buat perubahan diriPernah tak rasa nak buat perubahan hidup?

Pernah tak rasa macam tak berlaku apa-apa perubahan besar dalam hidup anda?

Hidup rasa semacam saja. Buat perkara rutin yang dah dihafal tanpa perlu berfikir dan bersusah payah lagi. Bangun pagi, ulang semua perkara yang sama, pergi kerja, buat perkara sama lagi, balik kerja, ulang yang sama, tidur dan esok, ulang semula semua.

Bila dilihat kawan-kawan sekeliling, mereka nampaknya meninggalkan kita jauh dari segi kemajuan dan perubahan hidup. Mula terasa cemburu. Kenapa diri sendiri tetap masih sama saja.

Mula timbul hasrat nak buat satu perubahan besar.

Tapi malangnya tak tahu nak mula kat mana.

Bukan tak pernah cuba ubah. Tapi semuanya jadi hangat-hangat tahik ayam saja. Sekelip mata semua kembali semula seperti biasa. Macam ada satu kuasa yang menarik anda kembali semula ke rutin yang sama.

Macam mana nak buat perubahan besar

Kalau anda sedang rasakan perkara yang sama seperti yang saya gambarkan kat atas tu. Mungkin idea ini boleh cuba diguna pakai untuk buat satu perubahan besar dalam hidup anda.

Jika anda masih tak tahu lagi nak pergi ke mana, tak tahu nak jadi apa, tak apa.

Buat dulu sedikit perubahan awal. Kemudian dalam perjalanan membuat perubahan itu, insyaallah akan bertemu juga destinasinya.

Mungkin kita boleh panggil teknik ini sebagai proses mencipta semula diri anda yang baru.

Anda tentu pernah dengar bahawa ulang perkara yang sama, kemudian mengharapkan hasil yang berbeza adalah sesuatu yang sewel. Kalau gunakan resepi buat ‘cucur kodok’ yang selalu anda buat tu, tapi harapkan cucur yang anda goreng itu jadi karipap, tentu ada yang tak kena pada urat saraf otak kat kepala.

Buat perubahan dengan mencipta semula diri

Setiap perubahan besar yang berlaku dalam hidup, terjadi hanya setelah anda mencipta semula diri.

Proses mencipta semula diri, apabila dilaksanakan, samada sengaja atau terpaksa, bakal mengubah hala tuju perjalanan hidup anda.

Jadi jangan tunggu terpaksa berubah untuk mencipta semula diri. Buat saja terlebih dahulu dan anda akan mula mengubah perjalanan ke jalan yang baru dan akan bertemu dengan banyak peluang lain dan baru yang tak pernah anda jumpa sebelum ini.

Logik, jika jadi begitu.

Sebab anda dah mula ikuti satu jalan baru yang tak pernah dilalui lagi. Sudah tentu kiri dan kanan jalannya adalah berbeza. Orang yang berbeza juga akan anda temui pada jalan yang baru itu. Sebab itu ia bakal membuka satu perspektif yang baru pula.

8 idea mencipta diri yang baru

Mungkin anda masih tak dapat tangkap apa yang saya nak katakan.

Dengan memberikan 8 idea yang mudah ini untuk cuba dilakukan, anda akan nampak betapa mudahnya untuk mencipta semula diri anda.

Tak perlu ubah semua perkara.

Anda boleh pilih satu saja dan mula lakukannya sampai selesa dan jadi sebati. Cukup dengan pilih satu dan kekalkan semua perkara lain dalam hidup anda, akan membuatkan diri anda berubah menjadi seorang yang baru.

Berikut saya berikan 8 idea yang anda boleh buat:

  1. Letak jawatan dan cari kerja baru – Tak perlu ada alasan untuk letak jawatan. Tak perlu nak tunggu bosan baru nak cari kerja baru. Anda boleh buat sekarang tanpa bersebab. Yang penting mulakan satu kerjaya baru ditempat yang baru. Kalau tak mahu makan gajipun tak apa, berniaga saja.
  2. Daftarkan diri masuk belajar satu subjek baru – Apa agaknya jurusan atau subjek baru yang anda rasa menarik untuk dipelajari. Jika ada, cari kat mana anda boleh daftar dan masuk belajar semula sampai habis.
  3. Tukar sebahagian dari teman rapat anda – Siapa yang sering anda habiskan masa?. Buat senarai dan ubah sebahagian dari mereka dengan mencari teman baru. Seeloknya buang teman rapat yang tak berapa membina dan gantikan dengan orang baru yang lebih berjaya dari anda. Bina sampai jadi kawan rapat.
  4. Kahwin dengan segera – kalau anda masih single, apa kata cari pasangan denga serius dan cepat-cepat kahwin. Umur bukan satu masalah. Muda atau tua tidak menghalang untuk anda berkahwin. Asalkan suka sama suka semuanya boleh jadi dengan mudah. Kahwin dan fikirkan jalan untuk kekal bersama.
  5. Ubah satu saja dari perangai kebiasaan anda – Jika anda jenis cakap pantas contohnya, ubah jadi seorang yang cakap cool satu patah perkataan demi satu patah perkataan. Buat azam, berlatih depan cermin dan mula amalkan setiap kali anda berbicara. Teruskan sampai anda dikenali sebagai Mat Cool yang cakap dengan amat steady!.
  6. Sedekah semua pakaian dalam almari anda – Buka almari, lipat semua seluar dan baju satu persatu. Tak payah nak sayang. Bungku elok-elok dan sedekahkan semuanya pada orang lain. Lepas itu, pergi beli semula seluar dan baju yang baru. Cuba buat perubahan dengan tetapkan spesifikasi yang jelas dan terserlah pakaian yang anda nak mula pakai.
  7. Pindah ke tempat lain – Samada rumah sendiri atau sewa, anda boleh saja buat keputusan untuk pindah ke tempat dan rumah lain. Kalau dah lama tinggal kat satu tempat tu, ini satu peluang untuk mencipta semula diri anda dengan mudah.
  8. Kuruskan badan – Kalau anda masuk dalam kategori orang gemuk, ubah jadi slim dan fit. Masuk Projek Usahawan Gemuk yang saya sedang usahakan. Selepas itu jadi usahawan untuk bantu orang gemuk lain jadi kurus dan sihat seperti anda.

Sekarang saya rasa anda dah mula nampak betapa mudahnya untuk mencipta semula diri anda yang baru.

Tentu ada banyak lagi perkara lain yang boleh anda fikirkan sendiri.

Fokus pada proses mencipta diri

Yang paling penting bukan nak jadi apa lagi. Tapi cuma nak mencipta diri semula.

Bila dah dapat idea terhadap satu perkata yang nak di ubah, berikan tumpuan penuh untuk realisasikan satu perkara itu sampai jadi.

Kalau anda fikir nak selesaikan masa bujang, fokus pada usaha untuk kahwin sampai jadi. Jangan berhenti selagi tak tercapai. Usaha dan usaha sampai berkahwin dan selepas kahwin berazam tidak akan bercerai sampai ke sudah walau apapun cabaran yang mendatang.

Kalau anda sedang berniaga di Pasar Permatang Pauh, ubah berniaga di tempat baru pula tanpa perlu tutup tempat yang lama. Cari jalan dan jangan dok cari alasan. Buat sampai jadi.

Mulakan sekarang dan anda lihat bagaimana proses mencipta diri yang baru anda ini bakal mengubah laluan hidup anda selepas ini. Insyaallah!

Total
33
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge