Kali ini saya nak kongsikan berkenaan senarai 13 tugas harian usahawan kecil yang anda perlu buat setiap hari.

Artikel ini adalah lanjutan dari artikel yang lalu, 18 perkara utama usahawan kecil perlu buat untuk jayakan bisnes.

Senarai 13 tugas harian usahawan ini adalah khas untuk usahawan kecil seperti saya.

Jika anda dah jadi Taiko, seorang usahawan besar, dengan kereta besar, banglo mewah, duit berjuta-juta dalam bank dan hanya habiskan masa berselfie kongsikan gaya hidup mewah anda di media sosial, artikel ini bukanlah untuk anda.

Apa yang saya maksudkan dengan usahawan kecil?

Untuk mudahkan pemahaman kita, setiap kali saya sebut usahawan kecil dalam blog ini, ia membawa maksud, usahawan yang menjalankan bisnes dengan jumlah pekerja antara 0 ke 49 orang.

Jika jumlah pekerja anda dah melepasi 50 orang, itu dah tak masuk dalam golongan usahawan kecil lagi.

Istiqamah dengan tugas harian usahawan

Kalau anda seorang usahawan kecil, pastikan anda istiqamah dengan tugasan harian yang akan saya senaraikan nanti. Tapi ia tidak menjanjikan kejayaan walalupun anda setia menyibukkan diri buat semua tugasan tersebut.

Sebab apa saya kata begitu?

Sebab sibuk tidak semestinya ada buat perkara yang betul. Dan untuk pastikan anda buat perkara yang betul, perlu ada ilmu. Perlu belajar dari orang yang ada pengalaman. Perlu baca buku dan kalau boleh dapatkan seorang coach yang dapat membuka minda anda lebih luas.

Menjadi seorang usahawan yang jalankan bisnes sebenarnya amat ringkas. Ia hanya perlu ada dua perkara asas;

  • Bisnes itu sendiri – Satu makhluk imaginasi yang tidak bernyawa, tidak ada perasaan dan kaku tidak mampu bergerak sendiri.
  • Anda yang jalankan bisnes tersebut – makhluk yang bernyawa, beremosi, lemah dan berakal.

Lumrahnya, apa saja bisnes boleh berjaya. Asalkan semua perkara yang logik dilakukan terhadapnya dengan baik, bisnes itu akan pasti berjaya.

Sebab bisnes macam batu saja. Batu keras tak bernyawa, tak boleh bergerak sendiri, tak ada emosi dan tak ada akal. Kalau anda angkat batu itu, dia akan naik, kalau anda lepaskan dia akan jatuh ke bawah dan kalau anda campak dia akan bergolek.

Begitulah batu.

Dan bisnes juga macam itu sebenarnya. Dia tak boleh bergerak dan tak boleh buat apa-apa pun. Bergantung pada anda sendiri, tuan punya bisnes, samada nak naik, jatuh atau nak golekkan bisnes tersebut.

Jadi nak pastikan bisnes bergerak, semuanya bergantung pada anda. Kalau bisnes gagal, semua salah anda. Jangan sesekali nak cuba salahkan bisnes yang tak tau apa-apa tu.

Kalau anda lihat seorang kawan tersepak batu, lalu, jatuh. Kemudian dia bangun maki hamun batu tersebut dan seterusnya bersilat sakan melawan batu yang disepaknya, saya yakin anda tentu tahu kawan anda itu dah GILA.

Jadi, jangan nak salahkan bisnes jika gagal. Semua bergantung pada anda. Samada perkara logik telah dilaksanakan untuk menaikkan bisnes tersebut atau tidak bergantung pada keupayaan anda mengawal emosi dan sifat lemah yang anda ada.

Fakta sebenar bisnes kecil yang ada lihat sibuk

Berkut saya berikan sedikit fakta yang dijalankan di UK terhadap bisnes yang dijalankan oleh usahawan kecil di sana. Fakta ini menarik dan saya yakin perkara yang sama sahaja dialami oleh para usahawan kecil di negara kita.

Tahukah anda bahawa dalam 100 perniagaan kecil yang anda lihat sedang rancak berjalan itu, kebiasaannya, hanya 40 perniagaan sahaja yang buat keuntungan dengan baik. 30 lagi berjalan cukup makan saja, atau sekadar balik modal. Manakala 30 lagi berjalan dalam keadaan kerugian yang berterusan.

Kalau anda ada 10 orang kawan yang jadi usahawan kecil, cuba semak. Berkemungkinan besar hanya 4 orang saja yang buat untung. 3 lagi cukup makan dan baki 3 orang lagi asyik alami kerugian saja.

13 tugas harian usahawan kecil

Semua fakta kat atas tu saya kongsikan bukan nak takutkan anda. Kalau anda rasa takut, bagus. Itu tandanya anda akan cari jalan untuk hilangkan katakutan. Cuma jangan ambil pendekatan berhenti mencuba sahaja.

Cari jalan untuk pastikan anda masuk dalam kategoti 40% yang berniaga dalam keadaan yang menguntungkan. Dan salah satu jalannya adalah dengan buat apa yang saya berikan kat bawah ini secara istiqamah setiap hari.

  1. Bersenam – Mulakan hari anda dengan bersenam. Kalau tak sempat pagi, petang. Yang pentngnya kena buat sebab ia banyak membantu anda untuk kekal cerdas dan bertenaga. Juga supaya anda dapat kecapi nikmat bila kaya nanti. Tak guna pulun sampai kaya dan bila kaya tanggung macam-macam penyakit.
  2. Cari pelanggan baru – Apa saja usaha yang membawa anda kepada pelanggan baru perlu dilakukan secara konsisten setiap hati. Minum, tulis blog, posting di media sosial, dan lain-lain lagi.
  3. Berhubung dengan pelanggan yang dah ada – Jangan sesekali abaikan pelanggan yang dah ada. Berhubung dengan mereka suaya lebih rapat dan mesra.
  4. Tingkatkan jualan pada pelanggan yang dah ada – Fahami masalah mereka, cari jalan selesaikan masalah mereka dan seterusnya tambah lagi hasil jualan kepada mereka.
  5. Jayakan objektif penting yang anda dah tentukan – tentukan satu objektif penting yang perlu dicapai hari itu dan pastikan anda jayakannya.
  6. Laksanakan projek pemasaran – Rangka projek pemasaran dan laksanakannya
  7. Buat satu urusan penting – Cari satu urusan penting dan lakukannya. Contohnya, rancang pembesaran perniagaan selama sejam dalam bilik. Atau jumpa dengan pegawai MARA untuk bantuan kewangan. Atau apa saja urusan penting lain.
  8. Latih pekerja – Sentiasa cari masa untuk diselitkan latihan kepada para pekerja. Latih dan latih pekerja supaya mereka cekap dan mencapai tahap kepuasan yang pelanggan jangkakan.
  9. Dengar maklum balas dan berbual dengan pekerja – bersembang dengan pekerja. Ajak minum, makan dan dengar maklum balas dan segala idea mereka.
  10. Periksa kualiti produk atau servis – selit juga masa untuk periksa kualiti produk atau servis yang disediakan oleh perniagaan anda.
  11. Periksa semua kerja yang diserahkan ke bawah – jangan lupa untuk semak semua kerja yang dah ada serahkan pada staf kat bawah. Semak satu persatu perkembangannya.
  12. Semak kemajuan samada menghampir sasaran atau tidak – Renung semula sasaran besar anda. Adakah pergerakan anda menghampirinya atau tidak.
  13. Balas semua panggilan, whatsapp, mesej dll – Jika ada panggilan, atau pertanyaa luangkan amsa untuk jawab kesemuanya hari itu juga.

Itulah senarai 13 tugas harian usahawan yang perlu anda dan saya lakukan saban hari. Perlu konsisten. Pujuk diri supaya tak malas atau jemu dan bosan.

Dan pastikan kesemua 13 tugas harian usahawan kecil kat atas itu dilaksanakan berdasarkan logik. Maksudnya sentiasa gunakan akal dan berfikir secara sedar apa yang anda lakukan. Adakah kenapa caranya, adakah tepat pada waktunya dan lain-lain lagi.

Macam yang saya sebut kat atas tadi. Apa saja bisnes, jika dilakukan mengikuti logik yang betul, sudah pasti akan berjaya. Bayangkan bagaimana ada orang boleh beli batu jalan dengan harga RM10 ribu dari kaki penipu. Dia hanya buat benda logik untuk jual batu jalan itu sampai orang beli, itu saja.

Selamat berusaha !

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge