Betul ke ada petua untuk uruskan perjalanan hidup supaya mudah untuk berjaya?

Ya! ada!.

Memang ada pun petua untuk uruskan perjalanan hidup.

Dah banyak diperkatakan. Malah dah ramai orang jadikan petua ini sebagai sumber cari makan dengan memberikan latihan kepada yang memerlukan.

Kalau anda tak pernah dengar lagi ada latihan atau petua macam itu, memang tak pelik sangat. Sebab kebiasaannya, mereka berikan nama yang berbeza.

Biasanya orang namakan perkara ini sebagai, panduan pengurusan masa. Dalam bahasa orang putih dipanggil Time Management.

Masa dan perjalanan hidup

Kalau kita perhatikan betul-betul, perjalanan hidup anda tak dapat lari dari masa. Masa sentiasa bergerak ke depan. Samada Tun Mahathir, atau DS Anwar Ibrahim, kedua-duanya punya masa yang sama.

Malah masa yang anda dapat juga sama, saling tak tumpah dengan apa yang dua orang pemimpin yang saya sebut kat atas tu dapat. Tak ada apa-apa istimewa pada masa yang diberikan pada Tun M, DS Anwar atau anda.

Yang bezakan anda, saya Tun M dan DS Anwar, adalah apa yang kita isi ke dalam masa yang melalui kita dalam satu-satu ketika itu.

Kombinasi masa yang anda ada, dengan apa yang diisi ke dalam masa tersebut, adalah perjalanan hidup anda.

Sebab itu saya tulis tajuk artikel ini sebagai petua uruskan perjalanan hidup supaya lebih mudah untuk berjaya.

Petua mudah untuk berjaya

Jika dilihat apa yang saya terangkan kat atas tadi, nampak mudah sangat untuk berjaya.

Anda hanya perlu isikan masa yang ada dengan perkara yang betul, baik dan mendatangkan manfaat terhadap apa yang anda mahu capai.

Contohnya, kalau anda seorang pelajar, masa yang ada perlu diisi dengan aktiviti belajar.

Baca buku, buat latihan, pergi kelas, buat ulangkaji, tanya soalan, makan supaya bertenaga untuk belajar, tidur cukup supaya segar senantiasa, bersenam supaya cergas dan lain-lain lagi seumpamanya.

Buat kesemua itu, insyaallah anda akan jadi pelajar yang berjaya.

Mudah sungguh!

Tapi kenapa hakikatnya tak jadi macam itu?

Petua mudah untuk kaya

Kita tengok pulak sasaran yang semua orang mahu. Iaitu nak jadi kaya.

Sama juga jika anda nak jadi seorang yang ada banyak duit. Atau paling busukpun, seorang yang tak ada masalah duit. Anda hanya perlu isikan masa ketika hidup dengan urusan yang boleh bagi anda ada banyak duit.

Isikan masa dengan buat kerja supaya dapat duit. Isikan masa dengan belajar dan buat urusan untuk dapat lebih banyak duit.

Bila dapat duit jangan belanja semua, simpan sebahagian, labur supaya dapat jana anak duit. Labur lagi supaya dapat cucu duit dan begitulah seterusnya. Dan perlu buat berbagai aktiviti lagi yang anda sendiri tahu untuk jadikan anda kaya.

Nampak mudah.

Tapi kenapa ramai sangat yang masih gagal?

Kenapa anda sentiasa tak dapat buat duit, tak dapat simpan banyak duit, dan sentiasa rasa tak cukup duit. Walaupun gaji naik masih juga tak cukup duit. Gaji naik banyak kalipun, masih juga tak cukup duit.

Kenapa?

Emosi dan perjalanan hidup

Untuk ringkaskan penulisan saya kali ini, saya tak nak goreng panjang-panjang.

Punca kenapa ramai gagal berjaya adalah disebabkan emosi.

Punca ramai yang sentiasa tak cukup duit juga adalah disebabkan emosi.

Apa yang anda buat sentiasa dipengaruhi oleh emosi. Begitu juga apa yang anda belanja keluarkan duit, juga sentiasa dipengaruhi oleh emosi.

Kalau semua orang tak terikut sangat dengan emosi, hanya lurus bendul ikut rasional kewarasan akal saja, maka sudah pasti semua orang berjaya jadi apa saja yang dia nak jadi. Begitu juga semua orang tak akan ada masalah kewangan.

Tapi malangnya kebanyakan manusia sentiasa dikawal oleh emosinya.

Apa saja perkara yang mencuit emosinya akan disambut dengan penuh intim tanpa fikir panjang. Semua kejadian yang mencetuskan emosi marahnya akan disambut dengan melayan kemarahan itu macam orang gila.

Emosi juga membuatkan anda sering melencong dari buat perkara yang mendatangkan manfaat bagi mencapai sasaran dalam hidup anda.

Oleh itu, petua untuk uruskan perjalanan hidup supaya berjaya adalah petua untuk kuasai emosi. Jika anda dapat kawal emosi dan elakkan emosi dari kawal anda, insyaallah tentu amat mudah untuk berjaya.

8 petua buat kerja

Berikut saya berikan 8 petua buat kerja yang anda perlu gunakan setiap hari sebagai latihan untuk kawal emosi.

Walau apapun yang sedang bergelora dalam benak kepala anda tu, yang mencetuskan berbagai emosi, anda perlu sentiasa ingat 8 petua yang saya kongsikan kat bawah ini.

  1. Buat perkara penting terlebih dahulu – Dalam setiap saat/masa yang dilalui, pasti akan ada perkara yang paling penting perlu dibuat dalam senarai hidup anda. Walau apapun yang berlaku, walau sesukar manapun, jika anda tahu urusan itu penting dan amat bernilai dalam hidup anda, buat perkara itu terlebih dahulu. Jangan tangguh!
  2. Degil tumpu hanya satu perkara penting – Setiap kali anda buat kerja, pastikan buat kerja yang paling penting. Dan pastikan anda degil tetap tumpu pada perkara satu itu tanpa lompat buat itu dan ini. Tumpu sampai habis baru tengok benda lain pula.
  3. Buat yang paling susah dulu – Kalau ada beberapa perkara penting yang perlu dibuat dalam satu hari itu, sentiasa mulakan dengan buat kerja yang paling susah terlebih dahulu. Buat dengan tekun, bersungguh-sungguh sehingga selesai. Selepas itu selesaikan yang kedua susah dan begitulah seterusnya.
  4. Tentukan pengisian masa anda sendiri – Jangan biarkan orang lain yang isikan masa anda untuk kepentingan mereka. Sebab itu anda mesti ada perancangan nak buat apa. Supaya ada kerja yang boleh diisi dalam setiap masa. Jika tak ada rancangan, tentu orang lain akan buat rancangan untuk anda. Perlu pandai untuk tolak perkara yang tak penting.
  5. Bersikap jujur terhadap diri sendiri – Sentiasa tanya pada diri anda samada memang itu kerja yang penting dan punya nilai tinggi yang perlu diselesaikan. Jujur pada diri sendiri untuk menjawabnya. Orang yang paling mudah untuk anda bohong dalam dunia ni adalah diri anda sendiri. Jadi sila berhati-hati!.
  6. Buat pecahan masa anda – Pecahkan masa kepada beberapa bahagian supaya anda boleh berikan tumpuan pada kerja berfikir dan merancang serta menyusun strategi terlebih dahulu, kemudian barulah layan semua masalah lain dan layan serangan cabaran yang datang bertubi-tubi.
  7. Perhatikan tingkat tenaga naik dan turun anda – Ada orang bertenaga pada waktu pagi, ada yang bertenaga waktu malam. Ada orang memang lemah waktu tengahari dan macam-macam lagi jenis perbezaan tingkat tenaga yang orang ada. Perhatikan semua itu dan pastikan anda susun kerja ikut tingkatan tenaga tersebut. Kerja yang paling penting pastikan dibuat ketika anda paling bertenaga tinggi.
  8. Pagari diri anda dari segala gangguan – Setiap kali anda nak buat urusan penting yang bernilai tinggi dalam hidup, pastikan tak ada gangguan. Tutup rapat dan kunci bilik, tutup smarthone, pasang tanda ‘jangan ganggu’ dan lain-lain seumpamanya supaya anda tidak diganggu.

Jika anda seorang yang amat kuat disiplin, anda boleh lakukan kesemua yang saya berikan kat atas tu secara konsisten dan mudah seorang diri saja. Tak perlu ada orang pantau atau follow-up untuk pastikan anda lakukan dengan betul dan baik.

Tapi jika anda ada masalah kesunyian dan biasanya tak ada kekuatan untuk buat semuanya seorang diri. Anda perlukan seorang coach atau mentor. Anda perlukan mereka untuk wujudkan rasa bertanggung jawab dan buat perkara-perkara penting sampai berjaya.

Dapatkan bantuan dari coach yang berpengalaman untuk duduk menghadap anda setiap bulan supaya anda dapat latih kawal emosi dan terus komited dengan usaha sampai berjaya.

Nota: Jika anda perlukan seorang coach dari team Hidupringkas, sila berhubung dengan En Sulaiman di nombor 019-6158846

Total
34
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge