Elok cakap pasal rahsia puasa sikit. Bulan ramadan dah sampai. Sehari dua ini semua orang dah mula kejangkan kekuatan jiwa untuk hadapi cabaran puasa selama satu bulan.

Puasa selama sebulan dibulan ramadan memang satu perkara biasa yang semua orang dah biasakan diri. Samada suka atau tidak memang tak ada pilihan. Itulah kelebihannya. Terpaksa dan paksa diri buat amalan baik memang lansung tidak merugikan.

Tapi bila selesai ramadan, majoriti daripada umat Islam tak mahu kekalkan momentum kebiasaan berpuasa tu. Sayang seribu kali sayang ramai yang lepaskan peluang untuk terus kekal berpuasa sunat sepanjang tahun selepas dah berlatih selama sebulan penuh.

Puasa sepanjang tahun tu, maksud saya adalah sambung dengan puasa 6 hari di bulan syawal dan kemudiannya sambung terus dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Sambung berkekalan setiap isnin dan khamis sehinggalah datang kembali ramadan yang berikutnya.

Rahsia puasa terhadap kesihatan

Saya kongsikan kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis terhadap tikus. Kajian ini membuka rahsia puasa, khas untuk kesihatan usus orang yang menahan diri dari makan.

Walaupun kajian dilakukan kepada tikus, hasilnya besar kemungkinan adalah sama akan berlaku juga kepada manusia. Sebab biasanya apa yang berlaku pada tikus biasanya punyai kesan yang sama terhadap manusia. Dalam kes usus ini, sel usus tikus dan manusia adalah sangat hampir sama.

Nak diringkaskan cerita, tikus yang dipaksa berlapar selama 24 jamĀ  didapati meningkat 2 kali ganda tahap metobolismanya.

Bukan itu saja, sel pada usus tikus didapati dijana semula kepada sel baru dengan lebih pantas. Iaitu 2 kali ganda daripada biasa.

Untuk maklumat. Sel pada usus kita akan dijana kepada sel baru setiap 4 hari sekali. Semua sel pada usus ini amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dengan berpuasa, penjanaan sel usus akan berlaku lebih cepat dua kali ganda.

Kesan dari semua aktiviti penjanaan sel usus itu meningkatkan tahap metabolisma kita dua kali ganda. Sebab itu badan susah nak gemuk jika anda kerap berpuasa.

Kalau anda perasan. Orang biasanya akan naik berat badan jadi gemuk bila meningkat usia. Puncanya adalah disebabkan penjanaan sel usus ini makin lembab dengan meningkatnya usia.

Jadi salah satu cara nak kekalkan berat badan dan tak naik gemuk bila dah mula meningkat usia adalah dengan berpuasa lebih kerap. Itulah rahsia puasa yang anda semua tahu, tapi masih gagal pulun amalkannya.

Baca kajian yang saya sebutkan kat atas tu kat sini.

Betulkah tinggi metabolisma boleh kurus

Ini persoalan yang perlu ditanya tentang hubungan metabolisma dan berat badan.

Kita biasa dengar idea kalau nak kurus perlu tingkatkan metabolisma. Tapi dari pembacaan, saya dapati hubung kait antara metobolisma rendah dengan meningkatnya berat badan adalah hampir tidak ada. Hanya dalam kes terpencil sahaja boleh berlaku begitu.

Kes berat badan naik atau turun sebenarnya ada banyak faktor yang tentukannya. Antaranya adalah seperti keturunan, jenis diet yang diambil, faktor hormon, gaya hidup, tidur, aktiviti fizikal, tekanan dan lain-lain lagi seumpamanya.

Satu formula yang memang mujarab untuk kawal berat badan hanyalah dengan pastikan anda makan jumlah kalori yang berkurangan dari keperluan badan. Atau anda juga boleh tingkatkan jumlah kalori dibakar menjadi tenaga dengan melakukan aktiviti fizikal.

Dengan berpuasa, secara lansung jumlah kalori yang anda ambil adalah berkurangan. Jadi memang dengan berpuasa anda akan dapat kurangkan berat badan. Tapi janganlah pulak masa berbuka makan macam esok tak ada lagi.

Anda juga boleh tambah lagi formula kurangkan berat badan dengan biarkan pembakaran berlaku dengan lebih banyak melalui aktiviti berikut;

  1. Senaman rutin – Berjalan kaki, kayuh basikal atau berenang adalah senaman yang amat baik. Buat sekurangnya 30 minit sehari secara konsisten. Kalau nak kurangkan lagi berat badan, tambah jumlah masa lebih banyak.
  2. Angkat berat – Beli besi dan angkat untuk giatkan aktiviti otot. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu. Tisu otot akan bakar lebih banyak kalori berbandig tisu lemak. Angkat berat juga adalah rahsia awet muda.
  3. Gaya hidup aktif – Macam mana anda jalani kehidupan perlu diaktifkan. Contohnya seperti pilih naik tangga dari guna lif. Parkir kenderaan jauh dari tempat yang nak dituju dan lain-lain seumpamanya. Memasak, kemas rumah, berkebun, basuh kereta dan seumpamanya dapat bantu kurangkan berat badan.

Walau apapun orang beritahu anda tentang rahsia nak kurus, anda perlu sentiasa ingat bahawa hanya formula kurangkan pengambilan kalori berbanding pembakarannya sahaja paling mujarab. Dan itu semua ada pada aktiviti puasa.

Jadi, pegang betul-betul pada rahsia puasa yang anda perlu buat itu dan amalkannya sepanjang hidup.

Tanam azam puasa ramadan kali ini

Sekali lagi saya syorkan pada anda yang membaca artikel ini. Ambil kesempatan bulan ramadan tahun ini sebagai titik ubah gaya hidup anda.

Selesai ramadan, sambung pula dengan puasa 6 hari buan syawal. Selesai puasa 6, sambung pula dengan puasa isnin dan khamis. Teruskan begitu sehingga datangnya bulan ramadan yang berikutnya.

Saya dah berjaya amalkannya dah berbelas tahun tanpa gagal. Semuanya bermula dengan cara yang sama mengambl kesempatan datangnya bulan ramadan. Saya yakin anda juga mampu lakukannya, Insyaallah !

Selamat menyambut ramadan yang penuh berkat khas untuk semua pembaca blog hidupringkas.com, dan maafkan segala salah dan silap saya sepanjang menulis di blog ini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. alhamdulillah..

    sejak beberapa bulan yang lepas saya sudah konsisten puasa sunat Isnin & Khamis.

    apa yang saya dapat saya rasakan amat menakjubkan..

    masa berpuasa saya tidak terasa sangat lapar berbanding masa tidak puasa biarpun pengambilan makanan adalah sama …

    jadi puasa bukan fokus kepada makan dan minum tetapi keseluruhan minda dab fizikal
    mrhanafi recently posted…Artikel Bulan Ramadan Berbentuk CeritaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge