Latihan asas untuk usahawan berada dalam kesedaran

By | 24/10/2016

iglak-1729165_1280Setelah puas mencari tajuk apa yang nak ditulis minggu ini, akhirnya tajuk latihan asas untuk usahawan berada dalam kesedaran ini menjadi pilihan.

Sejak dua menjak ini, agak sukar untuk mencari idea bagi penulisan artikel terbaru. Rasa macam apa saja yang nak ditulis dan dikongsikan di blog ini dah habis diluahkan. Terutamanya dalam bab keusahawanan dan perniagaan.

Tawaran kepada para pembaca dan para usahawan yang berminat untuk memberikan sumbangan artikel pula disambut dingin oleh pada pembaca. Terlalu sukar untuk mencari usahawan yang sudi kongsikan pemikiran mereka di blog ini.

Barangkali jika ditawarkan dengan bayaran sejumlah wang yang lumayan barulah nak sudi kongsikan pengelaman mereka agaknya. Ya lah ! namapun peniaga, mesti sentiasa nak fikirkan ganjaran wang ringgit sebagai bayaran dalam apa saja usaha mereka.

Jika anda ada idea bagaimana saya boleh galakkan penulis di luar sana untuk memberikan sumbangan artikel di blog ini, tolonglah komen kat ruang bawah ni, manalah tahu, kot-kot pembaca ada idea yang baik untuk dicuba.

Usahawan perlu berada dalam kesedaran

Kita kembali semula kepada tajuk asal yang tersebut di atas.

Apa yang dimaksudkan apabila saya berkata, ‘berada dalam kesedaran’ ?

Untuk mudah faham,¬†anda dikatakan sebagai ‘berada dalam kesedaran’ apabila perhatian penuh diberikan terhadap apa yang sedang dialami oleh diri anda, samada baik atau buruk.

Berada dalam kesedaran tak sama macam apa yang orang kita selalu sebut, ‘sedar diri’. Itu perkataan yang lebih cenderung kepada emosi yang tak berapa seronok didengar.

Jika anda seorang usahawan, keupayaan untuk meletakkan diri berada dalam kesedaran banyak membantu kejayaan dan paling penting sekali, dapat mengawal tahap tekanan diri dalam apa keadaan sekalipun.

Antara 4 perkara penting yang anda boleh dapat dari ‘berada dalam kesedaran’ ini adalah,

  1. Belajar kenal emosi jiwa tanpa terperangkap di dalamnya.
    • Contohnya jika anda baru saja habis bertengkar dengan pasangan sebelum keluar rumah pergi kerja tadi, dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Fikiran tentu sedang asyik melayan dan mengulang tayang semula rakaman pertengkaran tadi dalam kepala. Biasanya anda tidak sedar diri dalam keadaan itu, fikiran itu akan diikuti pula kepada penyaluran emosi marah, sedih dan sebagainya ke dalam tubuh badan anda dan keadaan itu adalah amat tidak baik.
    • Jika anda berada dalam kesedaran, anda akan lihat saja cubaan minda untuk tayangkan semula peristiwa pertengkaran tadi, dan anda akan rasa bagaimana ia mencetuskan emosi pada diri. Semuanya berlaku dalam penuh kesedaran tanpa diri terbawa-bawa sampai jadi gila.
  2. Kenal diri berdasarkan diri anda sekarang dan bukan berdasarkan apa yang anda rasa atau pengalaman apa yang telah anda alami sebelum ini.
    • Ini mudah untuk difahami. Jika anda selama ini dikatakan oleh sanak saudara dan masyarakat sebagai tak boleh harap, pemalas, lembab dan sebagainya, itu tidak sesekali menentukan hakikat sebenar siapa diri anda sebenarnya.
  3. Menjalani kehidupan untuk hari ini dan bukannya kehidupan kelmarin atau kehidupan esok.
    • Masalah yang paling besar manusia hadapi dalam hidup ini adalah masalah sering teringatkan peristiwa yang lalu dan kesal dengan peristiwa tersebut.
    • Bila dah habis teringat, marah dan sebagainya pada peristiwa kelmarin, mula risau pulak apa yang akan berlaku esok.
    • Kebanyakan dari kita lupa untuk berada dan meletakkan dirinya dalam kedudukan hari ini. Akhirnya hanyut habis satu hari berlalu penuh dengan drama dan trajedi.
  4. Menyuntik perasaan bersyukur dan bahagia yang bersesuaian dalam apa saja keadaan.
    • Orang yang berada dalam kesedaran akan sentiasa bersyukur dan bahagia dalam keadaan apa sekalipun sebab dia tidak membuat sebarang hukuman atau keputusan terhadap apa yang sedang dialaminya.

Mungkin penerangannya agak pelik dan susah nak hadam.

Jika anda seorang usahawan, keempat-empat perkara penting di atas tu tentu amat berguna untuk berikan ketenangan pada diri. Sebab usahawan ini akan alamai macam-macam kejadian dan pengalaman.

Kejap rugi kejap untung, kejap sedih kejap seronok, kejap takut kejap berani. Hanya orang yang berada dalam kesedaran saja yang mampu relaks dengan semua keadaan tersebut. Betul tak ?

Latihan asas berada dalam kesedaran

Samada anda faham atau tidak faham, sila buat latihan asas ini terlebih dahulu untuk latih minda anda berada dalam kesedaran.

  1. Duduk depan meja dan letakkan satu objek di hadapan. Ambillah apa saja yang ada kat depan atau atas meja anda itu, contohnya bekas pen, cawan dan sebagainya.
  2. Tengok objek tersebut. Ambil beberapa minit untuk merenung semua yang boleh anda lihat pada objek tersebut. Tengok bentuknya, warnanya dan lain-lain. Yang penting jangan fikirkan samada ianya cantik, hodoh, berguna atau tidak berguna, itu semua buang ke tepi.
  3. Rasai sensasi. Pejam mata dan cuba rasa sensasinya pada keseluruhan tubuh badan anda. Rasa sentuhan paju pada kulit badan anda, rasa tekanan kerusi pada punggung, rasa tekanan lantai pada kaki anda dan rasa semuanya yang boleh dirasa.
  4. Fokus pula pada apa yang anda dengar. Ambil beberapa minit untuk berikan perhatian pada apa yang anda sedang dengar. Bunyi kipas komputer, bunyi detikan jam, bunyi hembusan nafas anda sendiri, bunyi burung kat luar. Cuba dengar apa saja yang boleh didengari.
  5. Ok dah habis latihan. Cuba semak semula apa yang anda dah lalui tadi. Bagaimana rasanya ? bagaimana pengamalannya ?.

Apa yang disenaraikan kat atas tu merupakan satu latihan asas untuk melatih minda anda berada dalam kesedaran. Dengan sering melakukan latihan asas tersebut, anda tidak akan mudah hanyut dibuai oleh pemikiran monyet dalam kepala tanpa kawalan yang sering berlaku dalam kebanyakan masa sedar anda.

Selepas latihan asas berada dalam kesedaran tadi juga, anda tentu dapat rasakan semula kesegaran minda anda dan boleh fokuskan semula pada kerja atau masalah yang sedang anda cuba selesaikan.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge