Cuba lihat orang yang berjaya yang anda kenal.

Apa yang membezakan antara anda dengan dia? Apa yang anda lihat ada padanya tapi tak ada pada diri anda sendiri?

Atau cuba lihat lapangan yang anda boleh dikatakan berjaya lebih sikit dari orang lain. Mungkin sukan, mungkin hobi, mungkin kerjaya yang pernah anda lakukan.

Apa yang membuatkan anda berjaya?

Apa yang anda miliki yang membantu kejayaan tersebut?

Semua orang berjaya punya jaringan hebat

Tajuk kecil kat atas tu dah berikan jawapan terhadap semua persoalan yang saya tuliskan kat atas tu.

Kalau anda perhatikan, semua orang yang berjaya sebenarnya memiliki kumpulan kenalan dan jaringan orang yang hebat.

Perkara itulah yang semua orang berjaya ada persamaan.

Ertinya, anda tak akan ke mana-mana, lebih jauh daripada kedudukan anda sekarang, kalau tidak perhatikan siapa orang sekeliling anda.

Lihat tahap kedudukan mereka samada mampu memberikan manfaat terhadap apa yang anda mahu capai.

Kalau orang sekeliling anda hebat-hebat belaka, alhamdulillah!. Teruskan menyedut ilmu dan manfaat dari mereka sehingga matlamat anda tercapai.

Tapi kalau orang sekeliling anda semuanya hampas belaka. Mungkin jauh lebih teruk dari anda dari segi pemikiran, pengetahuan, kemahiran dan kenalan. Anda perlu buat sesuatu segera.

Itupun kalau nak berjaya.

Kalau selesa dan nak kekal dengan keadaan semasa, tak payah nak ubah apa-apa lagi. Teruskan saja hanyut dengan kedudukan sekarang nikmati sisa hari-hari yang mendatang.

Tak pernah lewat untuk jadi orang berjaya

Mungkin anda pernah dengar hadith berikut,

“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)

Cuba renungkan kata-kata Nabi di atas.

Kalau anda faham maksud hadith itu, maka anda tentu setju bahawa tidak ada erti lewat untuk jadi orang berjaya.

Tua atau muda, lewat atau cepat, perlu sentiasa ada usaha untuk lakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat untuk diri sendiri dan orang lain serta alam sekitar.

Ertinya perlu berjaya lah tu.

Orang yang berjaya adalah mereka yang paling banyak mendatangkan manfaat pada orang lain. Samada secara berniaga, berNGO, bersukarela, atau apa saja.

Dan perlu pastikan apa saja yang anda buat mendatangkan hasil yang terbaik.

Untuk itu, perlu ikut amalan yang semua orang berjaya miliki. Iaitu jaringan orang sekeliling yang hebat.

Kerja kuat saja tak cukup untuk berjaya

Agak sedih untuk sebut perkara ini. tapi kena sebut juga sebab memang itu kenyataannya.

Memang perkara pahit yang anda perlu hadam adalah hakikat bahwa kerja kuat saja masih tak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya.

Kalau kerja kuat membawa kejayaan tinggi, sudah tentu buruh kasar yang ramai buat kerja teruk di panas terik matahari ramai dah kaya raya dan punya syarikat yang besar. tapi malangnya tak jadi macam itu.

Jumlah orang yang kerja kuat memang terlalu jauh lebih ramai daripada jumlah orang yang berjaya dan kaya raya. Tapi keadaan kerja kuat itu masih tak cukup untuk membuatkan mereka naik ke atas dan seterusnya memberikan manfaat kepada jauh lebih ramai manusia.

Kalau anda masih tak jumpa jawapan bila aku nak berjaya setelah sekian lama kerja kuat, mungkin perlu lihat semula faktor jaringan dan kenalan yang anda ada.

Kerja kuat macam manapun, tak boleh abaikan masa untuk membina jaringan dan kenalan dari kalangan orangyang anda perlukan bantuan.

Cari segera orang yang hebat

Pertama sekali, pastikan anda ada pasangan, isteri atau suami yang hebat.

Kalau tak ada, pastikan ada kawan-kawan yang hebat.

Kalau ada syarikat sendiri, pastikan anda ada para pekerja yang hebat-hebat. Kalau masih tak ada, sila cari jangan jemu selagi tak berjumpa.

Kalau anda ahli sukan, pastikan ada rakan-rakan sukan yang hebat-hebat untuk sama-sama berlatih dan bersaing.

Walau apapun anda lakukan, pastikan anda berada di sekeliling orang-orang yang hebat. Itu syarat wajib untuk membantu anda naik ke tas dan turut menjadi hebat.

Bila dah hebat, anda sudah tentu dapat membantu jauh lebih ramai orang lagi. itu langkah untuk menjadi manusia yang terbaik. Tak kan tak mahu?

Lihat siapa orang sekeliling anda sekarang.

Siapa yang jadi mentor anda?

Siapa yang jadi coach bisnes anda?

Siapa yang jadi penasihat akaun anda, siapa yang jadi penasihat undang-undang anda, siapa yang jadi penasihat pemasaran anda?

Siap yang jadi menasihat ada di kala duka?

Siapa yang jadi penasihat hal-hal kerohanian anda … ?

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Pendapat saya yang kerdil pula tuan,bagi saya saya akan berkawan dengan semua orang walaupun looser atau sampah.bagi saya dengan berkawan dengan mereka saya akan belajar dari pengalaman kekalahan,kejatuhan dan kegagalan mereka.dengan cara tersebut akan menjadi iktibar dan panduan saya.sekadar perkongsian sahaja.
    introducer current acc maybank dan cimb 2018 recently posted…Current Account : Makluman terkini dan lagi testemoni usahawan2 berjaya.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge