kerap masuk hutanBila kali akhir anda masuk hutan?

Kalau tak masuk hutanpun, mungkin masuk dan duduk di dalam taman botani yang ada tasik serta pohon kehijauan yang banyak?

Bila agaknya kali akhir anda satukan diri bersama alam semula jadi ciptaan Tuhan yang amat indah itu sambil menikmati kesegarannya dan lupakan tekanan kehidupan yang mencabar sekarang?

Bila anda masuk ke suasana hijau dan damai itu dan terus terpegun dan memuji kebesaran Tuhan yang menjadikan semua itu. Untuk anda, untuk semua makhluknya yang bernama manusia. Supa manusia ambil kebaikan dan faedah yang ada daripadanya.

Orang sekarang jarang masuk hutan

Saya rasa terlalu sedikit yang jadikan aktiviti masuk hutan sebagai agenda tetap aktiviti kehidupan mereka. Bukan tak teringin, tapi sibuk dan tak ada masa.

Sibuk dengan kerja, sibuk dengan keluarga, sibuk dengan saudara mara, sibuk dengan jiran, sibuk dengan ahli khariah, persatuan, business online, kawan-kawan, media sosial ….

Senarai sibuk tu tak akan habis sebenarnya sehinggalah maut meyambar diri. Masa itu tubuh badan kaku, nafas tersekat, sejuk mula menjalar dari kaki naik ke atas perlahan-lahan sampai ke pinggang, naik pula ke dada… sesak .. sakit…

Naik lagi ke atas sampai ke halkum… bayangkan keadaan anda macam duduk dalam air tahan nafas.. nak bernafas tak boleh, semua sistem dalam badan berkecamuk, oksigen tak lekat ke darah, sesak dan sesak …..

Masa itu tak terfikir sibuk lagi dah. Tak penting lagi apa yang ada di sekeliling anda selain dari satu keupayaan untuk menarik nafas dan terus sihat dan hidup semula. Itu jauh lebih penting dari segala-galanya…

Tapi semuanya dah terlambat.

Nyawa akhirnya dicabut keluar dan tinggallah jasad anda kaku, keras dan sudah tidak berguna lagi. Hanya menunggu untuk dimasukkan ke dalam kubur saja.

Lebih banyak lihat ketul batu

Masa hidup sihat, ramai yang dedahkan diri mereka kepada ketul batu sahaja. Mata saban hari asyik tengok batu dan bata di sana sini. Diselang seli pulak dengan berbagai bentuk besi dan metal lain yang bergerak ke sana sini.

Telinga pulak banyak dengar bunyi ngauman bising enjin kenderaan. Bunyi hon, bunyi aircond dan berbagai lagi bunyi bingit yang menjengkelkan.

Masuk dalam kereta, buka pendingin hawa, pasang radio. Dengar lagu, dengar musik, denar celoteh juruhebah, dengar lawak juruhebah jemputan dan anda rasa terhidur sebentar.

Senyum hilang terus sebaik saja ada kereta potong Q. Tekan hon panjang sekali.. anda rasa macam puas hati sebentar, tapi masih rasa tertekan bila otak ligat memujuk anda berbuat sesuatu pada pemand kurang ajar itu.

Jalan jem pulak, tekanan naik lagi. Teringat kerja pejabat masih tak selesai, teringat hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang bank, tekanan semakin tinggi.

Sedar tak sedar anda dah sampai ke tempat kerja. Terkejar-kejar pula masuk sebab dah lewat, berharap tak terserempak dengan Boss. Tertekan lagi…

Macam itulah hari demi hari sebelum peristiwa nafas sampai ke halkum kat atas tu berlaku.

Macam mana hidup tak tertekan kalau saban hari bertahun-tahun begitu?

Kenapa anda perlu masuk hutan

Bagi anda yang duduk kat kampung, buat kerja pertanian atau kerja sendiri lain sekitar pendalaman, memang tak perlukan untuk masuk dalam hutan.

Kampung pendalaman yang masih bersih tidak dibanjiri oleh pembangunan sama saja kebaikannya macam anda masuk dan menikmati keindaha hutan.

Tapi kalau duduk kat dalam bandar yng lebih banyak ketul batu dan bahan metal, anda perlu sediakan masa secara berkala untuk masuk ke hutan.

Suasana nyaman yang anda dapat apabila masuk dalam hutan itu mampu membuatkan anda rasa tenang. Bunyi alam yang indah berirama juga memberikan ketenangan dalam diri.

Apalagi sekali sekala terasa dingin ditiup angin sejuk yang lembut yang entah datang dari mana, ahhh! indah sungguh alam ciptaan Tuhan ini.. bertambah tenang jiwa anda rasakan.

Bagi mereka yang pernah masuk hutan semula jadi tentu sedar semua iu. Hutan semula jadi berupaya turunkan rasa tertekan yang anda rasa membuak-buak di dalam kepala. Masuk saja dalam hutan semua itu rasa hilang begitu saja.

Bunyi alam memberikan ketenangan

Satu kajian yang telah dilakukan oleh saintis dari Brighton dan Sussex Medical School terhadap para peserta mereka membuktikan bahawa mendengar bunyi alam semula jadi membuatkan anda rasa tenang.

Para peserta didedahkan kepada dua bunyi. Satu adalah bunyi yang dihasilkan secara artificial dan satu lagi bunyi merupakan rakaman bunyi alam semula jadi yang sebenar. Aktiviti saraf otak dikesan dan dipantau oleh para pengkaji tersebut.

Haslnya amat menarik.

Orang yang mendengar bunyi artificial merakamkan aktiviti otak yang bertumpukan pada perkara dalaman, Itu satu aktiviti yang bersamaan dengan kesan risau, takut dan seumpamanya.

Mereka yang terdedah kepada rakaman bunyi alam semula jadi pula, otak mereka dilihat memberikan tumpuan pada perkara luaran berbeza dengan peserta yang disebut kat atas tadi. Bunyi alam membuatkan anda lebih leka dan peka pada persekitaran dan mula menikmati keindahannya.

Bunyi artificial pula menjuruskan and auntuk berfikir pada diri sendiri dan mula rasa tertekan dan terhimpit jiwa. Paling menarik, peserta yang diukur paling tinggi tahap tekanan jiwa sebelum ujikaji, terus reda dan menjadi jauh lebih tenang apabila didedahkan pada bunyi alam sekitar.

Pendek kata, masuk hutan mendedahkan anda pada bunyi alam sekitar yang amat baik untuk kawalan tekanan jiwa. Jika tenang, peyakit kurang dan otak jadi geliga. Barulah mudah untuk berjaya.

Tapi kenapa tak mau nak buat?

Oh ya! sebab sibukkan!

Jalan kaki di Taman Tasik Shah Alam

Sekali sekala saya akan jalan kaki kat Taman Tasik Shah Alam. Keadaan yang tenang dengan pokok yang rimbun menghijau amat mententeramkan jiwa.

Terutamanya bahagian yang bersebelahan dengan Masjid Negeri, lebih redup dan nyaman.

Bagi mereka yang pernah ikuti sesi perjumpaan ahli kumpulan Kelab Usahawan Hidupringkas yang saya anjurkan sebelum ini, tentu perasan saya sering anjurkan pertemuan di Kedai Kopi Shah Alam tepi tasik tu.

Sebab utamanya adalah ketenangan yang ada kat kawasan itu. Rasa pukulan angin saja dah buatkan saya rasa tenang. Kalau nak minum dan baca buku sorang diri, saya akan ke situ juga.

Kalau nak tenang lagi, boleh pergi ke Taman Botani Shah Alam. Kat situ lebih redup dan nyaman berbanding kat semua taman permainan lain yang ada.

Kalau nak lebih seronok, pergi ke Taman Negara di sekitar negeri Selangor.

Yang pentingnya, usahakanlah untuk dedahkan diri anda kepada persekitaran alam semula jadi secara lebih kerap bermula dari sekarang. Jangan ingat itu urusan yang remeh dan tidak penting.

Jadikan urusan itu salah satu dari urusan penting dan insyaallah, hidup anda akan lebih tenang.

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge