Lagi teknik atasi tangguh kerja

By | 29/07/2012

newtons-cradle-256213_1280Ramai di antara kita memang suka tangguh kerja.

Semenjak dari bersekolah sehinggalah dewasa kita hidup dengan menangguh-nangguh hingga ke saat-saat akhir.

Namun begitu, dalam kita sering tangguh tersebut, kita biasanya akan siap juga di saat-saat akhir dan kita biasanya lepas. Sebab itu kita masih ada peningkatan walaupun sekadar cukup makan.

Tabiat menangguh akan jadi masalah besar bila kerja kita akhirnya tak siap. Dia juga menjadi satu rugi besar bila tender yang kita dah beli tak sempat diisi kerana asyik tangguh sampai saat akhir.

Ini yang kita tak mahu berlaku dan jika ia menjadi sesuatu yang terlalu kerap, tandanya kita sedang menghancurkan kehidupan sendiri.

Kajian juga menunjukkan kerja yang tak siap membuatkan seseorang menjadi bodoh pada kerja yang berikutnya!

Tentu kita tak mahu sampai jadi begitu.

Teknik elak tangguh kerja

Jadi jika tangguh dah mula mengganggu kehidupan dan ‘performance’ kita sudah banyak yang rosak akibat menangguh, segera musnahkan ia dengan teknik mudah di bawah:

  • Buat perancangan – jadikan persediaan perancangan ini sebagai amalan. Anda hanya perlu berfikir dan tulis apa yang patut dilakukan sehingga kerja siap. Letakkan sekali bila waktu mula dan bila waktu tamat. Bergerak ke belakang bermula dari tarikh kerja perlu siap.
  • Pecahkan tugasan menjadi sekecil mungkin – Ini teknik yang pasti jaya!, pecahkan setiap tugasan yang anda rancang di atas kepada kerja-kerja kecil mudah yang hanya mengambil masa dalam lingkungan 5 minit saja. Lakukan setiap tugasan tersebut dan berhenti bila dah siap.
  • Raikan kejayaan anda – Setiap kali anda berjaya bergerak menyiapkan tugasan selanjutnya, raikan dia secara ringkas. Ini akan banyak membantu dan kerja anda menjadi lebih menyeronokkan. Tapi jangan raikannya lama-lama sangat dan berlebihan.
  • Bila timbul idea untuk tangguh dengan pujukan esok masih ada, tolak idea tersebut kerana sebenarnya esok juga anda akan tiada masa.
  • Bila datang lagi idea untuk tangguh kemudian dengan alasan anda akan buat lebih baik kemudiannya, tolak saja idea tersebut kerana anda tidak akan melakukan kerja yang tertangguh dengan lebih baik.
  • Jika sekali sekali anda tercicir dan masih menangguh, maafkan diri anda. Memaafkan diri sendiri setelah melakukan kesalahan membuatkan diri kita menjadi lebih produktif.

Sumber

Lagi tips untuk lawan sikap menangguh di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge