jangan buat perkara paling susahRamai yang berusaha pada perkara paling susah untuk dia berjaya. Tapi mereka sebenarnya tak sedar perkara tersebut.

Anda mungkin juga merupakan salah seorang daripada mereka yang secara tak sedar berusaha pada perkara yang paling susah untuk berjaya.

Sebenarnya perkara paling susah untuk berjaya yang saya maksudkan ini adalah satu perkara yang sangat asas.

Teruskan membaca untuk faham maksud saya

Perkara paling susah untuk berjaya

Cuba senaraikan individu yang anda kagumi.

Tentu ramai bukan. Kalau anda peminat bolasepak, aktif main bolasepak, tentu ada mana-mana pemain yang jadi idola anda.

Begitu juga kalau anda seorang usahawan, sedang bertungkus lumus usahakan perniagaan anda. Tentu ada seorang atau mungkin lebih dari seorang, usahawan yang menjadi idola anda.

Bagi para pengikur Dr Azizan Osman, peminatnya memang amat fanatik sekali. Nama pakar pemasaran itu sentiasa melekat di bibir mereka. Segala ayat beliau akan jadi mutiara berharga yang akan selalu dikongsikan pula dengan orang lain. Mungkin Dr Azizan merupakan idola mereka.

Minat dan rasa kagum masih ok. Dengan niat untuk mencari idea bagi diadaptasikan pada diri sendiri.

Tapi berkeinginan nak jadi macam idola anda, itu adalah satu usaha yang paling sukar dalam dunia ini. Malah boleh saya katakan merupakan satu usaha yang menuju kepada hampir mustahil.

Itulah yang saya maksudkan dengan perkara yang paling susah. Cuba nak jadi orang lain selain dari diri anda sendiri.

Usaha paling baik untuk anda

Bayangkan ada jumlah manusia seramai 8 billion atas muka bumi ini. Atau lebih mudah lagi, fokus pada negara kita sendiri. Ada lebih dari 31 juta rakyat Malaysia. Dan ada merupakan salah seorang dari ramai manusia kat bumi bertuah ini.

Dalam kesemua manusia seramai itu, anda agak siapa yang paling cekap dan layak untuk jadi diri anda?

Tak payah nak ajar untuk jawab soalan mudah tersebut.

Sudah tentu tak ada seorangpun di Malaysia ini yang paling baik, sesuai dan layak untuk jadi anda melainkan diri anda sendiri.

Itulah kerja paling layak dan terbaik yang perlu anda berikan tumpuan. Sebab hanya anda seorang sahaja yang layak, terbaik, cekap dan sesuai memegang jawatan tersebut. Jawatan untuk menjadi diri anda yang sebenarnya.

Siapa sebenarnya anda?

Mungkin anda dah sedar tentang apa yang saya cuba terangkan kat sini. Atau mungkin hanya dengan membaca artikel ini, anda baru tersedar dari lamunan.

Mungkin anda tersedar bahawa selama ini anda nak jadi semua orang lain selain dari diri anda sendiri. Tengok Syed Mokhtar, nak jadi macam dia. Tengok kejayaan Aliff Shukri, nak jadi dia pulak. Tengok Syed Saddiq memang pru-14, nak jadi macam dia pulak.

Hari berlalu, tahun berlalu, siapa yang anda nak jadi berubah-ubah. Anda leka bertanya siapa diri anda sendiri. Dan terlupa bahawa perkara paling mudah, paling baik, paling hebat adalah berusaha untuk jadi diri anda sendiri.

Bila anda dah sedar perkara tersebut, pasti akan timbul pertanyaan…

“Aku ni siapa?”

Macam mana nak jawab soalan tersebut?

Kenali diri anda sendiri

Soalan itu macam ada unsur sufi lah pulak.

Tapi jangan nak risau. Saya bukan nak syarah bab sufi atau bab kerohanian kat sini. Bukan kemahiran saya nak cerita bab sebegitu.

Tapi saya hanya mahu ceritakan perkara yang logik dan mudah sahaja.

Bukan anda tak pernah dengar selama ini ayat kenali diri sendiri untuk berjaya dan mencari kebahagian. Semua orang kempen ayat tersebut. Artis pun ramai yang sebut, ‘be yourself, no matter what they say!’.

Tapi tak terfikir pulak macam mana nak gunakan petua hebat tersebut untuk membina perjalanan hidup anda.

Saya harap artikel ini berjaya membuka minda anda untuk mula mencari siapa diri anda. Dan bermula dari sekarang, perjalanan hidup anda adalah menjurus kepada membina diri anda sendiri yang unik.

Diri anda sendiri yang tersendiri sejarahnya, tersendiri perjalanan hidupnya, tersendiri kejayaannya. Menjadi inspirasi kepada orang lain. Paling tidakpun menjadi idola kepada anak-anak dan cucu anda.

Latihan ini bakal ubah hidup anda

Cuba luangkan masa bermula dari sekarang untuk merenung kembali perjalanan hidup anda. Ini merupakan langkah mula untuk cuba kenal siapa diri anda yang sebenarnya.

Ambil diari dan mula tulis apa kejayaan anda selama ini. Apa kemahiran anda, siapa kenalan anda, yang rapat, yang tak rapat, yang anda suka dan tak suka.

Apa aktiviti yang anda banyak habiskan masa melakukannya. Yang mendatangkan kepuasan, yang mendatangkan rasa meloya dan tersiksa dan sebagainya.

Dari semua pengalaman yang dah anda tempoh, dari semua benda dan perkara yang anda dah ada sekarang, anda boleh cuba kenal pasti apa yang anda pandang punya tinggi nilainya dalam kehidupan anda?

Keluarga, harta, kelayakan akademik, pegangan, sumbangan, perjuangan, kesihatan, kecantikan, kesenian, pengetahuan… ?

Buat semua nota tersebut secara santai dan jujur. Tulis apa saja yang terlintas satu demi satu.

Bila dah puas, mula susun atur berdasarkan kepentingan.

Dengan berbuat demikian anda mula nampak mana yang penting dan mana yang kurang penting dalam hidup anda sekarang. Jadikan itu sebagai permulaan untuk kenali siapa diri anda buat masa sekarang sebelum pergi lebih jauh lagi.

Selepas dah buat renungan tersebut di atas. Mula rangka ke tahap mana anda mahu pergi lebih jauh dengan segala aktiviti dan tanggung jawab yang anda pegang sekarang.

Adakah apa yang anda buat sekarang seiring dengan perkara ayang anda anggap penting dalam hidup anda tadi. Adakah dengan segala aktiviti yang sedang anda buat, kerja yang anda lakukan, jawatan yang anda pegang, penempatan tepat tinggal anda, jenis kejiranan, kawan-kawan, kemudahan dan lain-lain lagi dapat membantu anda memenuhi nilai yang anda anggap tinggi di atas tadi.

Kalau anda pentingkan kekayaan umpamanya adakah dengan makan gaji dapat membawa anda kepada perkara tersebut?

Adakah dengan sekadar jual nasi lemak atau jual burger tepi jalan dapat membawa anda ke situ?

Kalau tidak apa yang anda perlu buat. Apa yang anda perlu lakukan dengan menggunakan segala apa yang anda ada sekarang.

Latihan tersebut perlu dijadikan aktiviti rutin hidup anda bermula dari sekarang. Perlu sentiasa sedar apa yang telah dan sedang berlaku dan menyemak samada anda sedang berada di landasan yang betul.

Diari atau buku catitan mesti sentiasa ada. Catit dan bila ada kesempatan buka dan buat latihan yang saya sebutkan kat atas tadi.

Itulah secara ringkas perkongsian saya kali ini. Anda akan mula elakkan diri dari melakukan perkara paling susah untuk berjaya dan mula berusaha buat perkara yang paling mudah untuk anda, iaitu jadi diri sendiri.

Moga bermanfaat untuk anda yang membacanya.

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. perkara yang paling sukar untuk saya ialah menulis blog dan menghasillkan duit beribu-ribu setiap bulan..

    jangannya nak dapat duit..

    nak dapat pembaca yang beratus ratus sehari pun mencabar juga…

    itulah kesukaran yang dirasakan setakat ini..
    mrhanafi recently posted…Ada Apa Dengan Teaser ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge