Macamna nak jadi seorang yang TABAH !

By | 28/07/2012

Tabah merupakan salah satu resepi wajib ada jika kita mahu berjaya. Kita sering tengok mereka yang berada dalam kesusahan namun mengharunginya dengan tabah akhirnya menempa kejayaan.

Peliknya melihat darimana datangnya ketabahan tersebut dan apa yang membuatkan mereka menjadi tabah. Soalan paling utama sekali adalah, bolehkah kita menjadi tabah seperti mereka?

Menjadi tabah sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Kita semua boleh mendapatkannya hanya dengan satu formula mudah.¬†Berikan tumpuan kepada matlamat untuk “Menjadi Lebih Baik”.

Kajian membuktikan mereka yang benar-benar fokus untuk menjadi lebih baik sentiasa bertukar menjadi manusia yang tahan lasak walau sebesar manapun cubaan yang datang menghalang kemajuan mereka. Ini di sebabkan golongan yang berfikiran mahu menjadi lebih baik ini sentiasa bersikap seperti yang berikut:

  1. Mengambil apa sahaja cubaan dan halangan sebagai satu peluang belajar benda baru
  2. Menerima kelemahan diri dan mengaku ketidak sempurnaan diri dan tidak terpengaruh untuk mencapai keputusan yang sempurna.
  3. Bersedia menghadapi kemungkinan mereka akan melakukan kesalahan dalam perjalanan untuk menjadi lebih baik dan ia menjadi satu lagi peluang menguasai kelemahan.
  4. Melihat segala tugasan yang perlu dilakukan sebagai amat menarik dan timbul keinginan untuk mengetahui dan pergi lebih jauh.
  5. Sikap berminat dan tertarik dengan segala tugasan mencetuskan motivasi yang tinggi dan ia juga bertindak seperti pembekal semula tenaga yang cukup berkesan.
  6. Sikap berminat dan seronok dengan tugasan tersebut juga membuatkan ia mengalir kepada tugasan lain yang berikutnya secara lancar dan begitulah seterusnya.

Nampaknya mudah saja untuk menjadi tabah bukan. Kita hanya perlu fokus untuk menjadi yang lebih baik.

  • Jika hari ini kita kontraktor kelas F, fokuskan pada matlamat untuk naik ke kelas yang lebih tinggi pulak dalam masa 3 tahun dari sekarang.
  • Jika kita hari ini seorang operator pengeluaran biasa, fokuskan untuk jadi line leader pulak selepas ini.
  • Kalau hari ini kita punya syarikat yang pendapatannya RM300 ribu setahun, fokuskan untuk mencapai RM500 ribu pada tahun depan.

Yang pentingnya kita ada matlamat dan matlamat itu mestilah yang lebih baik sedikit daripada sekarang yang kita ada. Jika anda lansung tak ada matlamat dan tak tahu pulak di mana anda berada, tentu ada ada masalah besar yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Baca maklumat lebih terperinci dengan membeli buku ini: Nine Things Successful People Do Differently

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge