“Kalau anda percaya pada keajaiban memang tak ada masalah. Tapi jangan sampai bergantung kepadanya”

Maksud lebih kurang begitu adalah peribahasa Yahudi yang saya jumpa lama dahulu dalam salah satu buku yang saya baca.

Bunyi dalam Bahasa Inggeris begini ..

“Hope for miracles, but don’t rely on one”

Peribahasa yang lebih kurang sama ada juga untuk orang dari negara Findland. Mereka kata ..

“Hope for miracles, but don’t rely on one happening”

Saya jumpa juga peribahasa yang sama dari orang arab yang lebih kurang bermaksud begini ..

“Jangan duduk di tempat yang bahaya sebab percayakan keajaiban”

Tak ada salah percayakan keajaiban

Saya secara peribadi percaya kepada kemungkinan berlakunya keajaiban. Kalau saya percaya Tuhan, sudah pasti saya juga percaya pada keajaiban.

Sesuatu yang tak terfikir dek logik akal manusia. Apabila ia berlaku, kita akan kata ajaib!. Ajaib sebab kalau fikir logik ianya tak boleh berlaku.

Tapi apa yang manusia tahu, malah jika dihimpunkan seluruh bijak pandai, saintis di seluruh dunia sekalipun, masih tak cukup untuk mendakwa manusia dah tahu semua perkara.

Sebab itu sentiasa akan berlaku keajaiban.

Contohnya. Orang yang kena penyakit kanser hidup sihat dan penyakitnya sembuh. Kenapa jadi macam tu, masih tak ada jawapan. Orang sakit jantung, urat darah ke jantung tersumbat sana sini. nak bedah tak boleh, ikut logik, dah lama pergi. Tapi hidup sihat macam biasa.

Itu antara contoh keajaiban.

Banyak peristiwa keajaiban berlaku dalam hidup saya sendiri. Dari zaman kanak-kanak sampai sekarang.

Bila berlaku depan mata, tak boleh tidak ia hanya kuatkan lagi bukti adanya keajaiban.

Pernah sekali saya naik kereta laju lebih dari 140 km/sejam dan kemalangan dengan lori. Treler panjang tu bawa koil besi penuh muatan. Kereta saya masuk duduk bawah lori. Tayar lori naik atas kereta. Ranap habis dari depan sampai belakang.

Saya keluar dari kereta lalu rehat duduk kat divider tengah lebuhraya. Selamat tak ada luka. Hanya sedikit calar antara 2 jari akibat masuk serpihan kaca. Kereta total lost!. Semua orang datang bergegas tanya di mana pemandu pada saya.

Bila saya jawab saya pemandunya, semua diam kehairanan.

Nak kata apa lagi kalau itu bukan keajaiban?

Jangan bergantung pada keajaiban

Dalam anda percaya pada keajaiban, jangan lah pula bergantung kepadanya.

Macam pepatah orang arab yang saya berikan kat atas tu. Sangat tepat dan perlu sentiasa diamalkan. Mentang-mentang dah percaya pada keajaiban, anda sengaja duduk di tempat yang bahaya. Itu memang lansung tak kena.

Berusahalah jauhi bahaya. Itu kerja yang anda dan kita semua wajib buat.

Kalau diluaskan lagi konsepnya. Janganlah sebab anda percaya adanya keajaiban lalu tak berusaha buat bisnes dengan betul.

Saya dah kongsikan 12 sebab utama kenapa perniagaan gagal sebelum ini. Itu semua berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini terhadap perniagaan-perniagaan yang gagal.

Jadi elakkan diri anda dari buat semua kesilapan itu.

Betul! memang ada usahawan yang langgar kesemua 12 perkara yang tersenarai itu. Tapi masih tetap berjaya dan dapat pergi jauh. Malah naik jadi kaya raya pun!

Itu namanya ajaib!

Memang boleh berlaku. Saya percaya ianyanya boleh berlaku.

Tapi, janganlah pula anda yang ada niat nak berniaga sekarang buat juga sebab percaya dan tunggu benda ajaib berlaku.

Saya pernah beri ceramah di depan usahawan automotif di Selangor beberapa tahun yang lalu. Dalam ceramah, macam biasa saya kongsikan pengalaman bagaimana ramainya usahawan di serata tempat saya jumpa lansung tak buat kiraan untung dan rugi.

Malah tak catit pun duit keluar dan masuk berapa. Akaun bankpun tak buka.

Ada yang amalkan sikap macam tu selama berbelas tahun.

“Macam mana nak berharap perniagaan boleh berjaya dengan sikap macam itu?” itu tegas saya.

Selepas saya kata begitu, bangun seorang abang. Dia dengan nada marah mempersoalkan kenapa saya yakin orang macam tu tak ada harapan untuk berjaya?

Terkedu juga saya dengan kemarahannya.

Lalu saya jawab. Biasanya, amalan macam itu memang tak ada pada orang yang berjaya dalam perniagaan sekarang. Mereka mungkin tak reti buat sendiri catitan duit keluar dan masuk dan kira semua untung dan rugi. Tapi mereka berusaha cari dan bayar pekerja yang tahu untuk buat urusan itu.

Kalau dia rasa apa yang saya cakap satu penghinaan, saya mohon maaf. Saya cuma mahu sedarkan para usahawan bahawa jangan sebab anda percaya pada keajaiban lalu ambil jalan mudah tak berniaga dengan cara yang betul. Itu saja.

Sama macam apa yang berlaku pada diri saya di atas dalam kemalangan dengan lori di lebuhraya. Janganlah pulak sengaja pi langgar masuk ke bawah lori sebab percaya pada keajaiban. yang anda akan keluar selamat selepas itu.

Takkan sebab saya nasihat jangan buat macam tupun nak marah !!!

Berusaha cari jalan yang selamat

Apa saja yang anda buat. Tak kisah samada berniaga, kembara, bekerjaya dan sebagainya. Pastikan sentiasa cara jalan selamat yang membawa kepada kejayaan.

Apa yang diamalkan oleh orang yang dah melalui jalan itu perlu diperhatikan dan diambil pengajaran. Segala jalan yang salah yang dah dikenal pasti selama ini perlu dielakkan sejauh mungkin kecuali jika tidak ada pilihan lain.

Dari pengalaman, saya jumpa sangat ramai usahawan yang berniaga seolah-olah bergantung kepada keajaiban akan berlaku pada perniagaannnya. Tidak ada usaha keras untuk amalkan sikap-sikap asas untuk berjaya.

Tak mahu diajar pulak tu!

Amalan itu sama macam seorang mat rempit yang dah seribu kali langgar lampu isyarat merah dan sentiasa selamat. Itu tidak menunjukkan bahawa amalannya selamat dan tidak bahaya.

Cuba satu hari dapat berita dia dah menjadi arwah. Tentu soalan pertama yang kawan-kawan rapatnya bertanya adalah “kemalangan kat mana?”

Tapi dalam masa yang sama, peruntukkan sedikit ruang untuk mencuba perkara baru. Cuba keluar dari kebiasaan. Jangan sampai buat perkara yang boleh membawa kepada maut dah la.

Setakat habis duit, hangus cuba benda baru tapi gagal, masih ok lagi. Tapi jangan habiskan kesemua sekali gus.

Manalah tahu kalau-kalau bertemu dengan keajaiban.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge