Ini cerita yang amat terkenal. Saya dengar masa zaman kanak-kanak dulu lagi.

Cerita tentang seorang tua bersama dengan anak kecilnya membawa seekor keldai untuk ke bandar. Dikatakan orang tua yang dimaksudkan dalam cerita itu ialah Luqman Al-Hakim. Saya tak pasti kesahihannya tapi begitulah yang saya dengar masa zaman kanak-kanak dulu.

Yang pastinya, cerita orang tua, anak kecil dan keldai ini bukan berasal dari negara kita dan bukan juga dari alam Melayu. Tak pernah lagi saya dengar cerita samada benar atau donggeng tentang keldai dalam masyarakat kita.

Keldai biasanya digunakan sebagai binatang pengangkutan pada zaman dahulu. Samada angkut orang atau barang, keldai memang sangat cekap untuk urusan tersebut. Kalau kat negara kita, mungkin binatang logistik untuk angkat barang zaman dahulu adalah gajah.

Saya dapat tahu di seberang perai utara dulu, gajah jadi binatang pengangkutan utama yang digunakan untuk perdagangan. Orang yang ada bela gajah untuk angkat barang tentu setaraf dengan seorang taukeh lori treler zaman sekarang.

Kisah orang tua, anak kecil dan keldai

Kita balik semula pada cerita orang tua, anak kecil dan keldai.

Ceritanya begini…

Satu hari seorang tua membawa anak kecilnya untuk ke bandar. Mereka pergi dengan seekor keldai. Mulanya mereka bergerak dengan orang tua itu berjalan kaki memimpin keldai yang ditunggang oleh anak kecilnya.

Bila lalu  di satu kawasan yang ada sekumpulan orang, kedengaran orang berkata betapa tak patutnya kanak-kanak itu naik keldai sedang orang tuanya berjalan kaki.

Lalu orang tuan itupun tukar posisi. Kali ini dia naik atas keldai dan anaknya berjalan kaki di sisi. Lalu pula depan sekumpulan orang lain. Terdengar mereka kata betapa teruknya orang tua itu. Dia tunggang atas keldai dan biarkan anak kecilnya berjalan kaki.

Orang tua itupun ambil anak kecilnya naik sekali di atas keldai dan teruskan perjalanan mereka.

Lalu pula di depan sekumpulan orang. Mereka lalu berkata, betapa bodohnya orang tua dan anaknya itu. Adakah patut dua orang sekali gus duduk atas keldai. Teruklah keldai itu dengan bebenan yang berat.

Mendengar kritikan itu, maka turunlah orang tua dan anak kecilnya dari keldai.

Kali ini mereka berdua sama-sama berjalan kaki pulak tanpa naik keldai. Lalu pula depan sekumpulan orang ramai dan kedengaran teguran lagi. Orang tegur betapa bodohnya mereka berjalan kaki. Ada keldai tak naik pula.

Cerita itu berterusan begitu dengan berbagai versi. Ada yang kata akhirnya anak kecil dan orang tua itu tanggung keldai pula dan melintasi sebuah jambatan. Dan malangnya keldai itu akhirya terjatuh dari jambatan ke bawah masuk ke dalam sungai.

Susah nak puaskan hati semua orang

Apa yang boleh anda belajar dari cerita orang tua, anak kecil dan keldai tersebut di atas?

Paling jelas anda tentu dapat faham betapa sukarnya untuk membuatkan semua orang puas hati dengan apa yang kita lakukan.

Ada saja kritikan yang akan datang walau bagaimana sekalipun anda melaksanakan sesuatu urusan. Kalau nak buatkan semua orang puas hati, ianya adalah hampir mustahil. Dan sudah tentu usaha untuk puaskan hati semua orang adalah satu usaha yang sia-sia.

Sukar jadi orang politik

Jika anda seorang ahli politik, cerita kat atas tu dah cukup untuk memberikan gambaran betapa kerja anda adalah kerja yang paling sukar di dunia ini.

Orang politik terpaksa cuba puaskan hati semua orang. Kalau sekadar tak setuju dan diamkan diri masih ok. Tapi kalau ada 10 orang seperti Jamal Jamban, mahu jadi huru hara kawasan yang berada di bawah jagaan anda.

Cara paling bijak yang ahli politik perlu buat adalah dengan melihat golongan mana paling besar. Dia perlu penuhi kehendak golongan paling besar tersebut terlebih dahulu. Yang pentingnya golongan yang dia layan itu dapat kekalkan kekuasaannya.

Lebih mudah jadi usahawan

Berbanding dengan orang politik yang amat sukar nak puaskan hati semua orang, jadi usahawan sebenarnya jauh lebih mudah.

Seorang usahawan boleh pilih dengan siapa dia nak berurusan. Dia sediakan produk atau servis yang menepati kehendak segolongan sahaja dan lupakan saja golongan yang lain. Yang pentingnya golongan itu cukup besar untuk pastikan perniagaannya boleh pergi jauh.

Jika anda usahawan yang cuba nak jadi orang politik. Cuba nak tawan semua golongan dengan sediakan produk yang semua orang suka, anda akan letih dan biasanya amat sukar untuk berjaya.

Usahawan tak semestinya pilih golongan yang paling ramai untuk dilayan. Golongan kecil juga boleh dipilih untuk dilayan asalkan jumlahnya mencukupi untuk perniagaannya berjaya.

Jadi diri anda sendiri

Paling susah adalah jika anda cuba jadi apa yang orang lain jangkakan dan abaikan apa yang anda sendiri nak jadi. Inilah yang paling banyak berlaku pada manusia.

Cuba tanya diri anda sendiri sekarang kenapa buat apa yang anda sedang buat?

Kenapa anda buat kerja sekarang? anda sendiri mahu atau desakan orang lain?

Kenapa anda sokong parti atau pemimpin ? adakah anda sendiri atau terikut-ikut kawan-kawan atau keluarga?

Atau pernahkan anda duduk seorang diri sekurangnya sekali setiap bulan untuk semak semula apa yang anda dah buat dan apa yang akan anda buat. Adakah ianya datang dari kesedaran diri anda sendiri atau sekadar cuba nak puaskan hati orang lain?

Dari cerita kat atas tadi, anda tentu sedar kesukaran hidup jika sekadar ikut-ikutan. Semuanya jadi tak kena dan akan ada saja yang terpaksa diubah. Jika berterusan begitu, alamat buang masa sampai ke tua.

Paling baik sudah tentu adalah, jadi diri anda sendiri. Jadi apa yang anda nak jadi.

Tapi itulah cabarannya!

Anda nak jadi apa?

Total
9
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. satu soalan ya ng amat menarik..

    saya nak jadi orang berjaya dengan pendapatan RM 10K sebulan sebelum saya berimpian semula mendapat income 10 ganda dari itu dalam masa 10 tahun yang akan datang..

    aamin
    mrhanafi recently posted…Ada Apa Dengan 1 Jun ?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge