Hidup tentu lebih ringkas jika anda pandai melukis.

Tak perlu lukisan yang berseni macam Pablo Picasso. Kalau setakat nak gunakan lukisan dalam kehidupan seharian, pandai melukis secara betul dan jelas sudah mencukupi.

Antara perkara paling seronok kalau saya duduk dengan anak-anak adalah apabila mereka bermain lukis melukis.

Melukis merupakan aktiviti belajar paling awal yang saya lihat pada semua anak-anak saya. Masa kecil macam itu tentu tak mampu nak tulis perkataan atau ayat. Tapi mereka sudah mampu menghargai kehebatan pensil atau pen.

Bayangkan betapa terujanya mereka bila menggaris pada kertas putih akan membuatkan satu garisan kekal pada kertas putih tersebut. Mereka mula buat macam-macam, titik, bulan, zig-zag dan lain-lain lagi.

Biasanya saya akan ambil pensil dan kertas dan mula lukis gambar kucing. Selesai melukis, saya akan tanya ini gambar apa?

Alangkah bahagianya saya apabila anak dapat jawab… “Kucing!!!”.

Sekurangnya saya ada juga kemahiran melukis dan orang faham apa yang saya lukiskan. Tapi bila mereka suruh saya lukis benda lain yang lebih kompleks, saya tewas. Masa itu akan terdetik, “kalaulah aku boleh lukis dengan mudah dan baik, tentu best!”

Cuba baca nukilan yang dihantar oleh Dr Ruzaimi Mat Rani, pengasas Drawzania kat bawah ni…

Mak! Boleh Lukis Kereta Kebal?

Soalan cepu emas daripada anak kepada emaknya. Soalan ini selalu menjadi igauan setiap ibu atau bapa yang tidak mahir melukis atau melakar.

Kepada ibu bapa yang pandai melukis, dengan pantas akan mengiyakan soalan itu.

Manakala yang tidak mahir, pastinya jawapan yang diterima akan menghampakan anak tersebut.

Berdasarkan senario tersebut di atas, ada beberapa kebarangkalian yang akan berlaku.

Jika ibubapa kata ya

Sekiranya ibu bapa menjawab dengan perkataan ‘Ya’, maka,

  • Satu masalah besar yang dihadapi oleh anak mereka (untuk melukis kereta kebal) dapat diselesaikan dengan segera secara cepat, mudah dan ringkas.
  • Anak tersebut pastinya gembira kerana ibu bapa mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat, mudah dan ringkas.
  • Ibu bapa berjaya secara tidak langsung memupuk minat dan semangat anak tersebut dalam melukis atau melakar dengan memberi gambaran melukis atau melakar bukanlah sesuatu kemahiran yang sukar untuk dikuasai.
  • Persepsi anak tersebut kepada kemahiran melukis atau melakar akan menjadi positif dan akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus memahirkan diri dengan lakaran.
  • Ibu bapa akan menjadi agen pemangkin kepada anak tersebut dalam menguasai kemahiran melakar.

Jika ibubapa kata tidak

Sekiranya ibu bapa menjawab dengan perkataan ‘Tidak’, masalah besar yang dihadapi oleh anak tersebut tidak dapat diselesaikan dengan cepat, mudah dan ringkas.

Ibu bapa perlu mengambil langkah yang lebih panjang dan mungkin lebih kompleks.

Contohnya perlu merujuk kepada carian dalam talian untuk mendapatkan imej kereta kebal sebelum dapat melukisnya diatas kertas.

Lakaran yang dihasilkan oleh ibu bapa yang kurang mahir belum tentu memuaskan atau mencapai kualiti yang diinginkan. Pastinya mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkannya.

Ada beberapa perkara yang terlibat dalam senario “Mak! Boleh tolong lukiskan kereta kebal?”. Senario ini kita nampak remeh dan ringkas tetapi banyak perkara yang akan mempengaruhi anak dan ibu bapa tersebut seperti:

  • Emosi anak tersebut pastinya positif (gembira dan senang hati) kerana ibu bapa dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.
  • Persepsi anak tersebut kepada ibu bapa pastinya positif (bangga dan yakin) dengan ibu bapa yang berjaya menyelesaikan masalah mereka.
  • Sekiranya ibu bapa mahir, tempoh yang diambil untuk menyiapkannya lebih singkat. Ini membolehkan banyak aktiviti lain dapat diselesaikan.
  • Nilai tambah baharu kepada anak tersebut.

Apa kaitan hidup ringkas dengan senario “Mak! Boleh tolong lukis kereta kebal?’

Mudah sahaja. Kalau kita tidak mahir melukis, masa yang diambil untuk melukis akan lebih panjang dan hasilnya belum tentu memuaskan. Pastinya hidup akan menjadi lebih kompleks.

Mahirkan diri anda dengan Kemahiran Melakar Aras Tinggi (Freehand Visualization Skills), pastinya komunikasi visual anda menjadi lebih mudah dan efektif.

Belajar latih tubi di www.drawzania.com

Jika anda mahu subscribe di portal www.drawzania.com dan mula belajar melukis kat situ, sila email pada saya mohdshubhi@gmail.com untuk dapatkan Code Diskaun.

Total
8
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge