Betulkah orang yang punya disiplin diri yang tinggi hidupnya lebih bahagia?

Jom kita cuba fikir secara logik mudah untuk buat andaian samada anda akan hidup lebih bahagia jika punya disiplin diri yang tinggi.

Biasanya, jika anda seorang yang punya disiplin diri yang tinggi, anda dapat melaksanakan banyak kerja berbanding mereka yang tak berapa berdisiplin.

Cuba lihat anak-anak anda sendiri kat rumah macam mana sikap mereka.

Adakah dia punya disiplin diri yang tinggi atau tidak. Kalau dia jenis pelajar yang sentiasa dahulukan urusan untuk selesaikan semua kerja rumah yang cikgu suruh buat, dia sudah pasti seorang anak yang tak ada masalah di sekolah.

Itu ciri-ciri seorang yang ada disiplin diri yang tinggi.

Rasa tak seronok disiplin diri tinggi

Tapi, ada sedikit masalah jika anda macam itu.

Anda terpaksa tangguh untuk buat atau nikmati perkara lain yang lebih menyeronokkan demi untuk selesaikan segala urusan yang jauh lebih penting.

Tak boleh menonton TV, tak boleh pergi main dengan kawan-kawan lain, tak boleh layan hobi dan sebagainya. Kalau bolehpun, tentu lebih singkat berbanding kawan-kawan lain yang tidak berdisiplin.

Rasa macam tak seronok pulak. Hidup rasa terkongkong dan tak dapat menikmati kesenangan dalam kebanyakkan masa.

Macam mana nak rasa bahagia?

Secara mudah, anda akan andaikan bahawa, menjadi seorang yang punya disiplin tinggi adalah sesuatu yang membosankan. Kalau masa muda dulu, kawan-kawan yang kuat disiplin macam tu kami akan gelar sebagai ‘Mat Belia’.

Tak berapa nak seronok dapat gelaran macam itu.

Saya yakin, ramai yang rasa macam itu. Tak bahagia jika hidup terpaksa kawal diri dan kuat disiplin diri.

Sebab itu ramai yang lebih suka main dari belajar. Lepak nga-nga tak buat apa-apa dari baca buku tambah pengetahuan. Borak kosong di kedai mamak berjam-jam dari bersenam jogging keliling padang seorang diri.

Jadi persoalannya, adakah orang yang punya disiplin tinggi lebih bahagia kehidupan mereka?

Orang berdisiplin lebih bahagia

Jawapan terhadap persoalan tadi dijawab dalam satu kajian di pautan kat sini.

Dalam kajian yang dibuat oleh Professor William Hofmann tersebut, terbukti bahawa mereka yang punya kesabaran untuk mengawal diri dan punya sikap berdisiplin yang tinggi, hidup mereka lebih bahagia.

Mereka lebih bahagia dengan kehidupan samada dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang.

Orang yang punya disiplin diri yang tinggi biasanya dikaitkan dengan beberapa kelebihan.

  • Mereka lebih bahagia dalam kehidupan samada sekarang atau masa hadapan.
  • Mereka yang pandai kawal diri, sabar dan berdisiplin berkait rapat dengan kejayaan hidup dari segi akademik, kerjaya dan kedudukan di dalam masyarakat.
  • Mereka cekap mengelak dari menghadapi dugaan terhadap nikmat sementara yang punya risiko buruk dalam jangka masa panjang.

Tips tanam disiplin diri

Point nombor 3 kat atas itu sebenarnya amat penting.

Untuk menjadi seorang yang punya disiplin diri yang tinggi dan cekap mengawal diri dari terjebak kepada keseronokkan sementara, anda perlu mengelak dari berhadapan dengan cubaan.

Contohnya, kalau anda tahu keburukkan seks sebelum kahwin, elakkan diri dari berdua-duaan bersunyian dengan buah hati anda. Jadi anda akan selamat dari cubaan nafsu serakah anda sendiri.

Untuk mengelak dari lepak buang masa gossp tak tentu hala, anda perlu mengelak dari punya kawan-kawan yang punya amalan sedemikian.

Untuk mengelak dari makan makanan yang tak baik untuk kesihatan seperti makanan manis dan jajan, jangan simpan jenis makanan itu dalam rumah anda.

Untuk mengelak dari bertumbuk dengan orang yang suka sakitkan hati anda, elak dari menjawab apa saja sindirannya.

Untuk mengelak bei barang yang anda tak diperlukan, elak dari window shopping atau tengok iklan.

Formula paling mudah untuk tidak mendapat masalah, adalah dengan mengelak diri dari terjerumus ke dalam masalah. Itu formula rahsia yang semua orang bijaksana cekap mengamalkannya.

Pilih persekitaran anda, pilih dengan siapa anda bersama, insyallah anda akan lebih mudah membentuk kejayaan dan membina sahsiah diri yang baik.

Sebab itu saya sering cadangkan supaya sentiasa lihat dan semak siapa kawan-kawan anda. Bukan menghina, tapi untuk menjauhkan diri anda dari terjebak dan tewas dengan cubaan. Tapi setiap kali saya sarankan untuk pilih kawan, akan ada saja pendapat sinis yang degil tetap mahu rapat dan kekal berama dengan orang bermasalah.

Formula mengelak dari cubaan adalah teknik paling mudah untuk membentuk disiplin diri yang tinggi. Dengan mengamalkan teknik tersebut semua orang mampu menjadi insan yang berdisiplin tinggi. Dan seterusnya dapat membina sebuah kehidupan yang membahagiakan.

Moga sama-sama dapat kita amalkan, Insyaallah !

Total
32
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge