu kuku dia jadi pendek.Ya rabbi membazir masa betul sesape yg menulis dan membaca blog macam tu kan.

    Reply
  4. hamka

    saya baca juga blog ini, isinya bagus cuma tak ada punch line (tapi itu tak penting pada sesiapaun, cuma saya suka jika setiap entry ada punch line atau satire atau kelaianan, isi dah bagus cuma tak ada kemuncak, he he he, macamlah saya ni bagus sangat, oleh sebab blog ini ada isi, maka saya akan baca mungkin dalam seminggu sekali, tatapi bila seminggu ada terlalu banyak tajuk, tak dapatlah nak komen…

    cadangan saya, banyakan membaca setiap hari, tapi menulis apabila dah dapat qualiti, seperti point, hujah, anologi..

    wah, siapa saya nak menasihati anda, tapi nak nasihat jugak, he he

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Terima kasih saudara Hamka, insyallah akan saya cuba belajar utk pelbagaikan gaya penulisannya.

      Saya lebih cenderung utk buat tulisan pendek harian sebagai santapan minda harian. Tujuannya utk motivasi diri sendiri dan juga utk siapa saja yg sudi membacanya.

      Juga utk maintain performance mental…

      Reply
    2. Hamka

      aku dah suruh bini masukkan dalam list untuk beliau baca sebagai blog pilihan. 😉

      Reply
  5. Anonymous

    salam..

    sy juga membaca dan mengambil manfaat darinya..terima kasih tuantanah..

    razman razali

    Reply
  6. mredzuan

    Assalamualaikum tuan

    Ramai sebenarnya yang membaca tetapi menyimpan komen di dalam hati..:)

    Reply
  7. Shahabudeen Jalil

    Komen bukan satu indikasi samada pembaca kita suka atau tidak tulisan kita. Komen juga saya pasti bukan tujuan tuan menulis, jadi tengok balik pada objektif kita menulis. Mungkin untuk kepuasan diri, mungkin untuk mendapat pendapatan dan mungkin supaya ilmu yang kita belajar itu melekat dalam diri kita.

    Di samping itu orang lain yang nak amik manfaat akan dapat manfaat.

    Yang lebih penting, penulisan blog adalah saham besar sewaktu kita dalam kubur nanti. Satu perniagaan yang Nabi dan Allah jamin keuntungannya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge