tips urus diriSaya cuba nak buat artikel pendek kali ini dalam bab urus diri dan laksanakan kerja dengan cekap dan berkesan.

Teknik urus diri yang ringkas dan mudah ini boleh dibuat oleh semua orang yang nak lihat lebih banyak kerja dilaksanakan.

Siapa yang sesuai gunakan teknik urus diri ringkas ini?

  • Semua orang yang dah masuk ke dunia cari makan. Tak kisah samada anda seorang pemakan gaji tegar atau seorang usahawan besar mahupun seorang usahawan kecil yang nak membesar.
  • Suri rumah tangga pun boleh guna teknik ini. Jika anda seorang suri rumah tangga sepenuh masa, yang uruskan hal ehwal rumah tangga, tentu anda seorang yang teramat sibuk. Malah sibuk daripada suami anda yang kerja makan gaji kat pejabat tu. Perlu ada satu cara berkesan untuk urus diri dan laksanakan kerja dengan cekap.
  • Anda yang rasa masa berlalu pantas dan banyak urusan tak jalan. Masa tetap sama, dari dulu sampai sekarang tetap 24 jam sehari. Tak perlu berdoa untuk jadikan masa sehari 36 jam, tak akan berjaya secara adatnya. Anda hanya perlu satu sistem urus diri yang ringkas dan cekap sahaja untuk hadapi cabaran tersebut.
  • Orang yang suka tangguh kerja. Tangguh kerja sebentar untuk diselesaikan pada masa yang sesuai tak salah. Tapi ramai yang tangguh kerja ke depan dan ke depan sehingga akhirnya habis setahun berlalu masih tak buat. Bukan tak nak buat, saya tahu, tapi terlupa dan tak ada orang nak rotan.
  • Orang yang mahu disiplinkan diri. Disiplin penting untuk berjaya. Sebab hanya dengan disiplin saja, anda dapat laksanakan urusan penting yang anda tak suka nak buat.

Bila saya mula amal teknik ringkas urus diri ini

Bagi yang dah ikuti blog ini tentu pernah terbaca perkongsian saya masuk kerja semula untuk betulkan disiplin diri.

Selepas saya berhenti kerja secara kamekaze, saya bergelumang dan bersilat dalam dunia perniagaan lebih dari 2 tahun.

Tempoh itu membuka minda saya memahami lebih kurang apa itu dunia keusahawanan dan perniagaan. Banyak yang saya belajar hasil dari bergaul dengan kawan-kawan usahawan lain yang berjaya, juga yang tak berjaya.

Antara perkara penting yang saya yakin perlu ada jika nak berjaya adalah kekuatan diri untuk hidup berdisiplin. Saya hilang disiplin bila makan berhenti kerja dan mula bina jaringan sesama usahawan.

Tidur tak menentu, mula kerja juga tak menentu. Buat kerja tak habis dan layan urusan yang lain pulak. Tak tahu nak menolak pelawaan kawan walaupun kerja masih tak siap dan macam-macam lagi tabiat buruk sampai tak terkawal.

Untuk betulkan semula disiplin diri, saya buat rumusan, hanya dengan masuk kerja semula, di syarikat swasta yang berikan tekanan prestasi tinggi pada para pekerjanya.

Mungkin pelik sikit. Biasanya orang elak dari masuk tempat kerja yang suka tekan orang. Tapi saya lihat itu peluang untuk saya cabar keupayaan diri membentuk disiplin dan uruskan diri dengan baik.

Urus diri dalam suasana kerja kilang

Tak ada kerja yang paling tertekan dalam dunia ini selain dari jadi kuli kepada majikan kat kilang pembuatan.

Kalau anda pernah kerja kilang, samada jadi penyelia atau sekadar operator pengeluaran kat kilang tentu tahu betapa tertekannya kerja tersebut.

Dalam kilang, yang paling diutamakan adalah ‘output’.

Jumlah barang yang perlu dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan perlu dipatuhi dengan apa cara sekalipun.

Semua orang buat kerja dalam keadaan yang amat tertekan. Target mesti capai, kos mesti dikurangkan, masa mesti tepat, semuanya perlu ada jadual dan perlu ada kerjasama.

Macam main orkestra, semua pemusik perlu ada disiplin dan tak boleh main musik ikut suka hati dia. Orang akan lontar telur busuk pada orkestra yang macam tu.

Jadi kat tempat macam itulah yang saya masuk.

Masuk dengan satu cabaran untuk sentiasa tenang walau ditekan seberat manapun.

Guna teknik ringkas urus diri laksana kerja

Bila masuk kerja kilang, tak sampai sebulan, boss dah berikan harapan tinggi pada anda. Saya masuk level eksekutif, jadi tekanan lebih berat berbanding level operator biasa.

Ada seribu satu kerja menunggu tak pernah habis. Tak sempat rancang dan buat kerja baru, dah ada kerja baru pulak boss bagi. Kalau saya main hafal semua kerja tersebut dalam kepala satu persatu, alamat satu kerjapun tak akan selesai.

Jika tak selesai, boss tak mahu dengar alasan.

Semua pekerja dianggap sudah akil baligh untuk urus diri sendiri tanpa perlu dirotan. Orang yang cekap selesaikan kerja akan ditambah lagi kerja baru yang jauh lebih banyak dan mencabar.

Itu perkara pertama yangs aya belajar dalam dunia kerja makan gaji dalam industri pembuatan. Jika anda seorang yang kuat bekerja, anda akan diberikan ganjaran berupa tambahan kerja yang jauh lebih banyak.

Saya dengar nasihat boss saya seorang Benggali. Dia nampak saya ada bakat jadi pemimpin yang tenang dan tak mudah panik. Bukan saya tak pernah panik, tapi riak muka dan perlakuan saya sentiasa mempamerkan pada orang lain yang saya tidak panik. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu.

Dia suruh saya mula baca buku pengurusan yang popular dari penulis yang terkenal. Ada banyak juga buku yang dia sarankan.

Diringkaskan cerita, saya ikut nasihat dia dan terjumpa satu teknik yang amat ringkas dan mudah untuk diamalkan.

Teknik itu orang putih namakan To-Do-List

Urus diri dengan To-Do-List

Itu saja yang saya buat dan memang ternyata ia teramat membantu saya urus diri. Saya amalkan teknik itu secara konsisten sehingga ia terbentuk menjadi tabiat cara kerja sehinggalah saya berhenti kerja makan gaji.

Bila saya jadi usahawan, saya secara automatik bawa budaya kerja yang sama macam masa kerja kat klang dulu.

Saya terangkan teknik urus diri laksanakan kerja dengan guna To-Do-List secara ringkas dan mudah kat bawah ini. Memang mudah sangat nak buat. Macam makan kacang goreng, hanya sedikit saja usaha yang perlu diberikan tapi impaknya amat besar jika diserap sampai jadi budaya kerja anda.

  1. Beli buku catitan – Ada orang guna diari, pun boleh. Asalkan buku bersaiz buku latihan kat sekolah dulu dah memadai. Pastikan sebaik saja anda membeli buku tersebut, ia tidak akan lagi lekang dari diri anda ke mana saja anda pergi.
  2. Mula kerja awal 30 minit dari biasa – Jika anda masuk kerja pukul 8 pagi, pastikan dalam pukul 7;30 pagi anda dah duduk kat meja buka buku catitan tadi dengan sebatang pen.
  3. Tulis satu persatu semua kerja yang perlu dilaksanakan hari itu – Jika sebelum ini anda jenis suka hafal, hentikan amalan menghafal tu. Ada banyak lagi perkara lain yang memerlukan otak anda. Keluarkan semua urusan yang perlu dibuat ke dalam buku dalam bentuk senarai 1, 2, 3,.. Tak perlu ikut turutan kepentingan.
  4. Buat kotak kecil kat hujung tugasan yang ditulis – Pada hujung perkara yang anda dah tulis nak kena buat itu, buat kotak empat segi kecil. Jika anda berjaya senaraikan 25 kerja nak kena selesai, akan ada 25 kotak kecil kat hujung setiap ayat tu.
  5. Mula buat kerja – Bila dah selesai buat urusan itu, barulah anda mulakan kerja yang perlu dibuat. Mudah sebab anda dah fikirkan tadi apa yang nak kena buat. Pergi selesaikan satu persatu. Sampai habis satu hari kerja.
  6. Semak semula 30 minit sebelum balik – Bila dah habis waktu kerja dan anda nak balik, tunggu sebentar. Duduk kat meja kerja dan buka semula senarai kerja tadi satu persatu.
  7. Pangkah kerja yang dah selesai – Apa saja kerja yang anda dah berjaya laksanakan, pangkah kat petak empat segi di hujung setiap urusan yang anda senaraikan pagi tadi.
  8. Buat nota jika ada urusan baru timbul – Tengok semula kerja yang tak berjaya dilaksanakan, cari puncanya. Mungkin ada urusan baru yang perlu dibuat sebelum urusan tersebut boleh dilihat semula. Buat nota kat bawah senarai tersebut.
  9. Tutup buku dan balik – Bila dah selesai semak semua senarai tu, tutup buku dan pergi balik. Tinggalkan semua urusan tersebut kat dalam buku itu dan tak payah nak buka kat rumah nanti. Sebab itu saya kata jangan hafal. Biarkan buku catitan itu tanggung semua bebanan untuk ingatkan anda nanti esok pagi bila masuk kerja semula.
  10. Ulang urusan nombor dua kat atas tadi sampai habis ke no 10 ini.

Dah selesai penerangan teknik urus diri yang ringkas. Minta maaf sebab artikel ini jadi panjang berjela jugak. Saya ingatkan boleh tulis pendek saja, tapi silap rupanya.

Pakai teknik urus diri bila berniaga

Bila saya berhenti kerja dan berniaga semula, saya jadi lebih berdisiplin dan lebih cekap buat kerja. Saya sentiasa berjaya tutup selesai semua urusan yang saya buka samada cepat atau lambat dan tidak tertinggal satupun urusan penting dan tak berapa penting.

Bila jadi usahawan, senarai itu saya campur kan sekali dengan urusan peribadi termasuklah urusan pergi ke Giant beli barang yang orang rumah mesej suruh beli. Itu juga dah jadi kerja saya bila berniaga.

Semua bab dari pembinaan diri, bina jaringan jumpa orang, layan masyarakat dan apa saja saya masukkan ke dalam To-Do-List.

Sungguh ! hanya dengan teknik ringkas ini jadi budaya amalan hidup, saya tak sedar bermacam-macam perkara saya berjaya buat. Tulis blog, baca buku, buka syarikat demi syarikat samada gagal atau berjaya, ajar orang, berikan ceramah, berikan kursus, anjurkan bengkel, masuk kelas belajar ilmu baru, mengembara atas kapal, masuk hutan, tangkap gambar main kamera dan macam-macam lagi.

Saya harap anda juga boleh cuba teknik ini. Saya terbaca yang Richard Branson juga masih gunakan teknik yang sama sampai sekarang walaupun dia dah jadi Billionaire.

Jika anda jenis cekap pakai telefon pintar, boleh gunakan aplikasi yang dimuat turun.

Saya juga dah pakai aplikasi dari iPhone yang jauh lebih cekap dan mudah, siap ada reminder lagi dan boleh buat repeat dan sebagainya. Aplikasi yang saya pakai yang jenis berbayar, “Things”.

Anda boleh cuba kalau mahu. Tak mahal sangat, RM39 saja sekali bayar dan boleh guna sampai bila-bila. Bagi aplikasi android, saya tak pasti mana yang terbaik. Buatlah carian sendiri dengan taip to do list, mungkin ada yang percuma, boleh cuba.

 

Total
62
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. saya pakai teknik urus diri “to do list”

    tapi yang saya buat langkah 1 – 4 – 5 -6 – 7 – 8 – 9 ja…

    kadang berjaya, kadang kandas juga…

    huhu.

    terima kasih atas perkongsian.

  2. Terima kasih atas perkongsian. Saya amalkan teknik berikut sejak saya mula bekerja di hospital sehingga sekarang bekerja di syarikat swasta. Dulu menggunakan buku nota dan sekarang guna aplikasi Google Keep.

  3. Saya masih dalam usaha belajar guna to-do-list ni. Banyak variasi kepada teknik ini. Biasanya lebih complicated. Antaranya “bullet journalling”, “KanBan”. Tetapi asasnya masih sama. Senaraikan tugas, push diri untuk buat apa yang ada dalam senarai.

    Things tu app yang bagus, kalau nak cuba yang free boleh cari “Do it Tomorrow”.

    Terima kasih atas perkongsian.
    Azwan recently posted…5 contoh sasaran menabung duit yang mudah dicapai.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge