Antara pengalaman yang paling seronok anda ceritakan pada orang adalah pengalaman jatuh dan bangun semula.

Maksudnya bangun dan berjaya setelah mengalami kegagalan.

Orang yang melaluinya sekali saja jatuh dan bangun, sudah cukup untuk dia menceritakan berkali-kali pada sesiapa saja yang sudi mahu mendengar pengalaman itu.

Bayangkan kalau anda ada pengalaman jatuh dan bangun, jatuh lagi dan bangun lagi, jatuh dan bangun lagi dan lagi…

Berkali-kali!

Memang tak akan habis dan teramat seronok kongsikan pengalaman sebegitu.

Kalau setakat pengalaman berjaya terus sahaja, tanpa rintangan, tak berapa seronok sangat nak dikongsikan.

Kalau asyik jatuh dan jatuh tak bangun-bangunpun, tak akan ada orang yang nak dengar cerita macam tu. Lagipun, orang yang jatuh tak bangun-bangun sebenarnya tak akan suka nak kongsikan pengalaman sebegitu pada orang.

Kalau dia ceritapun, bunyinya akan kedengaran negatif. Dia akan lebih fokus untuk memberikan alasan demi alasan kenapa tak naik-naik. Dan paling tak syok, dia anggap semua orangpun tak akan berjaya macam dia.

Cerita Honda jatuh dan bangun

Saya yakin ramai dah dengar cerita bagaimana pengasas Honda lalui pahit getir perjalanannya sepanjang berusaha untuk berjaya.

Tapi tak salah kalau saya ceritakan semula. Baca banyak kalipun tak ada masalah kisah yang penuh inspirasi macam itu. Saya cuba ringkaskan sahaja ceritanya yang menarik itu kat bawah ni.

Pengasas Honda ialah Soichiro Honda.

Pada tahun 1938, masa itu Soichiro Honda masih muda lagi. Dunia di landa masalah ekonomi yang amat teruk. Masa itulah dia mulakan usahanya di sebuah bengkel yang kecil. Dia tekun mengusahakan konsep ‘piston ring’ yang masih baru ketika itu.

Niatnya nak cuba masuk perkenalkan dan jual pada Toyota.

Dia pulun siang dan malam sampai ada kalanya tidur dalam bengkel kecilnya itu. Dia juga habiskan semua perhiasan isterinya, pajak untuk dapatkan tambahan modal untuk usahanya itu.

Akhirnya dia berjaya siapkan contoh piston ring rekaannya, yang dah boleh berfungsi dan dapat tunjukkan pada Toyota.

Malangnya, piston ring rekaannya itu tidak menepati piawaian Toyota. Malah dia diketawakan oleh jurutera lain yang meremehkan rekaannya.

Tapi dia tak putus asapun.

Dia berusaha lagi untuk selama 2 tahun sehinggalah rekaannya itu diterima oleh Toyota. Dia mendapat kontrak dari Toyota dengan rekaannya itu. Untuk itu, dia perlu bina kilang bagi pengeluaran produknya.

Tapi masa itu  Jepun terjerumus dalam kancah peperangan pulak. Segala bahan binaan untuk buat kilang pulak tak ada.

Tapi dia tetap tak putus asa.

Dia reka sendiri proses baru untuk buat bahan binaan dari konkrit. Dengan bahan itulah dia berjaya juga bina kilangnya sendiri. Maka siaplah kilangnya itu. Dia bersedia untuk memulakan pengeluaran produknya

Tapi…

Kilangnya dah kena bom pulak. Sampai dua kali kena bom!

Dia masih tak putus asa jugak!

Dia kutip pulak tin minyak, bahan buangan askar Amerika. Dengan bahan buangan itu dia gunakan semula sebagai sumber bahan mentah. Dia reka pula proses baru untuk mengeluarkan produknya.

Kemudiannya datang pula gempa bumi. Habis hancur kilangnya itu! Sekali lagi dia terduduk.

Selepas perang, bahan api sangat berkurangan. Jadi orang ramai terpaksa berjalan kaki saja ataupun gunakan basikal. Dia nampak itu peluang. Dia reka pulak enjin kecil yang boleh disangkutkan pada basikal.

Dia mula gunakan enjin kecil itu dan meronda sekeliling kampung. Jiran-jirannya nampak dan mereka minta beli.

Bila permintaan dah ada, dia cuba nak bekalkan. Tapi bahan mentah pulak tak ada. Dia gagal penuhi semua permintaan itu.

Adakah dia putus asa?

Tak!

Masih degil. Dia tulis surat pula pada 18 ribu pengusaha kedai basikal. Dia yakinkan mereka untuk turut sama membantunya membina semula negara Jepun.

Dan 5 ribu pengusaha kedai basikal memberikan respon positif.

Mereka berikan sumangan duit setakat yang termampu untuk dia gunakan bagi membina enjin basikal rekaannya.

Malangnya keluaran pertamanya agak besar. Tak berapa sesuai untuk digunakan pula pada basikal. Tapi dia masih tak putus asa. Dia reka lagi dan baki sehinggalah akhirnya dia berjaya membina enjin kecil yang dipanggil The Super Cub.

The Super Cub mendapat kejayaan yang besar untuk Honda akhirnya.

Itulah permulaan kepada apa yang kita semua kenal sekarang, Honda Cub. Nama popular yang diberikan kepada enjin kecil dalam kategori itu adalah Cubcai.

Dia berjaya ekspot enjin kecil basikalnya it sampai ke Eropah dan Amerika.

Dia tak habis lagi takat itu.

Pada tahun 1970 an pula, sekali lagi berlaku kekurangan bekalan petrol. Kali ini berlaku di Amerika. Dan orang ramai mula beralih pada kereta kecil.

Honda nampak lagi peluang dan dia tak tangguh untuk mereka enjin kereta kecil pulak sebab dia memang dah cekap buat segala enjin kecil.

Maka muncullah Honda Civic pertamanya. Dia reka sebuah kereta paling kecil yang orang tak pernah tengok lagi sebelum itu seumpamanya.

Sekali lagi meletup kejayaannya.

Sekarang Honda merupakan salah satu dari jenama kenderaan hebat di seluruh dunia. Semuanya bermula dari kisah seorang pemuda Jepun yang tak reti putus asa.

Itu baru cerita sukses.

Jatuh bangun berkali-kali dan tak ada erti putus asa dalam kamus kehidupannya.

Anda pula macam mana?

Berapa kali jatuh dan bangun. Adakah selepas jatuh , merangkak perlahan-lahan pergi jauh dan bawa diri.

Atau selepas jatuh, bangun, tepuk debu, sambung lagi perjalanan ke depan, jatuh lagi, tak kisah, bangun lagi dan teruskan lagi perjalanan..

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge